"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 4 November 2013

Family Trip : Jerangkang Waterfall Ke Ulu Berakit : Day 2

03.11.2013 Ahad
Lokasi : Jerangkang Waterfall -> Ulu Berakit -> Lepar Utara

Puas tidur kami malam tadi rasanya di samping cuaca yang pastinya sejuk dek hujan tambahan pula di dalam hutan. Hubby tengok jam tangannya.... Ha..dah pukul 11.00 ujarnya... Ninie macam tak percaya..amboi lamanya kami tidur... tangan duk menggagau cari telefon... Owh... pukul 7.40 pagi... jam tangan Hubby mati rupanya...kikikiki..

Ninie terus bangun ke tandas, basuh muka... mandi?huhuhuhu...nanti²lah.... setting dapur dan masak roti salut telur. Makanan yang mudah² sahaja. Tengah duk memasak, Ihsan dan twin bangun. Amboi..awal juga kamu bangun ye... Teruja nak mandi sungai lagi... Ninie suruh tunggu dulu..makan roti/sarapan pastu boleh terjun sungai... mereka turutkan aja... Adik, masih lagi lena diulit kain batik...

Menurut Hubby perancangan hari ini belum tentu... Group RRA nak keluar selepas makan tengahari dalam jam 3.00ptg manakala group Kereta Kembara nak keluar jam 11.00pagi dengan meneruskan perjalanan ke Ulu Berakit, Lepar Utara. Hubby serba salah namun keputusan diambil untuk keluar awal pagi ini untuk Lead kump. Kereta Kembara ke Ulu Berakit. Setelah ditanya pada Abang Jimmy RRA, katanya dia tahu jalan untuk keluar dan Alhamdulillah... kami keluar awal dari mereka (RRA) hari ini.

Jam 9.40pagi, Adik bangun setelah dikejutkan. Takut nanti Adik mengomel nak mandi sungai pula nanti. Jam 10.30pagi, segala khemah telah siap diturunkan. Kanvas telah siap dilipat, barang² telah siap dikemas dan seterusnya disusun ke dalam kereta untuk memulakana perjalanan seterusnya. Khalisah tiba² datang menghampiri. Terketer² bibirnya... Tak mau mandi dah katanya... huhuhuhu sejuk sangat... Tak lama kemudian dituruti Khairina...Selang beberapa minit lagi Adik dan Ihsan... Ha... pagi... tambah² lah sejuk. Sedangkan tengahari pun airnya sejuk sangat².

Setelah semua siap salin baju, apa lagi... sibuk bermain dengan rakan² yang ada. Bukan main seronok dapat kawan baru. Alhamdulillah mereka mudah mesra. Ihsan? Kesian anak lelaki Mama seorang ni sebab tak ada rakan yang sebaya. Duk kepit ngan Mama Ayah ler jawabnya. Cuma tinggal Hubby je belum mandi lagi sebab tunggu turn.... tandas duk ada je orang bersilih ganti. Sementara itu, group Kembara sedang menyusun kereta untuk bergambar.

Lebih kurang jam 12.15tghari, kami mula bergerak meninggalkan Jerangkang Waterfall menuju ke destinasi... Namun perjalanan 30km dari Jerangkang ke Ulu Berakit kebiasaannya hanya mengambil masa 1jam untuk sampai tidak pada hari ini....

Konvoi kami sebanyak 11buah kereta (8 buah Kembara, 2 Jimny, 1 Rush)... Ada yang dari Kuantan, Terengganu, Johor dan Singapura. Ist time kami ramai sebegini... Jadi macam²lah ragamnya.... Dari nak berhenti di Ulu Berakit, sudahnya terus ke Lepar Utara memandangkan hari sudah makin petang dan masing² dah pun lapar. Perjalanan kami untuk sampai ke Lepar Utara memakan masa hampir 7jam. Jam 7.15petang barulah kami selamat tiba di Lepar Utara...

1) Pantang nampak anak sungai, jika boleh cross laju je mana² yang nak cross tu. Yang lain hanya lihat dan menunggu.

2) Sampai di jambatan putus, kena lalu anak sungai kecil... Toyota Rush yang dipandu oleh Mohd Ridzwan orang Singapore tersangkut. Ambil masa disitu...Ditarik depan dan belakang. Mujur ada kereta Kia Sportage yang kebetulan mahu menuju arah yang sama datang membantu.

3) Sampai di Ulu Berakit, Kereta Suzuki Jimny bermasalah dimana stereng rod nya bengkok selepas meredah anak sungai besar di sini. Mungkin masa dia bermain² di tempat balak. Kalau motor orang kata main² wiley. Kereta apa ye... pusing² ala² drift gitu...

4) Kereta Kembara Bentayan dari Johor tersangkut di celah longkang berair dalam. Habis terbenam tayar keretanya gara² saja² nak cuba langgar air tanpa mengetahui kedudukan/kedalaman air tersebut. Cuak juga lihat pemandunya tatkala itu. Wifenya hanya tersenyum simpul.

5) Disebabkan hujan, 2buah kereta tak lepas mendaki bukit berikutan tayar kereta dah menjadi donut dan ditambah pula kereta mereka difahamkan tiada 4 wheel drive. Only 2 wheel sahaja menjadikan keadaan makin sukar. Masing² milik dari Singapore. Alhamdulillah lalu sebuah kereta Nissan Frontier (jiran kami- Cikgu Lan) yang kebetulan lalu di kawasan itu. Dapatlah memohon pertolongan dari beliau untuk menerik kereta yang tak lepas.

6) Terdapat satu lagi bukit yang perlu di daki/lalui... Ada sebuah sahaja yang tak lepas dan perlu ditarik. Kereta Aim Syaziq dari Singapore.

7) Difahamkan yang kereta Suzuki Jimny dari Singapore patah terus stereng rodnya dan menyukarkan kereta untuk terus bergerak. Perjalanan kami yang sepatutnya 10minit menjadi 20minit @ lebih....

8) Konvoi yang kerapkali putus dan memerlukan beberapa kali berhenti untuk menunggu yang lainnya. Si Adik rajin betul jadi tukang kira....Almaklumlah agak ramai...11biji termasuk kami.

Alhamdulillah... sampai je di Lepar Utara, kedai makan menjadi pusat perhentian kami semua melepaskan lapar dahaga serta letih bersarang di dalam kereteta. Hubby pula dengan bantuan rakannya Seli Prak yang dijumpai di pertengahan jalan tadi membantu mencari pomen untuk welding kembali stereng rod kereta Suzuki Jimny. Makan kenyang²...istirehat bagai...Jam 8.30mlm, difahamkan kereta Jimny telah siap dibaiki dan boleh bergerak kembali. Alhamdulillah...

Jam 8.45mlm, kami bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan... Perjalanan ke mana? Sedangkan Lepar Utara adalah tempat tinggal kami sekeluarga... Kami sekeluarga nak hantar 10buah kereta lainnya keluar dari Lepar Utara... mengikut jalan shortcut lainnya... Lepar Utara 10-Lepar Utara 5-Sri Jaya.... Pergi ke stesen minyak terlebih dahulu sebelum perjalanan dimulakan.

Jam 9.15mlm, kami mula bergerak keluar...Perjalanan yang biasanya memakan masa 1jam menjadi 1 1/2jam. Biasalah..ramai dan malam pula tu.... Sampai di Sri Jaya dah hampir 11.00malam... Tepuk tampar salam menyalam, masing² memulakan perjalanan pulang ke tempat tujuan masing². Kami berpisah disini.... Kami sekeluarga berpatah balik mengikut jalan tadi untuk pulang ke rumah. Ninie pun dah rasa letih sangat dan tanpa sedar tertidur juga. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat semuanya dan walaupun berbagai rintangan yang hadir, nampaknya semuanya puas hati dengan perjalanan yang agak panjang pada hari ini....Jam 12.15mlm kami selamat tiba dirumah. Home sweet home... Katil+bantal+selimut...zzzz.

Walaupun kami semua tidaklah kenal serapat mana, jarang bertemu muka apatah lagi bertegur sapa, berjumpa sekali sekala, Facebook menjadi pengantara...Namun itu semua tidak menghalang untuk kita sama² happy, bekerjasama, berpadu tenaga. In Sha Allah, jika diizinkannya... lain kali kita berjumpa lagi di trip yang akan datang... Moga² rakan² Ninie (perempuan) Ida Suhaida, Eyma Husin, Zetta & Noni... Hopefully tak serik...

Sekitar gambar kami semasa trip ini :

Kakak yang kesejukan. naik dari mandi tanpa dipanggil.

Both of us (wajib ada gambar...wink3x)

Anak² bertuah dengan rakan² baru yang kian mesra. dulu malu² miaw...

Ihsan yang paling besar... kesian dia tak ada kawan....

Sesi bergambar dengan kereta

Asyik muka kereta je..ambil gambar belakang di lak ler...





Jambatan putus menghala ke Ulu Berakit.

Kereta Toyota Rush yang tersangkut dan ditarik oleh Kia Sportage...

Meredah sungai di Ulu Berakit. Mulanya nak bergambar di sini tapi hujan agak lebat masa kami redah sungai ini.

Kereta Bentayan yang nak main² dengan lopak air.Akhirnya.....

Wajah si pemandu....

Bila hujan turun dan tayar kereta menjadi donut. mujur ada Frontier datang menghulurkan bantuan. yang tak lepas sebab kereta dah jadi only two wheel drive.

Menunggu turn nak daki bukit licin.

Alhamdulillah... sampai di jalan ladang sawit dah... Lega....









Di stesen Petronas Lepar Utara

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Sri jaya

Rupa kereta kami pada keesokkan harinya.... tunggu dibasuh oleh Hubby jer....

Alhamdulillah... Perjalanan kami sekeluarga dan ahli lainnya selamat pergi dan selamat pulang. in Sha Allah ertemu di trip/event akan datang....