♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Sunday, 1 December 2013

Terengganu (Day 2): Cari Sarapan Pagi... Sedapnya Nasi Kukus....

01.12.2013 Ahad

Anak² bangun apabila dikejutkan lebih kurang jam 9.00pagi. Amboi...lena betul tidurnya. Jam 10.00pg, kami anak beranak bersiap² nak keluar cari sarapan pagi tambahan pula Hubby dah bagi keizinan Ninie drive hari ni. Hihihi... tetiba je kan... selalunya tidakpun. Nak² pula negeri orang ni. Agaknya Hubby kesian pada Ninie dan anak² duk terkurung dalam bilik je. Anak² kegirangan. Berkali² juga Hubby pesan melalui telefon agar Ninie berhati² semasa drive sebab takut jalan sibuk. Ok my dear Hubby.....

Elok je kami sampai dijalan besar, Ninie suruh anak sulung si Ihsan pantau kiri dan kanan lihat² kut² ada kedai yang buka agar kami boleh singgah makan di situ. Dari simpang jalan besar tu Ninie ambil simpang belah kanan... laluan berjampiran dengan pantai... Wah... besar betul ombak dekat sini mengalahkan pantai di Kuantan. Namu, mungkin bukan rezeki kami... sebelah kanan jalan ni tak ada gerai yang buka. Ninie teruskan perjalanan hingga ternampak papan tanda ke Kuala Dungun. Haish...macam dah jauh je ni.... berhenti tepi jap buat u-turn. Berhenti pula di barisan arked yang berhampiran dengan stesen minyak. Ada satu kedai yang buka namun bila ditanya, belum siap lagi... ada minuman je...urm... kami masuk kereta balik cari kedai lain. Nak dijadikan cerita, jalan di sini highway, so nak u-turn tu agak jauh Cuma jalannya sahaja tak sibuk. Masa duk u-turn tu nampak kedai makan tulis nasi kukus... pergh... ramai orang nampaknya di kedai tu... boleh tak perasan pula tadi. So buat pusingan U lagi...kikiki..... rupanya kedai makan tu dekat je dengan simpang ke PULAPOL betul³ di sebelah Balai Polis Dungun. Pergh lega...dah boleh kami makan... Ninie order nasi kukus, anak² nasi ayam. Sedap! Itu yang boleh Ninie katakan makanan di sini. Kami makan siap bertambah². Adik pun bukan main lagi makannya sebeb disuap Mama. Harga pun berbaloi sebab baru RM 28.40 tapi tokey kira RM 28 je. Kemudain masing² dah kenyang dan jam pun hampir 11.30pg. Ihsan ajak² jalan di pantai tapi Mama risau sebab pagi tadi Hubby beritahu yang mesyuaratnya habis jam 12tgh. Karang menunggu pula si Hubby. So kami terus balik ke PULAPOL.

Nama kedai nasi kukus yang kami singgah tadi > WARUNG IDAMAN CATERING.


Setibanya kembali di PULAPOL. Bergambar kenangan dulu....




SMS Hubby, Hubby kata belum habis lagi. Jangkaannya mungkin jam 2.00ptg. Nak boleh menunggu hingga jam 2ptg tu, anak² mula dengan ragam masing². Sekejap² kang keluar ke balkoni nak lihat² luar katanya. Angin kat sini pula usah nak cakap lag. Kuat giler. Risau dibuatnya.... sejuk pula tu. Tambahan pula di sini tiada orang. Yang ada Cuma guru² yang bermesyuarat. So mereka pergi meeting tinggal kami anak beranak je la. Ninie pula ambil port tidur.kikiki..anak² ada masanya nak je Ninie babab sebab gaduh+jerit²+lari²...Haish...almaklumlah..’Puas’.

Jam 2.00ptg Hubby call beritahu yang kami boleh turun ke bawah. Mesyuarat dah habis katanya... Apalagi... “Mama, kita nak pergi mana lepas ni?” Soal si anak. “Awak semua nak pergi mana? Kita baliklah..” Jawab Mama.... “Ala... bukan ke Mama dan Ayah cakap kita nak pergi jalan²? Takkan nak balik dah?”... ujar anak² lagi... “Urm...Nanti tanya dengan Ayah ye...” balas Mama.... Urm... anak² bertuah ni teruja bebenor nak berjalan sana sini.

Masuk je dalam kereta “Nak kemana kita lepas ni?” Soal Hubby... “Entah, mana tahu... Abang bawakan ajalah” ujar Ninie pula. “OK, Kita ke Kuala Terengganu. Pergi Taman Tamadun Islam..”jawab Hubby... “Yeay....” jerit anak keriangan. Apa yang dibayangkan pun tak tahu la..... Perjalanan kami diteruskan menuju ke Kuala Terengganu. Tujuan utama ke Taman Tamadun Islam. Harapan kami agar di sana nanti cuaca cerah tidak hujan.

Wink3x...sempat lagi berhenti bergambar sebelum meneruskan perjalanan...


Bersambung......