"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Friday 6 December 2013

Di Bukit Fraser (Day 1)

06.12.2013 Jumaat

Allahu Akbar.... Sepanjang perjalanan kami hujan tiada hentinya.... namun tidaklah selebat mana. Sehingga tiba di simpang tiga betul² ternampak papan tanda ke Bukit Fraser = 30km. Pergh... Kena tipu dengan Garmin rupanya! Jam pun dah 6.15ptg. Mulai dari simpang ini, jalan yang bakal kami lalui adalah naik bukit dengan keadaan jalan yang berliku². Mujur juga si anak² tidur kecuali Ihsan. Hujan pula masih tidak berhenti dengan hari mulai gelap, jalan yang dilimpahai air hujan turun dari bukit... Agak menyeramkan. Ninie yang mengantuk seawalnya tadi tak dapat melelapkan mata kerana risau. Mulut dan hati tidak henti membaca doa memudahkan sebarang urusan semoga perjalanan kami selamat hendaknya. Sepanjang perjalanan jarang² sangat bertembung dengan kenderaan lainnnya. Sesekali bertembung dengan kereta dari arah bertentangan juga amat meriasaukan sebab kita yang sedang naik bukit pandangan memang terhad. Tahu² aja ada kereta yang datang. Allahu Akbar...

Tiba di jalan hanya untuk kenderaan naik ke atas sahaja, bertambah risau... dengan hujan, laluan yang kecil sesekali bertemu dengan pokok yang tumbang... Urm... Tatkala banjir dan musim tengkujuh ni ada ke orang yang nak bercuti di Bukit Fraser sepertimana kami?

Alhamdulillah, jam 7.00ptg kami selamat tiba di Bukit Fraser... Kelihatan jam yang popular tempat ramai orang bergambar. Hubby parking betul³ berhadapan dengan bangunan Puncak Inn. Kami berehat seketika. Ninie tak mahu turun ke bawah dah dengan keadaan cuaca yang seperti ini. Sedangkan pada mulanya Hubby cakap datang nak bergambar je kemudian balik. Nak bergambar apanya, cuaca hujan dan hari kian gelap. Ninie minta Hubby cari di internet tempat penginapan yang sesuai di sini. Rata² juga menyarankan Puncak Inn yang betul² berada di hadapan kami walaupun ada juga yang menyarankan Hotel Jelai. Namun membaca keadaan fasiliti yang TV setakat menggunakan arial sahaja membuatkan Ninie berfikir banyak kali. Anak²... Itulah yang terdetik di hati. Datang ‘puas’nya nanti jenuh nak kawal tambahan pula masing² dah tidur masa dalam perjalanan tadi. Keputusan diambil, kami bermalam di Puncak Inn sahaja. Sebelum itu kami mohon kepada staf di kaunter untuk melihatkan keadaan bilik terlebih dahulu. Selepas itu barulah kami bersetuju. Bilik standard dah full. Yang tinggal Cuma bilik Deluxe dengan bayaran RM 145/malam.

Kemudian kami pergi mencari tempat makan dahulu sebab perut dah belum masuk makanan semenjak turun dari Bukit Tinggi. Staf di kaunter menunjukkan tempat makan yang ada. Jom kita pergi mamam.

Sampai je di sini, tak banyak pilihan kedai makan yang ada. Kami tertarik dengan kedai salah satu kedai makan sebab ada wanita muslim(bertudung) yang mungkin pengunjung sepertimana kami makan di dalamnya. Sedangkan ada sebuah lagi kedai mungkin mamak bertentangan dengan kedai ini namun Ninie ragu² takut bukan Islam tambahan kedainya kosong tiada pelanggan.

Melihatkan kepada menu makanan, nak terjegil keluar biji mata rasanya dan tahu sah lebih dari RM 50 kali ini. Ayam goreng kunyit sahaja sepinggan RM 7.50... Boleh bayangkan tak harga makanan lainnya? Rata² RM 7.50 dan ke atas. Namun tiada pilihan, kami teruskan dengan order... Total makan kami malam ini RM 61 dan habis licin kesemuanya. Syukur Alhamdulillah....

Jom balik ke Hotel... Mata Ninie dah berat sangat. Anak² teruja bermain dan menonton TV. Entah pukul berapa tidurnya pun Ninie tak tahu sebab Ninie tidur dulu dah.... Esok cerita baru...