♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Wednesday, 30 July 2014

Makan Buah Tampoi...Sedapnya....

30.07.2014 Rabu

Hari ini dah hari raya ke 3... Dari rumah MIL terus meluncur laju ke rumah Wak di Jengka 10 untuk berhari raya...Mak dan Ayah Ninie pun memang tengah beraya di sana. Kami bertolak jam 1.30ptg dari Kuantan dan tiba jam 3.45ptg di Jengka.... Jam 5.00ptg kami bergerak pulang...

Semasa dalam perjalanan pulang Ninie awal² lagi dah pesan pada Hubby "Abang kalau nampak ada orang asli menjual buah tampoi di tepi jalan berhenti tau... Darling nak beli sebab ramai kata buahnya sedap...manis..." Alhamdulillah...Baik sungguh En. Hubby Ninie ni...Lap U lah...kikikiki.... Hubby berhenti bila nampak ada yang menjual..

Teruja Ninie sebab tak pernah lagi merasa kemanisan buah tampoi ni. Kata orang pokoknya nun di dalam hutan dan buahnya manis dan sedap. Menurut Akak orang asli yang Ninie tanya tu... Katanya pokok ni dah lama tak berbuah hampir 6tahun. Baru tahun ini ada buahnya. Pokoknya nun dalam hutan besar dan tinggi juga. Wah... buah ni unik lah kan.... segugus ni RM 5. Rasanya berpatutan dah harganya tu. Akak tu siap bagi Ninie rasa dulu buah tus ebelum beli. Rasa je pun dah menerik hati.. So Ninie beli 2 ikat sebab tahu dah anak² dara Ninie pun 'hantu' buah. Ihsan... Dia kena rasa dulu... kena pada tekaknya baru banyak dia makan.... Hubby... Buah tampoi ni macam kurang berminat je dia....

Sampai je di rumah sekejap je kami anak beranak makan seikiat tu ha...Tak termasuk Hubby.... sedap rasanya..ulasnya macam buah manggis, warna isinya seakan² buah rambai tapi manis.... bijinya boleh ditelan ye...Kulitnya tebal giti ala² buah stor/sentul... Alhamdulillah.... Dapat juga makan buah tampoi ni ha. Syukur padaNya.... Thanks to En. Hubby....




Monday, 28 July 2014

Sakit Mata Di Pagi Raya...

28.07.2014 Isnin

Uwa.... Bangun² tidur pagi ini mata sebeleh kiri rasa sungguh tak selesa. Ninie tahu dah...Kompem² mata Ninie ini dah dijangkiti virus sakit mata yang dibawa oleh anak². Sebelum raya, 24.07.2014 Rabu yang lalu Khairina kena sakit mata setelah pulang dari sekolah. Katanya berjangkit dengan rakan sekolahnya.... siap demam² lagi. habis kedua² belah mata Khairina. Khairina kena mata sebelah kanan dahulu.... Pada tengahari Rabu tu Khairina telefon Mama di pejabat beritahu yang dia sakit mata...So Ninie keluar rehat terus cari ubat sakit mata di Farmasi. Kata staff di Farmasi itu ubat ini In Sha Allah paling baik dengan harganya yang boleh tahan RM 21/botol 8ml. Pergh.... harganya.... Syukur Alhamdulillah...Sakit mata Khairina baik dlam tempoh 3hari sahaja.

26.07.2014 Sabtu, Khalisah pula terkena jangkitan mata bermula pada sebelah kiri. Ninie guna ubat titis yang sama. Alhamdulillah,.... sakit mata Khalisah juga beransur baik pada hari ke 3 juga. Namun Ninie pula yang kena pada hari ni di pagi Hari Raya Aidilfitri... Maunya tak sedih. Ninie ingat malam semalam Ninie malas nak bangun basuh tangan lepas titis ubat pada mata Khalisah... Ha...Moralnya... jangan malas² tau... Sebab penyakit ni berjangkit... Maksudnya boleh berjangkit melalui sentuhan dsb.

So pagi raya tu kelopak sebelah kiri mata Ninie membengkak...hilang mood Ninie nak beraya mahupun bergambar...Mood nak tidoooooo je...Boleh gitu? hihihi.... Adik Ipar datang hulurkan spek mata hitamnya untuk dipakai di pagi raya...Wah...terima kasih ye Pak Teh @ Saiful.... Jadinya sepanjang hari la Ninie duk pakai spek tu sambil beraya....

Alhamdulillah sebab penyakit mata @ sakit mata yang kami hadapi ni tak teruk...Maksudnya mata tidak penuh dengan tahi mata yang sampai tak boleh nak buka tu.... Biasa² sahaja. Cuma mata putih tu yang ketara bewarna merah dan kelopak mata cuma bengkak pada hari pertama kena sahaja. Tak pasti samada tindakan pantas /kerajinan mengisi ubat titis mata yang dibeli. Sebab kami bertiga masuk je hari ke 2 kelopak mata dah tak bengkak lagi, hari ke 3 mata putih yang merah menyala tu dah makin pulih.. Tapi amalkan sentiasa rajin basuh tangan ye bila tangan tu terpegang pada mata yang sakit sebab risau tersentuh orang lain je. Kesian orang lain tu tak pasal² berjangkit dengan kita nanti. Anak² pun Ninie sentiasa pesan "Bila terpegang pada mata, pergi basuh tangan cepat². Kesian nanti orang lain kena juga". Mujur anak² ni rajin nak pergi membasuh tangannya.

Disebabkan itu juga mungkin sebab tu mata Ninie cuma kena pada sebelah kiri sahaja dan tidak merebak ke sebelah kanan mata.... Alhamdulillah... Pesanan Ninie... Rajin²kanlah titis ubat mata dalam 4jam sekali dan rajin²kanlah basuh tangan dengan bersih bila terpegang/tersentuh je mata yang sakit... In Sha Allah....

Ha...Ini rupa Ninie di pagi Hari Raya....Uwa....Kikikiki...



Ini ubat titis mata yang dibeli di Farmasi...Alhamdulillah...sangat² membantu.... Tapi pedih sikit tau.... Namanya pun ubat...bukan macam Eye Mo ye.... *

Aidilfitri 1435H/2014

28.07.2014 Isnin
01 Syawal 1435H

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi berkesempatan untuk kami sekeluarga bersama² menyambut Aidilfitri pada tahun ini dan menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang lalu.

Raya mana kita pada tahun ini? Tema baju warna apa?... Family kita pada tahun ini berhari raya di Kuantan terlebih dahulu... Anak²lah yang paling teruja sebab semangat nak mengumpul duit raya. Namanya pun budak² kan....Hihihihihi... Ihsan ada misi...Katanya nak kumpul duit raya sebab nak ikut rombongan ke Terengganu sebab Mama Ayah kata dah pergi baru² ni so tak payah pergi. Ihsan kata nak pergi sebab ini rombongan tahun 6 selepas UPSR. So Ihsan nak kumpul duit sendiri....

Setiap tahun pastinya ada warna tema baju raya di hari pertama. hari² lainnya tak kisahlah nak pakai baju warna apa pun. Yang penting hari pertama ye.... Tahun ini Mama pilih tema warna MERAH... Hahaha... menyala² gitu... Tambahan pula bila disinari pancaran matahari. Sakit mata weh...kikikiki....
Tak banyak sangat gambar kami tetapi ada...sebab Mama kurang mood nak bergambar hari ni disebabkan terpaksan pakai spek mata hitam...Kenapa? Next entry...hihihihi... layan dulu mana yang ada ye.....










Saturday, 26 July 2014

Salam Aidilfitri 1435H/2014


Thursday, 24 July 2014

Tahniah Buat Muhammad Ihsan & Aqilah Qistina

24.07.2014 Khamis
26 Ramadhan 1435H

hari ini Ihsan ke sekolah lengkap berpakaian baju melayu yang diberi oleh neneknya dan bersampin. Kata Ihsan hari ini ada Majlis Tadarus & Khatam Al Quran di sekolah... Pulangnya mama dari kerja Ihsan tunjuk beg kertasnya yang mengandungi sijil, bunga telur, pulut kuning dan sebuah buku Surah² amalan harian dalam Al Quran.

Yang membuatkan Mama terkejut sebab si Adik, Aqilah Qistina pun dapat hadiah sebab hafazan katanya. Kata Ihsan sepanjang bulan Ramadhan ini sesiapa yang beri nama untuk masuk tadarus akan bertadarus manakala murid² lainnya akan berkumpul di kantin pada waktu rehat untuk baca Muqaddam/Al Quran iaitu hafazan. Adik pula bila ditanya surah apa yang Adik baca, jawabnya dia sendiri pun tak tahu... Bila cikgu suruh baca, Adik baca sahaja. Adik kata dia pun heran masa nama dia dipanggil untuk menerima hadiah. aduhai Adik... Twin? Cuba lain kali ye....


Wednesday, 23 July 2014

Berbuka Puasa Di Luar (Jerantut)

23.07.2014 Rabu
25 Ramadhan 1435H

Hari ini tetiba je Hubby ajak berbuka puasa diluar...Hihihi macam tahu² je tekak Ninie ni nak makan masakan orang pula... Sepanjang bulan Ramadhan ni memang setiap hari Ninie memasak lauk berbuka puasa. Kuih pun beli di minggu pertama puasa sahaja... Selepas itu buat sendiri ala kadar sahaja. Jom.... Lepas habis kerja Ninie terus ke Jerantut dari bandar Jengka manakala Hubby dan anak²  pula bertolak dari lepar Utara. kami berjumpa di Shell sahaja.

Sampai di bandar Jerantut leh kurang jam 6.00ptg, disebabkan masih awal lagi, Ninie ajak hubby ke Ten Ten untuk membeli serba sedikit kelengkapan hari raya anak² yang masih belum ada.... Selesai di sini jam 7.00ptg dan kami terus ke kedai makan- Benteng. Alhamdulillah masih ada tempat kosong untuk kami berenam.




Monday, 7 July 2014

Tahniah Buat Ihsan!

07.07.2014 Isnin

Hari ini Ihsan tunjukkan Mama beg kertas yang diterimanya dari pihak sekolah. Katanya hadiah dari Guru Besar sekolah untuk murid² cemerlang sempena peperiksaan percubaan UPSR baru² ini. Alhamdulillah.... Ihsan memperolehi 5A. Tahniah buat anak lelaki Mama nan seorang ini. Semoga sentiasa cemerlang sehingga peperiksaan sebenar yang dijangka pada bulan September nanti.

Sekarang Ihsan memang sibuk dengan kelas tambahan. Petang dan juga malam. cuma di bulan Ramadhan ini sahaja kelas tambahan diadakan pada sebelah petang. Dan si Ayahnya juga lah yang palin sibuk ulang alik menghantar Ihsan ke sekolah... Thanks dear...Muah!



Saturday, 5 July 2014

Jerantut : Sesaja Lepak Atas Bukit

05.07.2014 Sabtu

Hari ini Hubby ajak keluar ke Jerantut sebab Hubby yang ada urusan. kami yang lainnya ikut sekadar untuk meneman dalam kereta je... Tambahan pula sekarang kan bulan puasa.... Selesai urusan memang tak singgah mana², Ninie ingat nak balik terus aja sebab hari pun awal lagi kalau nak berbuka puasa di kedai. OTW balik tu Hubby tanya, "Jom kita naik atas bukit tengok bandar Jerantut dari situ nak?". Pulak dah.... getus hati Ninie... Tapi di mulut "Ikut Abanglah.... Darling ikut je..."... yang anak²... "Jom Ayah...Jom Ayah..." Amboi.... korang pula yang lelebih ye....

Tak ada apa pun... namanya dah sesaja nak tengok dari atas bukit kan... Ha... tengoklah... Semuanya nampak kecil je.... Hihihi... Tapi cantik! Dah selesai... Jom balik...