"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 2 March 2014

Apakah Itu Tahi Bintang Atau....?

01.03.2014 Sabtu

Malam ini tiada angin, ribut mahupun apa² tiba² selepas solat Isya' Hubby ajak balik ke Kuantan. Terpaku Ninie yang sedari tadi sedang menuruni tangga mendengar ajakan dari Hubby itu. Benarkah apa yang Ninie dengar ini? Waktu malam² begini... Setelah Ninie menyoal kembali inginkan kepastian, Hubby beria² nak balik! Urm... Tapi Ninie minta Hubby kembali ke rumah esok awal sebab anak² masih belum menyiapkan kerja sekolah masing². Bukan apa... Dah tahu dah yang Hubby ni jenis suka memandu malam hari.

Jam 10.30mlm, Ninie siap mengemas. Hubby tiba² cakap nak bawa kereta kancil Ninie. Jimat katanya...Pulak? " Ikut Abanglah... Abang yang drive...Bukan Darling"... Ujar Ninie. Tatkala ini semua anak² dah tidur kepenatan nampak gayanya kecuali Aqilah sebab dia dah tidur petang tadi. Semangat betul Aqilah nak pulang ke Kuantan. Entah apa halnya Hubby nak balik juga sedang di Kuantan ibu & Ayah tiada kerana ke Klang. Cuma tinggal Saiful Arif sahaja.

Jam 11.15mlm kami mula bergerak. Anak² semua dikejutkan agar masuk ke dalam kereta... Suasana malam ini begitu gelap tanpa cahaya bulan. Kenderaan pun ada beberapa buah sahaja yang lalu lalang. Malam ini tidak pula Ninie merasa mengantuk. Aish... Ingatkan nak tidur..tak mengantuk nak tidur macamana.

Lebih kurang 15km perjalanan, Ihsan kelihatannya rancak menyanyi mengikuti MP3 yang dipasang. Si gegirl semuanya dah lena beradu... Sedang Ninie duk memandang langit tanpa bulan dengan pandangan yang kosong... tiba² kelihatan ada satu bulatan cahaya yang seakan² hijau melintasi di bahagian cermin hadapan. Tatkala itu cuma terdetik... Ihsan main lampukah (torch)?...ah dia sedang menyanyi... Owh..ada kereta di belakang agaknya...namun bila dipandang cermin sisi tiada!... Terdetik nak tanya pada Hubby..."Abang tahi bintang ke.." Tapi belum pun ayat tu keluar dari mulut Ninie tiba² Ninie rasa semacam... Seram sejuk meremang...Ah sudah...apa pula ni... perasaan itu tak hilang²... Hilang sekejap namun hadir kembali... Ninie terus pegang tangan Hubby... Hubby sambut... Hubby semacam faham..."Awak nampak apa yang Abang nampak?" Soalnya perlahan... "ha,ah..Abang pun nampak?" jawab dan soal Ninie kembali. "Abang pun rasa lain macam ni... Nak teruskan perjalanan ke?" Soal Abang pula... Ninie ikutkan aja...sambil mencari surah Yaasin di Handphone. Ujian sungguh! Surah Yaasin pun Ninie masih belum download audionya..Aduhai,... Selalunya Ninie bawa juga surah Yaasin saiz poket dalam beg tangan. Tapi malam ni Ninie tukar beg..So nothing! urm.... Abang drive hanya setakat polisko sahaja. Sampai di bawah lampu jalan Hubby berhenti dan buat pusingan U. Kami berpatah balik tak mampu nak teruskan jika terjadi apa². Tambahan pula tiada persediaan. Anak² lagi. Cahaya lampu kereta ini juga yang bukannya terang benderang dan tiada kenderaan yang lalu. Tidak mahu ambil risiko yang belum pasti...Kami berpatah kembali.

Jam 12.45 kami selamat sampai di rumah...Alhamdulillah... Anak² terpinga² dan tertanya². Namun si Ayah menjawab..."Kita balik pagi esok...Ayah tak larat..." Tapi Ihsan seakan memahami sebab dia tidak tidur tadi sibuk tanya itu ini...Esok Mama Ayah ceritakan kembali. Tidak pada malam ini...

Dicari di internet rata² mengatakan yang ianya komet/ tahi bintang... Apakah hanya mainan perasaan kami berdua pada malam itu? Wallahu'alam.... Kami sekeluarga sudah biasa melalui jalan tersebut di waktu malam juga pada waktu yang sama. Mungkin ini secara kebetulan... Remang badan kami pun tak pasti mengapa datang secara tiba² sedangkan hakikat fikiran langsung tak terlintas membayangkan makhluk Allah yang lainnya (ghaib).

Gambar dari GOOGLE