"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 5 May 2014

Menyaksikan Hockey Champions Challenge I Di Kuantan

04.05.2014 Ahad

Setelah berjalan² kat DAISO di ECM tadi, seterusnya kami pergi mengisi perut yang dah lapar di kedai/gerai mamak jalan besar. Makan sup ayam serta mee goreng mamak di situ. Dah kenyang, Hubby bawa jalan²/pusing² di Teluk Chempedak sebab khabarnya ada program "Pemuzik Jalanan" (Maaf jika salah). Pada mulanya ingat nak lepak²/santai² di sini. Namun berikutan jalan yang penuh sesak dengan kenderaan atau dalam erti kata lainnya tiada tempat untuk meletakkan kenderaan makan kami pun bergerak keluar untuk ke tempat lain. Kemana...? Bandar Indera Mahkota..

Jam 4.45ptg kam tiba di Indera Mahkota. Hubby ajak menonton perlawanan hoki. Masuk adalah percuma. Urm...Anak² kelihatannya cukup teruja lebih² lagi si gegirl. Al maklumlah tak pernah masuk stadium... Kebetulan pula masa kami sampai perlawanan belum bermula. Jam 5.00ptg perlawanan antara New Zealand & France berlangsung. Jom ambil port.... Hihihihi... Barulah faham yang Hoki ni main 17.30minit kemudian berehat dalam 2minit dan sambung bermain lagi 17.30minit menjadikan perlawanan separuh masa pertama dan kedua adalah 35minit secara keseluruhannya. Selepas bermain di separuh masa pertama berehat dalam 10minit sebelum separuh masa kedua pula.... Mula² Ninie blur juga nak fahamkan corak permainannya. Tau² je gol...Pastu tiba² je penalti...Mujur ada Ihsan yang masuk Hoki di sekolahnya terangkan serba sedikit bila Mamanya ni tak faham...Kikikikiki...

Keputusannya New Zealand -3, France -1. Lepas je New Zealand dan France beraksi kelihatannya stadium mulai dipenuhi oleh orang... Rata²nya bawa/pakai baju tertera perkataan MALAYSIA. Kemudian terdengar pengumuman bahawa selepas ini adalah perlawanan antara Malaysia & Ireland. Ihsan pula dah mula bersuara yang dia juga nak menonton perlawanan tersebut yang akan bermula pada jam 7.15ptg. Di sini juga ada disediakan surau pada penonton/pengunjung yang mahu menunaikan solat. Lemah Ninie seketika. Petang ni ubat langsung tak makan lagi... Tak bawa pula tu...Hubby pula bagi hint nak tengok perlawanan itu juga... bukan main la seronok Ihsan dan adik²nya.

Riuh rendah sungguh sepanjang perlawanan antara Malaysia & Ireland. Semangat penyokong Malaysia memberikan semangat dengan lagu² ala² perlawanan bola sepak pula gayanya.... Tahniah buat pemain Malaysia kerana bersungguh² tatkala bermain dan Malaysia mendapat tempat ke -3 dengan keputusan : MALAYSIA 4, IRELAND 2.

Perlawanan akhir pula akan bermula pada jam 9.15mlm. Ihsan dan anak² lainnya nak tengok... Tapi Ninie nak ke bandar sebentar membeli barang keperluan. Jika nak tunggu perlawanan tamat...Maunya semua pasaraya tutup. Haish...Anak²... Ninie ajak Hubby keluar... Kata Hubby malam ni ada pertunjukkan bunga api selepas perlawanan akhir. Tapi Ninie nak beli barang. So Ninie beritahu Hubby nanti kita datang balik la untuk tengok pertunjukan bunga api tersebut. Hubby setuju...Yeyeee....

Ninie ajak Hubby singgah ke COWBOY je... Siap disini kami balik ke rumah di Tanjung Api. Nak mandi dan terus bersiap untuk pulang ke Lepar nanti. Yang pasti mesti My MIL & FIL bising sebab dah jam berapa ni kami masih di Kuantan. Esok hari bekerja dan anak² nak ke sekolah. Sampai je rumah..Anak² dah dipesan tadi suruh terus pergi mandi tanpa singgah mana².Menas tak boleh nak tengok TV dulu @ buat apa²pun. Wajib pergi mandi terlebih dahulu. Alhamdulillah...Anak² mendengar kata.

Siap mandi dan mengemas bagai, kami menjamah masakan nasi goreng simple yang dibuat oleh ibu mertua Ninie. Kemudian baru bergerak pulang. Bergerak pulang ke? Hahahaha.... Hubby dah janji dengan anak² tadi nak tengok bunga api kan? So.... Kami menghala ke stadium Hoki kembali.

Tatkala kami sampai... Perlawanan sudah pun tamat dan para pemain telahpun berada di atas padang untuk majlis penyampaian hadiah.... Alhamdulillah... Cepatlah sikit keluar bunga apinya nanti...Kikikiki.... Selesai upacara penyampaian hadiah... Bunga api pun terpancar menyinari stadium selama 2minit. Ok..dah selesai? Jom kita balik... Uwaaa ngantuknya..... Jam berapa sampai rumah? Jam 2.30pagi okay!

Keputusan/kedudukan : Hockey Champions Challenge I Di Kuantan, Pahang (Yang disaksikan Ninie sekeluarga)
1. South Korea
2. Canada
3. Malaysia
4. Ireland
5. New Zealand
6. France