♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Sunday, 23 February 2014

Bermain Layang² Di Pantai Sepat, Kuantan

23.02.2014 Ahad

Angin tak ada ribut tak ada...Tiba² je Hubby ajak bersiar² di Pantai Sepat. Jam dah pun pukul 6.00ptg... Nak balik Lepar lagi...Aduhai...Layan..... Ihsan sempat ambil layang² di rumah Mal Tok nya tadi... Angin pun bukan main kuatnya... So tak payah nak berlari² untuk menaikkan layang² tu.








Tuesday, 18 February 2014

Mama, Nak Main Kaler Cat Boleh?

18.02.2014 Selasa

Sebenarnya si Khairina dari minggu lepas lagi sibuk nak ‘kaler cat’ @ water color untuk mata pelajaran Dunia Sains Visual (dulu² panggil Pendidikan Seni je...) Setiap hari disebut dan ditanya² pada Mama dan Ayah. Ha... Hari semalam Khairina bawa balik senarai barang yang diperlukan untuk mata pelajaran DSV hari ini. Ok... beres...

Malamnya pula si Khalisah sibuk nak main warna air tersebut. Berkali² dia minta izin. Mama kata boleh asalkan siap kerja sekolah terlebih dahulu. Jam 9.30mlm...semuanya dah siap kerja sekolah dan masing² sibuk dengan kertas A4 dengan lukisan masing² dan tak sabar² nak main cat. Anak²... Mama suruh Ihsan melayan adik²nya...

Ha... Kat bawah ni hasil kerja tangan anak² bertuah Mama sambil ditokok tambah juga oleh si Ayah.... Abaikan pemandangan keadaan rumah di dalam gambar tu ye... ...












Jadual Waktu Persekolahan Anak² Mama 2014

18.02.2014 Selasa

Sepanjang Ninie demam mestilah duduk kat rumah kan. Larat tak larat pun masih uruskan rumah macam biasa walaupun tak sempurna. Kikiki.... Beberapa hari ni dapatlah melihat ragam anak² tatkala pulang dari sekolah pagi dan nak ke sekolah petang. Kesian tengok Hubby yang terpaksa berulang alik hingga tiga kali bagi menguruskan anak² bertuah yang seramai 4orang ni ha... Ini berikutan jadual masa pulang antara mereka tak sama. Mujur anak ke dua tu kembar. Kalau tak mau pergi ulang alik sampai 4 kali pula... ...

Bermula Bulan Feb ni, Tasmik (belajar mengaji) sudah bermula dan begitu juga dengan kelas tambahan Ihsan yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Hubby lah yang kena ulang alik ambil si anak² bertuah ni pulang dari sekolah. ...

Dah ambil bawa balik, bersiap² nak ke sekolah petang pula. Mujur petang Ihsan bawa basikal sendiri sebab lepas tamat sekolah petang Ihsan akan ke sekolah pagi semula untuk latihan Hoki nya... Jam 7.15ptg barulah nampak muka Ihsan ni di rumah. ...

*Pengorbanan seorang Ayah... Thanks Sayang...♥Sayang Awak Ketat²♥

*Semoga anak² kita berjaya di dunia & Akhirat..Amin....

Jadual Tasmik j-Qaf 2014 Anak²

Jadual waktu persekolahan biasa

Ihsan - Jadual waktu biasa

Jadual waktu kelas tambahan Ihsan

Khalisah Batrisyia

Khairina Basirah

Aqilah Qistina

Jadual sekolah Agama (KAFA)...Yang Ihsan mana letaknya..?




Saturday, 8 February 2014

Dah Besar Anak Bujang Mama Nan Seorang Ni

08.02.2014 Sabtu

Alhamdulillah...Sedar tak sedar masa yang berlalu begitu cepat. Anak bujang Mama ni dah besar dah. Tahun ni dah 12tahun dan Alhamdulillah rajin menolong Mama. Biasalah kalau sesekali membentak tu..... Sidai kain, angkat kain, buang sampah dsb. Terserlah rajin kalau disuruh membantu membuat kerja² di dapur.... Potong bawang, kacaukan masakan, buat air dll.... Terima kasih sayang.....

Sunday, 2 February 2014

Jerangkang Waterfall Again 2014 (Day 2)

01.02.2014 Sabtu

Amboi si Ayah... sedap betul tidur dalam gebor tu ye... Bangun weh....

Khemah merah anak² punya... Mama Ayah? Hijau ler....

Mamam nasi goreng jom...

Anak² dengan rakan²

Apa agaknya yang dibincangkan oleh group lelaki ni ha...

Kawan baru Ninie... Ida wife Khairul Pajero
 Us....

Bergambar kenang²an terlebih dahulu



Haaaaa....Tersangkut pula..Difahamkan yang 4wheel kereta bro ni rosak. Sobab tu lekat....

Usaha menyelamat di lakukan...tarik depan tarik belakang....






Keadaan di Sri Jaya yang penuh debu berikutan musim panas sekarang ni.



Alhamdulillah... selesai keluar dari Jerangkang Waterfall... Kita minum dulu...

Lastttt sesaja memusing di Gambang Water Park