"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 28 April 2014

Jalan² KLIBF 2014 Di PWTC, Kuala Lumpur

28.04.2014 Isnin

Sejarah untuk hari ini... Ninie bangun seawal jam 3.45pagi untuk iron kain baju sekolah anak² sebab kami sekeluarga sampai di rumah jam 01.30pg tadi...Huargh....Ngantuknya... En. Hubby ni memang nak kena babap ni...Suka sangat balik lewat²....

Hari ni Ninie mengikuti rombongan mak kiah ke PWTC, Kuala Lumpur...Pergi Pesta Buku untuk pertama kalinya... Tiada sasaran nak beli apa...Cuma sekadar nak rasai suasana di KlIBF 2014 sahaja.

Hari ini juga Ninie drive awal dari kebiasaannya. Jam 6.25pg dah panaskan enjin kereta..Anak² masih tengah bersiap² nak ke sekolah. Hari pun masih gelap. Anak² sila ke sekolah dengan Ayah hari ini ye...Mama nak ke tempat kerja terus dan nak cepat...

Jam 7.30pg, bertolak dari UiTM Kampus Jengka ke PWTC Kuala Lumpur untuk menghadiri Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF). Sampai di sana lebih kurang jam 11.00pg. Wah ramainya orang disini dengan rombongan sekolah² lagi...

Mundar mandir sana sini...Masuk booth itu ini.... Meriah rasanya dan lebih meriah kalau RM den tebal 6inci rasanya.Kikikiki...Berbaloilah jika membeli buku disini sebab setiap buku pastinya ada less. Ada juga yang dijual dengan combine buku. So harga memang murah lah berbanding kalau nak beli di kedai buku. Ninie Cuma melihat² sahaja dan terbeli juga sebuah buku Kamus Bergambar untuk si gegirl berkongsi dengan harga selepas less RM 15.25

Jam 5.30ptg kami bertolak pulang ke Pahang...

Pst...Pengalaman yang tak bestnya satu je...Kikikiki... Orang kampung macam Ninie ni masuk Bandaraya yang moden...Terpaksalah menahan minum sebab takut nanti nak membuang berikutan tandasnya yang moden bebeno. Dalam tandas tak ada kepala/pili paip ok! Cuma ada tuil untuk pancur air yang siap² basuhkan kita punya lepas membuang...Auuuu tak rela tau....Kikikiki...Mujur masa bersembahyang di suraunya ada tandas yang disertakan sekali dengan pili paip. Pergh...Lega.... (kikikiki...Nak tergelak pun ada mendengar pelbagai reaksi dan memek muka sesiapa sahaja yang baru keluar dari tandas di sini....Alahai...)

Sampai Bandar TAR Jengka jam 9.15mlm. Ninie balik ditemani Hubby yang datang jauh dari rumah semata² nak temankan Ninie balik rumah. Kami singgah makan sebentar. Si gegirl semuanya ikut kecuali Ihsan sebab ada kelas tambahan. Tq Dear...Love You Deep,Deep....Muuuah!