"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 28 July 2014

Aidilfitri 1435H/2014

28.07.2014 Isnin
01 Syawal 1435H

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi berkesempatan untuk kami sekeluarga bersama² menyambut Aidilfitri pada tahun ini dan menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang lalu.

Raya mana kita pada tahun ini? Tema baju warna apa?... Family kita pada tahun ini berhari raya di Kuantan terlebih dahulu... Anak²lah yang paling teruja sebab semangat nak mengumpul duit raya. Namanya pun budak² kan....Hihihihihi... Ihsan ada misi...Katanya nak kumpul duit raya sebab nak ikut rombongan ke Terengganu sebab Mama Ayah kata dah pergi baru² ni so tak payah pergi. Ihsan kata nak pergi sebab ini rombongan tahun 6 selepas UPSR. So Ihsan nak kumpul duit sendiri....

Setiap tahun pastinya ada warna tema baju raya di hari pertama. hari² lainnya tak kisahlah nak pakai baju warna apa pun. Yang penting hari pertama ye.... Tahun ini Mama pilih tema warna MERAH... Hahaha... menyala² gitu... Tambahan pula bila disinari pancaran matahari. Sakit mata weh...kikikiki....
Tak banyak sangat gambar kami tetapi ada...sebab Mama kurang mood nak bergambar hari ni disebabkan terpaksan pakai spek mata hitam...Kenapa? Next entry...hihihihi... layan dulu mana yang ada ye.....

#darlingniniefamily
#adliyanfamilyraya