"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday 5 December 2013

Jalan² Di Aquaria KLCC

05.12.2013 Khamis 

Seawal pagi Kak Ati & suaminya dah ke tempat kerja begitu juga dengan anak²nya. Tinggallah kami sekeluarga. Pada awalnya kami rancang nak bergerak pulang pada hari ini tapi masih ragu² dengan jalan samada airnya sudah surut @pun belum. Kemudian Ninie tergerak hati nak telefon bilik gerakan banjir Jerantut. Dari maklumat yang Ninie terima, petugas di sana memberitahu bahawa jalan untuk ke Lepar Utara samada melalui bandar Jengka mahupun Jerantut masih tidak dapat dilalui kerana paras air yang kian meninggi... Makanya, tambah lagi semalaman kami di sini.

Jam 12.00tgh kami bergerak ke KLCC. Tujuannya nak bawa anak² ke AQUARIA KLCC. Anak²? Tak usah nak cakaplah.... Kompem teruja lebih² lagi Ihsan. Harga untuk tiket masuk bagi kami 6 orang adalah RM 164. Orang agak ramai juga pada hari ini walaupun bukan cuti umum atau hujung minggu. Al maklumlah...cuti sekolah kan....

Melangkah masuk je Ninie tertarik dengan kolam kecil yang terdapat di sebelah kanan. Kolam terbuka yang mana kita boleh merasa haiwan yang ada di dalamnya dengan tangan namun dilarang sama sekali untuk dibawa keluar dari permukaaan kolam. Terdapat ikan² kecil, tapak sulaiman, gamat, belangkas dan macam² lagi. Ninie sekadar cuba² memegang tapak sulaiman yang cilik walaupun agak takut². Dalam hati terdetik mana tahu kalau² karang digigitnya tangan Ninie. Tapi ikut logik akal, takkanlah dia bagi kita pegang kalau haiwan tu berbisa kan? Anak² sekadar celup² tangan je tak berapa nak berani.

Selain ikan sungai seperti kelah, lampam, patin, talapia dll serta ikan laut seperti jerung, pari dan macam² lagi terdapat juga pameran binatang lainnya seperti Labah², kala jengking, ular, tokek, iguana, kuda laut, obor², udang dan macam² lagilah.

Yang nampak agak menariknya ada laluan seperti dalam terowong yakni terowong akuarium yang agak panjang. Malas nak berjalan kaki? Takpe...laluannya bergerak sendiri...slow je.... kalau jalan kaki kompem cepat sampai.

Habis je di sini, Ninie terus menuju ke kedai cenderahati. Biasalah cari Keychain/Fridge magnet. Tak perlu banyakpun. Cukuplah satu...




























Selesai di sini, perut pun dah lapar..Nak makan di mana? Ninie nak makan tempat biasa Kedai Satay Hj. Samuri. Hubby on kan aja sebab katanya tak jauh sangat pun. Ninie teringin makan mee bandung. Ihsan juga begitu. Gegirl nasi ayam, Hubby nasi goreng ayam. Tambah satu 20 cucuk. Perut mesti ada. Kenyangnya... syukur Alhamdulillah.....

Seterusnya Hubby nak ke Batu Caves untuk beli Roof Rack & lampu spotlight untuk kereta kembaranya. Ninie layankan aja walaupun terfikir mana nak letak benda tu nanti sebab kereta dah penuh. Tapi sebab Hubby kata murah.... Harga roof rack tu (secondhand) jenama Carry Boy = RM 200 manakala spotlight tu berharga RM 180. Hubby survey melalui mudah.my... Murah sangat dah harga tu katanya. Ninie iyekan aja...Janji Abang pandai nak susun cenggana nanti...kikikiki....