"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Friday 1 November 2013

Ganti Fuel Injection Kereta Kembara

01.11.2013 Jumaat
Lokasi : Shankar Workshop, Jalan Industri, Jerantut, Pahang

Mama ambil cuti hari ni. Banyak urusan yang nak diselesaikan dan kebetulan pula hari ini memang dah mula cuti sekolah. So hubby dengan anak² memang dah kompem cuti sempena nak sambut hari Deepavali esok.

Selepas bersarapan, kami sekeluarga bergerak ke bandar Jerantut. Tujuan utamanya nak baiki kereta kembara yang bakal digunakan untuk tujuan offroad pada hari esok. Kereta Hubby ni dah lama wat peel, tapi baru hari ni ada masa nak hantar pergi repair.

Masalah utamanya ialah pick up hilang dan juga ada gegaran. Maksudnya bila letak je barang kat dashboard kereta... bergegar² barangan tu bergerak. Naik bukit langsung terus out. Ngek² je jalannya...huhuhu.

Pada mulanya pekerja workshop ni check, agak konfius dengan punca masalah kereta. Nampak sangat bila nengokkan yang diorang duk geleng². Dah cuba sana sini...siap Boss nya sekali datang check. Then, boss kedai kata dia dah panggil wireman datang check sebab dia suspek komputer box kereta yang roasak. Ah sudah... Hubby pening... Hubby duk rasa mende lain. Si tokey pula kata mende lain. Kalau komputer box yang rosak, maknanya RM ratus² la jawabnya. Atus!

Lebih 1/2jam menunggu, datang juga wireman dari kedai lain chinese naik motor. Alhamdulillah... menggunakan peralatan yang dia bawa, katanya tiada masalah pada komputer box. Lega dengor weh. So diteliti kembali.. Akhirnya jumpa puncanya. Fuel Injection problem. Salah satu darinya tersumbat.

Cuma Hubby sedikit ralat di mana si tokey kedai ni dah potong wiring untuk fuel injection tu gara² takde stok baru untuk menggantikan yang rosak dan menggunakan Fuel injection yang terpakai untuk menggantikannya. Masa buat tu pula takde nak inform. Ninie perasan masa dia nak pasang balik fuel injection tu ada satu yang warna putih sedangkan yang lainnya bewarna merah. Suruh Hubby gi tengok, baru la si tokey kedai tu beritahu. Aiyarkkkk pepandai je dia nih... nak kena babap nih. Muka Hubby memang tak puas hati masa tu. Kesian kat dia..... nak buat macamana kan? Dah siap pasang dah pun... So Pengajarannya, lepas ni kalau baiki kereta tu mata jangan lepas pandang dan mulut jangan berat nak bertanya... wink3x.

Masa nak bayar pula, agak terkejut juga. Total RM 150. Upah sahaja RM 80, fuel injection RM 40 dan ganti plug RM 30.  Dah siap, kami ke kedai makan dan kemudian ke TF Value Mart untuk membeli sedikit peralatan untuk dibawa semasa berkhemah esok... Urm Terbang gak RM 70+




Anak² mula 'puas' dan cari mainan sendiri. Habis jack kete dibuat main.



Ni le wireman yang datang check....


Ni ler rupa fuel Injection yang tersumbat tu dan wiring nya yang dipotong oleh si tokey tu tanpa inform terlebih dahulu...Eiiii pepandai dia je...