♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Sunday, 30 March 2014

Santai² Di Pantai Batu Hitam

30.03.2014 Ahad 

Di Kuantan ni banyak pantai...Pantai Sepat, Pantai Kempadang, Pantai Balok, Pantai Batu Hitam, Pantai Teluk Cempedak dll. Yang pasti ianya satu lautan Laut China Selatan yang besar dengan lokasi pantai yang berbeza². Hari ini Hubby bawa kami jalan²/lepak² di Pantai Batu Hitam.  Kuat betul angin disini....

Sebelum melepak di benteng..Kami makan di kedai yang ada di sini (lupa nak ambil gambar). Harga? So far O.K...Yang Ninie ingat...Keropok lekor 5ketul (lebih kurang panjang 1jari)=RM 1, ABC = RM 2.50, nasi ayam = RM4.50...Yang lain² tak ingat...wink3x.

Lepas makan kami lepak²/santai² di benteng yang dibina disini...Sebelum tu Ninie ternampak ada pakcik yang menjual aiskrim di atas motor...Suruh Ihsan belikan...dan lepak² kami sambil makan aiskrim yang berharga RM1/pcs. Dengan angin yang menderu...Cuaca yang panas, di bawah pokok kelapa...Nikmatnya rasa.... Anak² request nak main layang²...Tak boleh hokey! Sesekali kelihatannya ada 2buah ATV yang lalu dihadapan kami bermain di atas pasir pantai...Macam best je..... Abang... Jom kita naik nak? Getus dalam hati sendiri je la....kikiki...

Pantai kat sini cantik betul pemandangannya...Suasana sekitarnya pun agak bersih...Air laut yang membiru...Ombak laut yang menghempas pantai kelihatannya tidaklah sekuat di Pantai Sepat serta Kempadang. Macam sesuai je nak bagi anak² mandi. Tapi bukan hari ini la...lain hari...Sebab hari ni jap lagi nak balik Lepar dah....










Bermain Layang² Di Taman Gelora

30.03.2014 Ahad

Semalam di Rompin Ninie ada beli layang² untuk anak² tapi tak berkesempatan nak bermain. Hari ini anak² mula teruja nak main layang². Selagi tak dapatlah...selagi itulah bising..."Ayah/Mama...Nak main layang²..." Haish... Selepas sarapan pagi dengan masih belum mandinya...Hubby ajak ke pantai nak bawa anak² main layang² katanya. Ninie ikutkan aja.

Hubby bawa kami dekat je...nun di Taman Gelora...Walaupun cuaca panas tapi ada pokok..Teduhlah sikit...Hubby ambil port lepak je atas bangku. Ninie join sama anak² bermain. Hihihi...Mama pun lepas gian weh. Angin pula tidah sekuat mana...jap ada jap tiada...Tapi tak ada lah sampai perlu berlari nak menaikkan layang² tersebut. Ninie sambil duduk pun boleh menaikkan layang² tau.... Berpeluh juga rupanya bermain layang² ni...Tak apa...exercise....












Saturday, 29 March 2014

Jom Makan Murtabak Mengkasar, Pekan

29.03.2014 Ahad

Ok...Selesai di Rompin...Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.... Sampai di Pekan perut mulai rasa lapar. Hubby tanya nak makan apa...Ninie teringatkan Murtabak Mengkasar yang popular di sini. Sebelum tu kami ronda²/pusing² jap melihatkan suasana malam di bandar Pekan.

Pada awalnya Hubby singgah di kedai Murtabak Mengkasar di Bandar Pekan ni. Tapi disebabkan ada beberapa buah kereta di bahu jalan mematikan niat kami sebab takut lambat. Sebelum ni Hubby pernah makan di sini dengan rakannya. Lambat kata Hubby. Lebih sejam menunggu baru makanan sampai...Ini berikutan ramai yang order untuk dibawa pulang ke rumah. Tak nak ambil risiko, kami meneruskan perjalanan ke bandar Kuantan.

Semasa dalam perjalanan, masih lagi berada di kawasan Pekan...Sampai di satu traffic light...Sebelah kanan jalan terpandang satu bangunan yang tertera dengan perkataan "Murtabak Mengkasar". Nampak dari jauh tak ada orang. Hubby tanya 'Nak pergi makan sana?". Laju je Ninie menjawab...."Nakkkk" Kikikiki... Anak² tak kata apa² sebab masing² tidur...hihihihi... So Hubby pun bawa kami sekeluarga ke sana. Yeha...Bolehlah merasa murtabak mengkasar yang popular tu... Selalu dengar cerita orang/baca di blog² orang je.

Ok....Kat sini memang tak ada makanan panas yang lain ye...Cuma murtabak sahaja. Jangan gatal² nak order makanan lain. Kami pesan murtabak kambing special & murtabak ayam biasa.... Sedap ke?

Huhuhuhu... kalau dah namanya tekak kampung macam Ninie...Bagi Ninie...so far O.K la.... Mungkin tak sehebat yang orang lain pernah rasa....Murtabak ni perniagaan generasi ke generasi kan? Jika Ninie dengar murtabaknya tebal sampai 1inci...yang kami makan ni ada la hampir 1/2 inci tebalnya...Boleh bayangkan tak?

Jika murtabak biasa di pasar² malam tu macam basah²/lembab² sikit dalamnya...yang ini agak kering.... Dan yang ini langsung tiada rasa rempah macam kari / kurma tau.... Entahlah..macam inti/isi dalamnya tu hancur/kisar terus.... Tapi yang paling Ninie suka cicah bawangnya yang warna merah tu...Siap ratah² bawang tu macam tu je...Habis! Kurang rasa cuka...tapi manis.... Kuah cicah kari (mungkin)...kurang sedikit...Anak²pun geleng² tak mau.... Orang lain ok je kut...Tapi habis je kami makan sebab memang tengah lapar O.K.... In Sha Allah lain kali datang lagi...Tambahan pula pernah ternampak di Bandar Kuantan pun ada cawangannya. So dekat je....








Kami Di Pantai Hiburan, Rompin, Pahang

29.03.2014 Sabtu
Lokasi : Pantai Hiburan, Rompin, Pahang.

Hari ni Hubby ajak jalan² Rompin...Hihihi...Jalan² lah sangat...Sebenarnya macam ke Kemaman tempoh hari...Nak menyaksikan pertandingan 4X4. Kali ini kawan² Hubby ada yang masuk. Sama macama di Kemaman hari tu. Mereka pergi petang semalam lagi. Kami sekeluarga baru nak bergerak hari ni. Jam 9.00pg kami bergerak keluar dari rumah...Berhenti makan..itu ini..Jam 12.45ptg kami selamat tiba di sini. Panas terikkkkk weh....

Yea... Dah sampai.... panasnya...

Ini la tujuan kami ke sini... Menyaksikan ROMPIN 4X4 INTERNATIONAL BEACH CHALLENGE 2014 di Pantai Hiburan, Rompin

Program mula seawal pagi tadi lagi.Masa kami datang ni dah tinggal dua SS je lagi untuk mereka beraksi. Meriah nampaknya di sini.







Lepas tu kami jalan² di Booth² pameran serta jualan yang ada di sini.... Seronok²....



ni la rupanya benda yang terbang tinggi tadi tu...mujur tak jatuh dalam air laut mahupun tersangkut di pokok.. Pandai betul diaorang kontrol benda alah ni.

Ha...Sampai sini je..Anak² mula merengek nak layang². Sebelum ni pernah cari di Bandar Kuantan tapi tak jumpa...Haish...ambil kesempatan kalian ni ye...Beli yang paling murah..RM5/pcs...x 4pcs...RM20 jugalah terbang! Haish...tak kurang langsung si penjual ni ha....


Selepas makan, singgah booth kami ke Masjid Tengku Mahkota Abdullah di Bandar Rompin.

Kemudian ke Pantai Hiburan semula. Nak tengok² kot² ada yang menarik perhatian....


Hari dah petang weh...Jom kita pulang...Penatnya....Nak tido....Zzzzz

Friday, 28 March 2014

Balik Kuantan....

27.03.2014 Khamis

Jam 9.30mlm kami sekeluarga bergerak ke Kuantan. Untuk esok Ninie dah apply cuti. Hubby ajak balik awal pula. Kalau ikutkan perancangan awal, Esok baru balik. Haish la Pakwe ku ini...

Hubby bawa santai2 je malam ni. Anak2 siap belayar (tidur) dah termasuklah Ninie dan sesekali tersedar bila Hubby berhenti isi minyak, di lampu isyarat @pun di tol.

********************************************************

28.03.2014 Jumaat 

Jam dah 1.05pg dan dah sampai di Permatang Badak. Ninie tersedar sebab Hubby bawa slow aja.... Rupanya Hubby cari kedai makan. Lapar katanya...Anak² yang dah tidur pun dikejutkan. Walaupun mamai² namun masing² nak minum juga. Pada awalnya si gegirl semua tak nak makan...Tapi bila Ninie minta bihun tomyam masing² nak pula. So kena order semangkuk lagi.... Alhamdulillah...kenyang...Balik rumah...terus sambung Zzzzz....

Oh ye nama kedai yang kami singgah tadi : Azura Tomyam...  Masakannya boleh tahan...