"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 3 December 2013

Perjalanan Pulang Ke Rumah Kami Terhalang! (Banjir)

03.12.2013 Selasa

Tiada kemana² hari ini tambahan pula hujan yang tiada hentinya sejak malam tadi. Tidur lagi best. Hanya bertapa di dalam rumah MIL. Anak² semangat bermain dengan sepupu²nya.

Jam 6.30ptg, baru kami bergerak pulang ke rumah. Esok Ninie kerja weh! Semasa dalam perjalanan dan masih lagi di bandar Kuantan kelihatan air mula membanjiri jalanraya sebelah kiri (Dari Kuantan menghala ke Maran) dengan jalan dari Maran ke Kuantan di tutup. Allahu Akbar. Tatkala ini hujan masih lagi turun walaupun tidaklah selebat mana... Kereta mula berderet diletakkan di atas jalan raya yang mana kedudukannya lebih tinggi dari rumah² serta kelihatan beberapa orang mula mengangkut barangan serta pihak² berkenaan mulai bersedia. Keadaan begitu berlarutan sehingga ke perkampungan Sungai Isap. Semoga perjalanan kami selamat tiba di rumah dan semoga mereka² ini tabah menghadapi ujian banjir yang diturunkan oleh Allah.

Sampai di Bandar Jengka lebih kurang jam 11.00mlm, kami berhenti makan dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Lepar Utara. Selesai makan lebih kurang jam 11.45mlm, perjalanan kami diteruskan.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa... Setibanya kami di kawasan Sungai Tekam Utara dan Kota Gelanggi 2&4, kelihatannya beberapa buah kereta berhenti di bahu jalan dan ternampak cahaya dari arah bertentangan namun tiada kereta yang bergerak. Ya Allah, di sini juga air sudah melewati jalan. Hati Ninie mulai gusar. Anak² hanya sepi melihat keadaan sekeliling. Hubby yakin yang kereta kembara kami naiki lepas untuk mengharungi air banjir tersebut. Alhamdulillah kami berjaya melepasi/mengharungi dua buah jalan yang dinaiki air ini dengan membaca doa memudahkan segala urusan. - “RABBI YASIR WALA TU ASIR RABBI TAMMIM BIL KHOIR” tak lekang dari mulut dan hati ini.

Namun setibanya kami di laluan Kota Gelanggi 5&6 @ lebih dikenali dengan ‘matau’ oleh penduduk setempat, kelihatannya ada beberapa buah kereta yang berhenti di sini. Kelihatan seperti pemandunya merehatkan diri/ tidur sementara menunggu air surut tambahan pula jam sudahpun 12++tgh malam. Jalan ini membuatkan Ninie berbelah bagi untuk Hubby redah berikutan kelihatan pagar ladang sawit tenggelam terus ditambah pula keadaan jalan yang agak berselekoh hingga tidak menampakkan hujung air disebelah sana apatah lagi mungkin tiada kenderaan dari seberang jalan sana berikutan langsung tidak kelihatan cahaya lampu. Hubby ambil keputusan untuk berpatah balik. Untuk mengambil jalan ke arah Jerantut dari sini juga amat mustahil berikutan terdapat jambatan di kawasan berhampiran dan sudah pastinya jalan tersebut juga dipenuhi air. Suasana malam sememangnya amat mencabar diri.

Kami berpatah balik, namun setibanya di jalan Kota Gelanggi 2&4 difahamkan air bertambah tinggi dan kami tidak digalakkan untuk menyeberanginya. Mujur ada anak muda yang mungkin dari Kota Gelanggi 2&4 tersebut yang sudi menunjukkan jalan yang lain untuk kami lalui kerana dikatakan di kawasan air masih tidak begitu tinggi. Anak muda ini tadi berdiri di bahu jalan sebagai penanda untuk kami menyeberangi air berikutan jalan ini merupakan selekoh. Allahu Akbar, air di sini juga mulai meninggi sehingga paras lutut mereka. Namun Hubby cuba juga. Alhamdulillah kami semua selamat melepasinya. Terima kasih kepada mereka² yang sudi menghulurkan bantuan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah diberikan. Tujuan kami kali ini hanya satu... Mencari tempat untuk menginap @ tidur. Hubby cadangkan kami ke Jerantut dengan tidur di Jerantut Hill. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan bermalam di sana.