"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Friday 6 December 2013

Bukit Tinggi (Colmar Tropical & Japanase Tea House)

06.12.2013 Jumaat

Ninie ambil cuti je hari ni sebab alang² dah tinggal sehari je hari bekerja. Ingat hari ini nak bergerak pulang ke rumah. Tapi perancangan Hubby nak singgah di Bukit Tinggi dulu. Al Maklumlah tak pernah sampai. Kali ini apa salahnya kan?

Ninie mengemas dulu rumah Akak Ati sebelum bergerak pulang. Dah orang bagi duduk ni takkan kita nak tinggal gitu je macam check out hotel kan? Dah ok semuanya lebih kurang jam 12.00tgh kami sekeluarga pun meneruskan perjalanan. Akak Ati tiada di rumah, Ninie Cuma SMS memaklumkan yang kami akan bergerak pulang dan mengucapkan terima kasih atas semuanya.

Jam 01.00ptg kami sampai di atas Bukit Tinggi. Ramai juga orang hari ni.... Masuk sahaja kami dikenakan bayaran RM 40 walaupun Hubby dah maklumkan bilangan kami 6orang. Mungkin rezeki kami hari ini agaknya. Alhamdulillah... Harga tiket masuk untuk Dewasa = RM 12 manakala kanak² = RM 8.

Hubby terus ke atas dahulu ke Japanese Tea House. Dari sini kami pergi jalan² di Taman Botani terlebih dahulu. Bagi anada yang nak ke sini pastikan kasut yang dipakai adalah sesuai ye... Biarpun ada laluan, namun masa kami sampai sini kebetulan pula pada musim hujan, laluan agak licin sebab berlumut. Kawasannya pula adalah hutan.... Banyak pokok² bunga ada yang pernah dilihat bagi yang suka menanam @ menghias laman tu mesti biasa sangat dah dengan pokok helicornia, anthurium, lillies dll. Terdapat juga pokok² hutan yang diletak nama pengenalannya. Tak terkecuali juga pokok palma dan juga pokok kipas yang besar!... Urm... Ada juga pokok yang Ninie tak pernah lihat pun. Anak²? Kikikiki... pelik napa kita masuk dalam hutan. Baginya tiada yang menarik sebab hanya pokok² bunga dan balak/hutan sahaja. Hihihi mengah juga nak menghabiskan laluan di sini walaupun tak sebesar mana.

Selesai di sini, Kami ke Japanese Tea House pula. Firasat Ninie di kawasan ni terdapat banyak pokok teh ala² Cameron Highlands tu. Wakakaka.... rupa²nya tak... Mujur berkata² sendiri je dalam hati. Tambahan pula masa nak naik bukit tu laluannya cantik menghijau...

Ok... Kemudian kamipun terus naik bukit dan jumapa jambatan serta pemandangan air terjun yang cantik serta terdapat kolam ikan kap yang besar² di dalamnya. Cantik! Naik atas sikit lagi, jumpa pula dengan rumah binaan ala² Jepun dan terdapat 2 wanita yang bersimpuh di dalamnya dengan bakul. Rupa²nya di dalam bakul tu terdapat makanan ikan yang dijual dengan harga RM1/peket bagi sesiapa yang ingin memberi ikan makan. Fikir Ninie di atas sana nanti terdapat banyak kolam ikan. Keadaan agak sesak sebab terdapat rombongan kanak² disini yang sungguh riuh.

Kami terus naik ke atas mengikut laluan yang disediakan... Jalan terus je..aik, dah dekat jalan keluar... kami silap naik rupanya....(laluan kami naik tadi seeloknya laluan turu). Kemudian kami berpatah balik sebab Ninie nak bergambar dekat kolam tadi. Anak² pula nak beli makanan ikan sebab nak bagi ikap tadi tu makan. Kat situ je lokasi yang ada ikan. Bila sampai je kat rumah Jepun tu tadi, Ihsan beli makanan ikan 1paket dan Ninie bahagikan kepada 4 beradik sebelum nanti mereka bergaduh kat bawah sana. Dekat rumah ni juga kita boleh masuk dengan bayarn RM 25/orang kemudian memakai pakaian kimono macam orang Jepun tu dan jika tak silap boleh minum teh Jepun (ni agak² je la sebab tak nampak apa yang berlaku kat dalam rumah tu. Tapi ternampak yang mereka ada duduk ala² macam cerita dalam TV tu ha waktu minum teh).

Kemudian kami terus turun dan anak² teruja bebenor bagi ikan makan. Pergh... Letih dah untuk hari ni... Terus ke tempat letak kereta yang agak jauh juga... Capai bekalan roti yang dibawa bagi mengalas perut sebelum kami bergerak ke destinasi seterusnya Colmar Tropikal. Di sini juga ada menyediakan khidmat trem tapi ramai orang sangat yang menunggunya. Kami naik kereta sendiri sahajalah.

Ok... Dah samapai... masuk tempat parking kereta, kemudian turun menggunakan lif, jalan kaki.... sampai... Kat sini rupanya terdapat banyak resort/hotel yang rupa bentuknya seakan² kita berada di England....(huhuhu... England pun Ninie tak pernah sampai, leh nak bayanangkan lak...Boleh gitu! Kikiki..). Mulanya agak pelik juga kenapa di setiap bangunan ada macam no. Bilik dan di setiap pintu masuk ada orang yang beruniform tersenyum tunduk ramah tatkala kita memandangnya. Tengok/amati reka bentuk tempat ni betul² barulah faham..owh...tempat tidur @ hotel rupanya. Kelihatannya banyak bilik disamping reka bentuk ala² Inggeris dan bewarna warni. Kemudian kami panjat ala² menara tu...Guna lif tau...masa kami datang tu kelihatannya lif macam rosak sebab ramai naik tangga. Tapi jari gatal duk tekan button lif dan lif terbuka. Apalagi, naik je la. Lagipun tiada amaran/perkataan lif rosak diletakkkan disitu.

Masa turun dari bangunan tu pula kebetulan ada persembahan kanak² di ruangan pentas berhampiran kolam air pancut di sini. Anak² gegirl kelihatannya teruja nak lihat persembahan. Ninie dan Hubby biarkan sementara kami lepak di kawasan air pancur sambil memantau si gegirl yang asyik dan sambil² tu Ihsan juga jadi pemerhati adik²nya.

Ok, selesai di sini, macam biasa Ninie akan singgah kedai cenderamata. Hubby bawa anak² gegirl tengok angsa. Selesai, kami mula nak bergerak turun. Masih di tempat kereta, tiba² Hubby bersuara “Kita pergi Bukit Frase nak?”. Tergumam Ninie seketika... “Ikut Abang lah sebab yang bawa kereta tu Abang, Darling ikut aja..” Balas Ninie. Hubby cari lokasi menggunakan garminnya.... Berdasarkan garmin hanya dalam 37km namun jangkaan sampainya jam 6.30ptg. Pelik bukan? Sekarang jam 4.00ptg. Tapi Hubby kata dia teringin nak pergi sebab tengok orang pergi macam best je bergambar dekat jam tu. Hihihihi... Ninie ikutkan aja. No hal... Macam Ninie katakan tadi... Bukan Ninie yang pandu kereta pun. Lagipun esok Sabtu, cuti.... Ok keputusan yang diambil, Jom ke Bukit Fraser!







Jalan² di Botanical Garden dahulu...











Kami berenam di 'view deck'








Di Japanese Tea House






















Kita mamam dulu... makan roti je sebelum nak ke Colmar Tropical kejap lagi...


Gambar² kami di selitar Colmar Tropical, Bukit Tinggi, Pahang.