"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 16 March 2014

Ihsan Ke Kem Bestari Solat (KAFA) 2014

14.03.2014 Jumaat

Jika diikutkan hari ni Mama nak ambil cuti sebab Ihsan nak ke Kem Bistari Solat anjuran sekolah KAFA di Sactuary Resort, Kuantan. Kononnya nak mengemas barang² Ihsan. Tapi niat Mama untuk bercuti terhalang sebab Mama ada taklimat/perjumpaan dengan pihak pentadbir pada petang nanti...Ihsan pula nak gerak jam 11.00pg dengan menaiki Van.Sudahnya...Malam tadi Mama tidur lambat dari kebiasaannya sebab nak mengemas baju² Ihsan & juga baju² yang lainnya sebab Ayah cakap lepas Mama balik kerja nanti nak terus gerak ke Kuantan. Ayah ada janji dengan kawannya malam nanti. Jam 11.00pg Ihsan SMS Mama inform yang dia dah bergerak ke Kuantan dan selamat tiba di destinasi pada jam 4.00ptg. Alhamdulillah...

16.03.2014 Ahad *UPDATE

Mama, Ayah & Adik² menuju ke Sanctuary Resort Cherating pada jam 12.30tgh sebab nak ambil Ihsan yang dah habis mengikuti Kem Bestari Solat pada hari ini. Kata Ihsan program habis jam 1.00ptg. Ok... Masa Kami sampai Ihsan tak keluar lagi dari penginapan...Dah keluar, Ihsan pergi makan dulu..Kami menunggu di tepi kolam yang ada taman permainan. Si gegirl sibuk nak mandi kolam..Haish anak² bertuah ni...

Macam² yang diceritakan oleh Ihsan semasa dalam perjalanan pulang. Yang Mama tertariknya...Anak lelaki Mama ni jadi Ketua Kumpulan & juga Penghulu...Tahniah...Nampak sangat Ihsan seronok dengan Kem yang dihadiri...Hihihi...tempat tidur berhawa dingin...Kem pun tak ‘rush’ lebih kepada santai² dan ustaz serta ustazah yang sporting....







Mama Ayah & Adik sempat bergambar sementara nak tunggu Ihsan.