"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday 1 March 2014

Si Gegirl Ke Kem Bistari Solat 2014

01.03.2014 Sabtu 

Hari ni anak² gegirl Mama Ayah ada Kem Bistari Solat. Ihsan murid tahap 2 tidak terlibat. Kali ini tidak dibuat di sekolah tetapi di Masjid. Masjid Al Huda Felda Lepar Utara 01. Oleh kerana tahu hari ini bukannya hari pembelajaran sepertimana sekolah biasa, bila Mama kejutkan diawal pagi...Mudah je bangun ketiga² mereka ni. Kalau hari biasa tu...jenuh nak bersilat bagai rasanya...Angin satu badan Mama dibuatnya.

Pakaian hari ini adalah baju kurung dan wajib membawa telekung bagi perempuan. Semangat betul nampaknya ketiga²  mereka pada hari ini... Senyum memanjang...Ni nak pergi belajar solat ke nak pergi bermain ni?

Dah siap semuanya dan dah sedia... Mama & Ayah menghantar mereka ke Masjid.... 'Belajar elok² tau'...Pesan Mama.





Kalau di rumah kebiasaannya mereka bertiga ini akan mengikut si Ihsan bersolat. Membentak² pun bila disuruh buat juga. Namun bacaannya itu lah yang tunggang langgang dibuat mereka. Pernah Mama test kalian...Si gegirl la.... Kalian bersolat, Mama tunggu di hadapan... Nak tergelak pun ada sebab Mama suruh baca bacaan dalam solat tu kuat². Khalisah & Khairina nampaknya sungguh bersemangat. Aqilah? Kikikiki...rakaat pertama & Kedua okay je...Masuk rakaat ketiga.... mula mencuka, mencebik, mulut pun dah tak nak berbunyi apa² dah...Pergerakan mulai malas je... Masa tu Soalt Isya'.

Alhamdulillah..Boleh je anak² ni bila disuruh. Cuma keliru...Contohnya waktu rukuk...Mula² terdiam jap. Lepas Mama sebutkan ayat pertama, laju je disambungnya... Begitu juga tatkala duduk antara 2 sujud...tahiyat awal..tahiyat akhir nampaknya belum hafal mungkin disebabken keliru ada ayat ulangan di situ. Namun Mama yakin yang kalian bertiga ni boleh je buat cuma nak kena 'push' je...