"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday 21 May 2014

Menguruskan Anak² Pergi Balik Sekolah

21.05.2014 Rabu 

Hari ini Mama ambil cuti memandangkan Ayah kalian tak ada sebab pergi berkhemah di Kem Tengku Puan, Maran, Pahang. Kebetulan pula Atuk & Nenek juga tiada di rumah. Maka tiada sesiapa yang hendak menguruskan anak² Mama ini pergi ke sekolah....

Wah letih rupanya menguruskan kalian semua memandangkan Mama terpaksa beberapa kali keluar ambil kalian balik dari sekolah memandangkan waktu balik tak sama. Cuma leganya sebab minggu ini minggu peperiksaan. Tiada kelas Tahsin Al Quran. Jadinya anak² gegirl Mama balik pada masa yang sama. Alhamdulillah. Cuma Ihsan sahaja yang balik lewat sebab ada kelas tambahan.

Pergi sekolah KAFA pun dua kali hantar... Balik sekali ambil ajalah. Malamnya pula.... Ihsan ada kelas tambahan dari jam 8.00mlm hingga 9.45malam... Pergi ambil dan balik lagi.... Cuaca sekarang pula petang dan malam hujan....Si gegril seronok kemain lagi nak mengikut ambil dan hantar Along nya....