"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday 8 May 2014

RESEPI : Jeruk Mempelam Mudah

07.05.2014 Rabu 

Ini adalah kali ke dua Ninie duk buat jeruk buah mempelam / buah pauh/ buah mangga. Minggu lepas punya baru je habis. Tatkala itu buahnya masih muda dan boleh dipotong empat dengan mudah. Minggu ini punya. Aduhai... Sampai kecut² tangan Ninie nak perisi buah pelam telur ini. Al maklumlah buah ini kan masam. Hubby Ninie minat bebeno makan jeruk pelam bercili. First time buat hari tu Hubby yang rajin menghadap setiap hari. Ninie kurang sikit... Anak² pula suka yang biasa sahaja tanpa cili. So Ninie memang buat 2 bekaslah. Ok... Ini resepi Ninie ye... Rasanya sama sahaja dengan orang lain kut.

Bahan² :
Buah mempelam muda - dibelah 4 / dihiris nipis
Garam
Air gula... Agak² la sukatannya ye
Sedikit cuka makan
Kapur makanan
lada kering kisar - jika nak buat versi pedas

Cara²nya :
1. Basuh bersih buah mempelam yang telah dipotong. Jika tak nak buang kulit, basuh bersih dahulu sebelum memotong buah tersebut.
2. Rendam buah pelam yang telah bersih ke dalam air garam selam 24jam/48jam. -Ninie 24jam sahaja.
3. Basuh bersih dan toskan airnya.
4. Kemudian rendam pula dengan air + kapur makanan selama 1jam untuk membuatkan buah pelam tersebut rangup.
5. Dalam bekas yang akan digunakan untuk menyimpan/perap buah pelam, masukkan air gula+cuka+lada (jika mahu pedas. Ninie rebus dahulu cili kering yang telah dikisar agar masak).
6. Basuh bersih buah pelam yang telah diremdam dengn air kapur tadi dan toskan. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang telah diisi air gula tadi. Bila dah penuh buah tersebut, masukkan air hingga buah tersebut tenggelam. Agak²la ye gula tu untuk hilangkan rasa masam buah pelam tersebut.
7. Biarkan terperap selama 24jam. Yang terbaru ni, Ninie perap 6jam je lepas tu Hubby makan...Katanya Ok je....