♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Saturday, 7 December 2013

Alhamdulillah... Akhirnya..."Home Sweet Home"

07.12.2013 Sabtu 

Setelah melalui pengalaman yang tak best di Kuala Gandah tadi, kami terus meluncur laju ke rumah. Harapannya sampailah kami di rumah hari ini lepas dah 8hari duk ke sana ke mari.... Kami berhenti makan dahulu di Bandar Jengka.... selesai makan perjalanan diteruskan namun tergamam seketika sebab jalan di Sungai Tekam Utara dinaiki air. Terdetik di hati..apakah hari ini kami sekeluarga masih tak lepas nak balik rumah? Beberapa buah kenderaan tersadai melihat air banjir...Namun selang beberapa minit ada kenderaan yang dari arah sana meredah air.... Alhamdulillah...lepas dan orang dari Lepar Utara dan setelah bertanya...hanya laluan ini sahaja yang banjir. Laluan lainnya selamat untuk dilalui.

Hubby pun ambil keputusan untuk meredah air banjir dan syukur alhamdulillah...perjalanan kami selepas itu tiada halangan lainnya dan kami sekeluarga selamat sampai di rumah pada jam 11.00mlm...

Di rumah kelihatannya ada beberapa ekor kucing yang menanti dan kelihatannya lapar. Mungkin kucing jiran² sebab Ninie tiada membela kucing. Kesian melihat keadaannya...Masuk je dalam rumah Ninie terus ambil ikan bilis suruh Hubby berikan pada si kucing² yang ada sebanyak 5ekor tu. Bersungguh kucing² tu makan. Kesian...








Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang. (Pengalaman Yang Tak Best Langsung!)

07.12.2013 Ahad

*Maaf, Entry memang marah!

Dah habis pusing² dan puas bergambar di Bukit Fraser, destinasi berikutnya...Kuala Gandah nak pergi tempat pemuliharaan Gajah di sini. Macam best je, macam best je....

Kami sampai jam 4.00ptg... Tiada bayaran masuk dikenakan...Free ye... Tapi sayang, petugas di kaunter tu tak mesra langsung! Kedua²nya perempuan... Nak tak nak je layan kami ni ha... Bagi borang pun gitu² je. Sibuk duk mengadap komputer. Entah apa yang penting sangatnya.... Hanya sebab masuk sini tak payah bayar, layanannya pun out yerk... Teruk bebenor.... Tempat ni ditutup jam 5.00ptg. Kami diberi 6stiker sepertimana gambar yang disertakan. Dia bagi gitu je tak beritahu apa²pun ye.... Ninie lipat, masuk dalam beg sandang. Dari tempat parking kami berjalan kaki nak tengok ke Gajah. Walalawei... Gajah pun nak tengok kan? Hihihi... Dengar cerita orang macam best je... alang² tu singgah ler.... Tapi.....

Sampai je di kawasan tempat gajah tu... terdapat juga rombongan pelancong asing...Patutlah ada sebuah bas persiaran di tempat meletak kereta tadi tu... Haish.... Duk tengok dari luar je rupa si Gajah tu.... Ada 3 kandang... hujung sekali anak dia mungkin, kedua Ayah dan Mak Gajah, Ketiga Gajah remaja kut la....

Tengah duk tengok Gajah tu... Tetiba nampak ada beberapa orang lelaki yang sibuk juga dengan pelancung asing tu buka rantai (tempat dilarang masuk) dan suruh mat² serta minah² saleh tu masuk ke bahagian belakang untuk bagi gajah makan. Elok je mat saleh tu semua dah masuk, ditutupnya semula rantai tu. Haish... Kenapa tak dipanggilnya kami setakat tinggal 6 orang ni masuk sekali. Ninie rasa sakit jiwa tengok keadaan ni.

Kat dalam pagar tu ada seorang lelaki dengan pakai baju hujan kaler kuning bukan main sibuk melayan mat/minah saleh ni dan suruh mereka bawa makanan masuk pada si gajah. Kami pula hanya memerhati sahaja tidak ada seorang pun yang datang tanya @pun pelawa. Anak² pun kelihatan bosan. Mana taknya setakat tengok gajah dari luar pagar dia je. Tak best ok! Ingatkan lagi best dari Zoo Negara.... Rasanya best lagi kat Zoo Negara. Mati kutu kamai anak beranak dibuatnya. Hubby pun...lastly diajak anak² bergambar dengan gambar gajah je yang duk ada kat sini... Ingatkan dah datang sini boleh pegang dan boleh bergambar dengan si gajah tu real! Hampeh.........

Kecewa! Itulah perasaan kami sekeluarga. Masa nak balik tu, Hubby berhenti betul² dekat tandas sebab anak² nak ke tandas, Mat/Minah Saleh tu pun dah selesai dan keluar dari tempat gajah yang ada setakat 5 ekor tu je... Ingatkan ada berpuluh² ekor...! Berambah² sakit hati... 4orang tadi tu yang melayu duk sibuk melayan mat/minah saleh tu pun ada sekali dan mungkin mereka staf di sini. Pergh! Memang unsur pilih kasih. Tertawan ngan minah saleh seluar pendek peha putih ye bang.... Gelak tawa bagai.... Tak kira...Ninie nak cakap juga...Kecewa dan korang memang hampeh! Kalau ada borang suruh isi markah. Ninie bagi 0 terus! Ninie dah capai kamera nak ambil gambar 4orang tu. Tapi Hubby tak bagi... Sabar katanya... Hilang sabar dah sebenarnya! Datang jauh semata² nak tengok gajah cenggini layanannya. Dah tu tadi masa pergi kedai cenderamata pun begitu juga. Orang dalam kedai tu pun muka masam mencuka. Bayangkanlah... Dari mula masuk, kat tempat gajah, kat kedai tu pun... staf nya tak ada yang mesra. Muka macam gajah juga agaknya! Tak pandai nak senyum... ucap terima kasih pun tidak. Ihsan yang umur 11tahun pun perasan “Orang kat sini semuanya tak mesra kan Mama”. KENYATAAN...! Mahal dengan senyuman dan juga layanan. Sejukkan hati...mujur free... Nak datang lagi? Maybe 100kali fikir jika semata² nak ke sini yang jauh jenat nak tengok gajah 5ekor tu je.

Dah lah... Home sweet Home...Ninie dah terbayangkan rumah... Nak balik....

Dari sini, Hubby meluncur laju ke tempat asal kami Lepar Utara. Harapnya hari ini lepas la kami pulang ke rumah....



















Bukit Fraser (Day 2)

07.12.2013 Sabtu

Jam 9.45pg, Ninie dan Hubby pergi sarapan pagi di bawah sebab free kan.... katanya tambahan RM 8/org kalau nak makan sekali. Anak² masih tidur kecuali si Kakak. Ninie pesan padanya yang Mama & Ayah nak keluar cari sarapan. Suruh Kakak tengok TV dan kunci pintu bilik. Kunci Mama dah bawa.

Selesai makan, Ninie dan Hubby pusing² cari kedai makan nak bungkuskan makanan untuk anak². Tertarik pada sebuah kedai di atas bukit betul² sebelah masjid. Kelihatannya beberapa orang pelanggan sedang enak makan di sini. Terdapat nasi lemak dan juga roti canai. Bila diamati, kedai ini terletak betul² sebelah masjid dan juga banglo Bentong. Senang nak cari. Rasanya malam tadi pun buka...

Setelah anak² siap makan, Ninie mula mengemas pakaian. Jap lagi nak check out terus lagipun dah hampir jam 12.0tgh. Lepas check out, sesaja pergi Padd ingat nak tengok kuda. Tapi dah tutup jam 12.00tgh rupanya. Tambahan pula hujan, macamana nak naik kuda... Bergambar di signboard sahajalah....

Kemudian kami pusing² di sini dan bergambar kenang²an. Huhuhuhu... Bagi Ninie tak menarik sangat pun kawasan ni... Biasa² sahaja. Kalau sampai awal, pastinya lepas bergambar kami turun semula. Mujur sampai dah lewat semalam. Sekitar gambar kami disini.... Souvenier pasti tidak dilupa. Oh ye... Harga keychain/fridge magnet murah tau berbanding di tempat² lain yang kami lawati sebelum ini....

Lokasi seterusnya...? Kuala Gandah (Next Entry ye...)