"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday 3 May 2014

Air Mata Air Di Kampung Bunian? Chenor, Maran, Pahang

03.05.2014 Sabtu

Malam tadi sepatutnya kami sekeluarga bergerak pulang ke Kuantan...namun Hubby kata esok (hari ini) ada jemputan dari majlis pertunangan Pengetua SMKLU... Tak sedap hati pula kalau tak pergi sebab suami dan isteri kedua²nya datang menjemput sendiri. Ninie? Ikut je lah... Kalau ikutkan hati tak nak kemana²pun minggu ni sebab demam masih teruk. Malam tadi langsung tak boleh nak lelapkan mata sepenuhnya gara² malas nak bangun makan ubat bila tiba waktu yang sepatutnya...Sudahnya puas pusing kiri, kanan...sampai jam 8.00pg tetap begitu juga...

Berbalik kepada cerita hari ini... Sudahnya jam 11.30pg kami sekeluarga bergerak dari rumah menuju ke Temerloh untuk memenuhi undangan tersebut. Datang makan je...Katanya lepas Zohor...Ngam²lah kami sampai pada jam 1.40ptg... Siap disini perjalanan kami diteruskan.

Diteruskan ke mana ye...? Hubby Ninie ni jenis kalau dah ke satu² tempat yang jarang datang pasti ada je idea/ perkara lain yang akan dibuat/dicari/dikunjungi setibanya di sesuatu tempat tersebut... Hari ni Hubby kata nak ke Kampung Bunian. "Pulak dah..." Getus hati Ninie... "Dia buat dah....Dah la aku tak larat...masih demam...Uwa...." Hahahah... berkata² sendiri ajalah dalam hati ini. Tak terkeluar dimulut. Ibarat terkunci gitu...Hakikatnya kepala Ninie berat kemain.Nak tidur je rasa...Ubat memang bawa siap² dalam bakul. Cukup masa terus telan weh... Jaga diri sendiri itu perlu jikalau nak harapkan orang belum tentu kan... kikikiki...

Oklah...Nak dijadikan cerita Hubby pun masuk la ke kawasan Kampung Sekara... Yang pasti memang kawasan kampung... Nak cari Kampung Bunian itulah... Cari di Garmin... Nama kampung tersebut tak wujud pun! Aiyark... ke nama kampungnya telah bertukar menjadi nama yang agak moden? Yang pasti Kampung yang Hubby lalu berhampiran dengan Kampung Chenor...Ok disebabkan Surau tak dijumpai walaupun dah masuk lorong² kampung yang kecil. Pencarian difokuskan pada perkara lain pula.Pencarian air mata air yang sering diambil/ditadah oleh orang di kawasan ini. Yang pasti bukan air Gau ye....

Persoalannya ada ke air mata air disini? Ok... Setelah puas memusing² maka keputusan yang diambil, sila ringankan mulut anda untuk bertanya ye.... Pada mulanya Ninie bertanyakan pada pengawal keselamatan yang kelihatan di SM Tengku Ampuan Afzan Chenor... Seorang wanita yang agak muda disitu. Bila ditanya berkenaan air mata air...riak awal wajahnya dah menunjukkan yang dia tak tahu... Tak apalah... Kemudian Ninie minta Hubby berhenti di satu kedai runcit yang terletak mungkin dalam 2km dari sekolah ini...(Maaf Ninie memang tak ingat nama² tempat ni tambahan pula disaat kondisi badan yang tak berapa nak sihat).

Alhamdulillah pertanyaan di sini membuahkan hasil. Mereka (ada beberapa orang dalam kedai) faham apa yang Ninie cuba sampaikan. Diberitahu pada Ninie lokasi air mata air tersebut. Percaya @ tidak? Lokasi air mata air tersebut terletak di kawasan berhampiran SM Tengku Ampuan Afzan yang telahpun Ninie singgah bertanya tadi. Memandangkan sekolah tersebut di atas bukit. Lokasi air ini terletak di sebelah bawah sedikit dari sekolah tersebut dimana ada satu lorong kecil disebelah kiri dan keadaannya berhutan sedikit. Tak apalah... Hubby masuk ke lorong tersebut dan memandang kaki bukit...Ye...ada air yang mengalir di situ melalui 2 batang paip.

Ha....Ada batang paip pula...Tak percaya? Nanti lihat gambar ye... Diamati betul² kawasan tersebut kelihatannya banyak kesan tayar dan ada botol² terbiar juga sampah. Tidak hairanlah yang mungkin memang ini tempat yang kami cari. Persoalan pertama yang bermain difikiran adalah betulkah ini air mata air...Macam tak percaya je...Kikikiki...macamana nak percaya sebab ada batang paip di situ dan nun diatas bukit sana boleh nampak bangunan sekolah?

Ok.... Airnya memang cukup jernih. Hubby pergi merasa air dengan tangan dan juga membasuh muka tapi belum mampu/percaya untuk meminumnya. Ninie juga pergi... setelah diamati...Ternyata air tersebut cukup jernih... Kemudian Hubby cuba gerak²kan batang paip tersebut kemudian menariknya...Yup...batang paip tersebut tercabut dari kedudukan asalnya...(sila rujuk gambar di bawah ye...) Kemudian Hubby pasangkan balik paip tersebut. Kemudian Ninie pergi ambil botol air di dalam kereta dan minta Hubby tadahkan airnya sebab Ninie nak rasa/minum...Mula keyakinan tu datang. Dimulakan dengan bismillah dan juga selawat (risau/was² juga)..Ninie minum air tersebut... Alhamdulillah..Sedap rasanya dan ada rasa payau sedikit(tak reti nak perincikan) macam air Gau lebih kurang namun tak sepayau air Gau. Kalau anda pernah minum air Gau mungkin anda tahu apa yang Ninie cuba sampaikan.

Kami melepak²/berehat di sini agak lama juga hingga anak²pun lainnya pun sibuk keluar dari kereta... Membasuh muka namun mereka tak berani nak meminumnya. Kemudian si gegirl ralik dengan anak ikan kecil yang berada di kawasan air mata air itu jatuh..Yup...ada anak ikan didalamnya...halus². Tak pasti dari mana datangnya ikan² tersebut. Asyik kami menikmati keindahan alam di sini. Waktu ini jam dah pun 4.00ptg.

Kemudian untuk mendapatkan kepastian berkenaan air tersebut, Kami singgah kembali di sekolah tersebut dan bertanyakan mengenai air di kaki bukit berkenaan. Kali ini ada 3orang di sini. 2wanita dan seorang lelaki. Mereka masing² mengatakan tidak tahu mengenai punca air tersebut. Aduhai.... Tak mengapalah. kemudian kami bergerak turun semula dengan niat nak pulang ke Kuantan. Dalam perjalanan, Hubby sekadar bertanya pada 2orang lelaki yang sedang bersembang di tepi jalan mengenai air mata air... Salah seorang daripadanya sudi membawa kami ke punca air mata air tersebut. Dan tempat yang dia bawa kami adalah tempat yang telah kami singgahi tadi! Hubby bertanyakan pada dia mengenai air tersebut...Katanya air tersebut sememangnya air bukit dan ramai orang yang telah datang untuk menadahnya. Ok..Kali ini kami tidak ragu² lagi. Kebetulan pula orang muda tersebut memberitahu bahawa dia adalah orang/tinggal di Kampung Bunian. Terima kasih saudara....

Kali ini kami singgah tak lama sebab baru je singgah tadi...Hubby bawa kereta ke hadapan sedikit lagi...Kawsan ini adalah seperti kawasan hutan...sebelah kanan kelihatan ada tembok/beam/entah apa ye...yang pasti disimenlah.... tinggi juga di atas sedikit kaki bukit. Disebelah kiri pula macam ada sungai...airnya keruh dan Ninie lihat betul² airnya tidak mengalir! Tempat apa pula ye...Wallahu'alam... Mungkin kawasan ni ada cerita yang kami sendiri tak tahu. Tak perlulah banyak meneroka... Hubby juga sempat mengambil gambar kawasan yang kelihatannya seperti sebuah telaga namun telahpun semak @pun ditinggalkan. Setelah Hubby berpuas hati meninjau²...Perjalanan kami diteruskan....

*Pst... Yang pasti walaupun kami berjumpa dengan seorang pemuda yang berkata dia tinggal di Kampung Bunian dan kampung tersebut berdekatan. Namun hakikatnya kami tak jumpapun papan tanda yang mengatakan salah satu kampung disini adalah Kampung Bunian walaupun puas dah kami pusing² di kawasan kampung ini! Yang kami jumpa cumalah papan tanda " Taman Kekal Pengeluaran Makanan Kampung Bunian". Sila rujuk gambar di bawah.

Surau Warisan

Papan Tanda yang ada tertera perkataan 'Kampong Bunian' yang kami jumpa.

Lorong yang kami masuk untuk ke air mata air tersebut

Lokasi air mata air yang ditemui berdasarkan penerangan Akak kat kedai runcit tadi.

hubby menggoyang²kan batang paip tersebut dan mencabutnya...

Kelihatan air yang mengalir keluar dari bukit/kesan paip yang dicabut tadi.


Dalam botol biru tu la Ninie letak air mata air tersbut. Amat² jernih!

Ada dua (2) punca air yang mengalir di sini....





Pokok yang menarik perhatian kami di sini...Bercabang 3 dan berbatang lembut je....



Close up daun pokok tersebut

Menjenguk²/tinjau² sekeliling ternampak perigi di dalam semak...

Hubby menjengah dan ambil gambar...

Tembok/beam yang kelihatan di sini...



* Selesai di sini.... Perjalanan kami ke.... Sila baca entry seterusnya....