"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 2 December 2013

Terengganu (Day 2) : Makan Malam, Tempat Penginapan & Bersiar²

01.12.2013 Ahad

Pada mulanya pusing² dalam bandar Kuala Terengganu sebab Hubby nak cari mesin cash deposit Maybank, tapi kawasan bandar ‘jem’. Pergh.... Tidaklah kalau begini gayanya dengan peutpun dah lapar. Jadinya kami mencari kedai makan....pada mulanya Hubby nak cari kedai makan nasi dagang. Search dalam garmin, ada nama kedai Nasi Dagang Mak Ngah. Kami menuju ke sana. Namun kedai tersebut tutup mungkin sebab malam agaknya.dan Alhamdulillah ada kedai yang berhampirannya buka. Kami terus sahaja berhenti makan di situ. Ramah yang mengambil order kami malam ini. Mudah menjawab setiap pertanyaan kami dan juga melayan karenah si anak² yang dah lapar ni terutamanya si Adik yang mulutnya agak ‘omeh’. Aduhai si anak. Si Adik sekarang sibuk nak minum air jagung yang di dalamnya ada jagung. Mujurlah ada... Macam² sungguh si cilik ni.







Selesai makan, sekarang nak cari tempat bermalam. Letih sungguh rasa badan ni... Hubby cari dalam internet. Yang terhampir adalah Intan Beach Resort. Kami ambil keputusan untuk terus ke sana. Sampai sahaja (11.00mlm), turun dari kereta terus disapa oleh angin dari laut...bukannya sepoi² bahasa tapi agak kuat hingga sejuk mencengkam rasanya. Pelayan di kaunter amat mesra bila disapa. Alhamdulillah masih terdapat bilik kosong untuk kami sekeluarga dengan bayaran sebanyak RM 125 dengan 3 buah katil bujang. Ruang biliknya juga agak luas dan amat² sesuai untuk kami 6 beranak. Siap dilengkapi iron board, flask, kettle, pengering rambut, aircond serta bantal tambahan. Senang kata memang berbaloi dengan harganya.

Kebersihannya? Pun OK... thumbs up!




02.12.2013 Isnin – Waktu Malam (awal pagi)

Anak² dah mula dengan aktiviti masing² malam ni. Bermain itu ini. Hubby melayan internet dengan netbook dan free wifi yang ada di sini. Ninie? Mood dah nak lelap. Waktu dah nak terlelap ni le En. Hubby ajak jalan² bandar tengok suasana malam hari katanya. Jom.... Hubby just pusing² je...Lalu la dekat Dataran Shahbandar, China Town dan sekali kami berhenti di kawasan yang ada perkataan Pulau Warisan. Dekat sini banyak pokok² berlampu sepertimana di ICT Shah Alam. Warna warni gitu berhampiran dengan laut. Kami turun bergambar di sini sebentar. Bila nak sampai lagi di sini pun kami tak tahu.... Jam 12.40 jom kita pulang... tidur dulu... Esok agenda lain...

Bulatan Batu Bersurat di Jalan Bandar Kuala Terengganu

Dataran Shahbandar

Cina Town

Pulau Warisan