"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 18 May 2014

Ihsan Ke Kuala Terengganu

16.05.2014 Jumaat

Hari ini Ihsan mengikuti rombongan sekolah KAFA ke Kuala Terengganu. Hubby pula tiada hari ini kerana sudah mula dengan latihan pusatnya bagi Persatuan Kadet Polis untuk persediaan perkhemahan peringkat Negeri nanti. Jadinya malam ini Mama yang kena hantar Ihsan ke sekolah untuk naik bas pada jam 9.30mlm nanti.

Malam ini dari jam 8.00mlm, hujan turun diiringi petir/kilat yang sabung menyabung dan juga dentuman guruh yang begitu kuat. Allahu Akbar.... Doa kami agar hujan den dentuman ini kian berkurangan. Jam 9.15mlm, kami semua (Mama,Ihsan,Khalisah,Khairina&Aqilah) bergerak dari rumah. Tatkala ini petir masih lagi menyinari cahayanya sesekali dentuman kecil memecah hening malam namun tidak sekuat seperti sebelumnya. Hanya tawakkal kami kepada Allah agar semuanya selamat. Syukur...hujan juga mulai reda... renyai² sahaja seakan memahami.

Mama tunggu hingga bas Ihsan bergerak meninggalkan kami barulah kami semua bergerak pulang. Semoga perjalanan Ihsan pergi dan pulang selamat dan di bawah lindungan Allah SWT. Amin....






18.05.2014 Ahad

Ihsan sampai di Lepar Utara pulang dari Kuala Terengganu pada jam 3.30pagi. Kebetulan pula si Ayah (Hubby) balik ke rumah petang tadi untuk mengambil barang²nya yang tertinggal. Elok sahaj Ihsan call pada jam 3.05pg, Mama kejutkan Ayah untuk ambil Ihsan... Ayah ajak Mama sekali! Haish... mujur tatkala ini adik² semuanya sudah nyenyak tidur. Yang penting semuanya selamat. Terima kasih padamu Ya Allah...

*Cerita Ihsan :
***Semua tempat yang dia pergi semuanya dah pergi bersama keluarga pada bulan Disember 2013 yang lalu.
***Murid² lelaki hanya seramai 6orang sahaja
***Duit Ihsan banyak guna untuk membeli air sahaja