"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Friday 3 January 2014

Hari Pertama Persekolahan Anak² 2014

02.01.2014 Khamis

Sedar tak sedar sekejap je dah masuk tahun baru....Sepertimana tahun² sebelumnya, Mama akan ambil cuti untuk family tersayang. Hari pertama sekolah la katakan...Anak² dan juga Hubby. Sekejap je masa berlalu...Tahun ni semuanya dah bersekolah rendah. Ihsan darjah 6, Khalisah & Khairina (darjah 2) dan Aqilah (darjah 1). Sekejap je kalian membesar sayang.... Alhamdulillah.....

Nak dijadikan cerita, hari ni boleh pula Mama tak sedar di awal pagi. Kelam kabut dibuatnya dengan mengejutkan anak². Anak² diuruskan oleh Mama hari ini... Sampai je di sekolah, murid² dah berhimpun dan tengah menyanyi.... Aqilah kelihatan agak panik. Matanya mulai digenangi air+merah. Mama cakap pada dia yang Mama akan teman hingga masuk ke kelas... Barulah dia tenang sedikit. Mungkin sebab ini pengalaman pertama baginya. Sebelum ni sekolah di PASTI, tak ramai orang/rakan² sepertimana hari ini. Selesai je nyanyian, Si Ihsan dan kembar masuk ke dalam barisan. Aqilah, Mama pimpin tangan bawa ke dalam barisan darjah satu. Aqilah kelihatannya tak ceria walaupun dah bertemu rakan sepermainan. Habis je ucapan dari Guru, kesemua murid masuk ke kelas masing² termasuklah darjah satu. Mama turutkan Aqilah.... Kelas darjah satu tahun ini ada dua kelas sahaja. Kelas pertama kelihatannya berpusu² orang masuk... Mama bawa Aqilah ke kelas kedua. Alhamdulillah... Kebetulan pula kelihatan ada seorang rakan satu sekolahnya dahulu sedang duduk sendirian di meja. Mama bawa Aqilah bertemu dengan rakannya.... Terseyum girang riak wajah Aqilah.... Mereka berdua duduk berdua... Alhamdulillah.... Bila Mama kata nak balik, Aqilah tak kisah... Cuma pesan Mama padanya agar buat apa yang cikgu suruh samada baca doa, menulis, membaca, mengeja dll. Almaklumlah...Minggu ini adalah minggu orientasi untuk murid darjah satu dan sekaligus menentukan kedudukan kelas.

Selepas Mama tinggalkan Adik, Mama cari kelas Si Kakak Khalisah..Sebab tadi Mama nampak si Khairina ada mengikut guru yang menguruskan pengambilan buku teks (Anak² Mama masih belum ambil buku teks). Tapi Mama tak nampak Khalisah...Sedangkan yang mengikut cikgu tu tadi semuanya murid darjah 2. Bila dijenguk dan ditanya...Sah! Khalisah tak dengar apa yang cikgu katakan/panggil tadi. Mama bawa Khalisah ke bilik/stor simpanan buku teks.... Aduhai si anak.... Selesai semuanya, dalam jam 9.00pagi, Mama beransur pulang ke rumah. Semoga semuanya ok² sahaja....

Petangnya Mama ke rumah jiran sebelah melihat baby baru. Bersembang tentang suasana sekolah hari ini... Kak Sabariah beritahu yang dia Guru kelas Aqilah. Tadi duk tanya Aqilah, Mama sendiri tak berapa nak faham ceritanya.... Sekarang Mama dah tahu la kedudukan Aqilah. Aqilah masuk kelas pertama 1 Fatanah dan kata Kak Saba dia nak lantik Aqilah jadi penolong ketua kelas sebab majoriti tahu yang suara Aqilah bukan main kuat! Hihihi... Aduhai anak....












03.01.2014 Jumaat

Hari ini Ninie yang pada mulanya ingat nak sambung cuti...Tak jadi... Sayanglah pula, nak² masih di awal tahun ni... Kalau hujung² tahun barulah best.... Tahun 2014 baru sahaja bermula....Nak boleh habis setahun ada 12 bulan lagi... lama tu...wink3x. ninie tak jadi cuti sebab Hubby cakap nak hantar anak² ke sekolah KAFA bermula minggu hadapan. So Ninie kerja macam biasa sahaja.... In Sha Allah..Anak² ok je... Cuma Aqilah je la sebab melalui perubahan rutin hariannya. Malam tadi pun (semalam) baru je sekolah pagi belum petang lagi...Malamnya dah tidur awal bukan main nyenyak tanpa perlu disuruh.