"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday 22 March 2014

Kami Di Sini : Kemaman 4X4 Challenge

22.03.2014 Sabtu

Hari ini nak ke mana? Mengikut perancangan Hubby kami akan ke Kemaman hari ini. Untuk apa? Saja² nak support rakan² 4x4 yang akan masuk bertanding dalam program "Kemaman 4x4 Challenge" di Pantai Teluk Mak Nik @ lebih dikenali dengan Monica Bay. Selepas sarapan pagi nasi goreng yang telah dibuat oleh My MIL (thanks mom...) kami bergerak & berkumpul di Petronas Balok. Lebih kurang jam 09.45pg, kami yg sebanyak 4buah kereta (Azmi, Abe Yie, Red & Our Family) terus bergerak ke Pantai Teluk Mok Nik di Kemaman Terengganu. Alhamdulillah jam 10.10pg kami selamat tiba ke destinasi.

Masa tiba acara untuk hari ini masih belum bermula. Dalam jam 10.30pg barulah hangat suasana seiring hangatnya cahaya matahari yang membasahi bumi. Jom...kami pun perlu bergerak jika nak lihat acara yang dipertandingkan... Terbahagi kepada  beberapa katogeri. Namun yang akan kami saksikan nanti ialah katogeri Medium dengan 4 trek halangan yang dikenali sebagai SS.

Sekitar gambar kami disini. Cuaca panas terik hokay! Balik semua balam² dan belang² kulit weh...
Tahniah buat rakan Hubby yang masuk dan memenangi hadiah...Mat Jahidin -kereta Suzuki Jimny biru 101 & Tuan Amat - kereta Kembara hitam 222.















Tahniah sebab berjaya bawa balik piala dan juga wang tunai....



 Masa ni waktu makan tengahari. Kami makan nasi kukus di luar kawasan Monica Bay...(Jalan luar)

Sebelum balik rumah, Kita minum petang dulu....