"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 4 November 2013

Family Trip : Jerangkang Waterfall Ke Ulu Berakit : Day 1

01.11.2013 Jumaat

Sampai je rumah setibanya dari Jerantut, lebih kurang jam 5.45ptg, Ninie terus buat check list barang yang dibawa untuk pergi berkhemah esok. Panjang betul senarai weh. Asal teringat je tulis. Sambil² duk mengemas, sambil² duk pangkah item yang dah siap di pack, teringat item lain terus tulis. Senang kata buku dan pen memang tak lepas dari tangan. Ni gara² sebab Hubby kata yang dia nak kena lead konvoi RRA dari Melaka, Johor dan Kuala Lumpur yang baru first time nak masuk Jerangkang. Dijangkakan sampai di Masjid Kg. Gelugor pada jam 2.30pagi. Kelam kabut gak la Ninie dibuatnya duk turun naik, turun naik. Menguruskan dari bab pakaian, makanan dan sebagainya. Hubby ambil port bab khemah segala bagai. Anak²? Teruja sebab first time nak bermalam di hutan+mandi sungai+berkhemah. Teruja bukan main lagi mereka.

***********************************************************************

02.11.2013 Sabtu

Jam 12.30pagi (tengah malam). Waktu ni Ninie dah hampir sepenuhnya siap kerja kemas mengemas. Tinggal check lebih kurang takut ada yang tertinggal. Hubby terima panggilan dari abang Jimmy RRA memberitahu yang mereka dijangka sampai jam 2.30pagi... Argh... tengok jam di dinding... Pandang muka Hubby, masih dalam keadaan yang teragak² nak ke sana memandangkan untuk kami sampai ke jalam Kg. Gelugor, senang kata ikut shortcut nya, perlu melalui belakang kilang sawit-jalan ladang sawit-hutan. Bayangkan dalam jam tengah malam begini. Tak pernah kami buat! Siang² hari tu dah menjadi kebiasaan. Almaklumlah..Dah tentu²nya tak ada kereta yang lalu lalang disitu....

Hanya berserah pada Allah, Hubby akhirnya ambil keputusan yang kami gerak juga. Anak² kebetulan pula masih belum tidur ralik duk tengok tv. Bukan main teruja bila kata nak bertolak waktu itu juga. Amboi bukan main lagi korang ye...

Kami bergerak jam 01.15pagi, berbekal bacaan doa segala bagai agar perjalanan kami dipermudahkan dan selamat tiba.... Alhamdulillah...dalam teragak² itu, akhirnya kami sekeluarga melalui hutan dan juga Sri Jaya akhirnya bertembung dengan konvoi RRA yang kebetulan baru tiba disimpang jalan masuk ke Jerangkang Waterfall. Anak² bukan main teruja melihat deretan kereta yang pastinya besar² belaka (besar dari kembara ler) duk bersusun di tepi jalan menunggu kami untuk masuk ke Hutan Jerangkang. “Wah! Ayah jadi ketua kepada Raja Rimba” ujar si anak... huhuhu... macam²lah kamu ni...


Hubby tetap setia dengan Garmin nya jika hendak kemana². Begitu jugalah situasinya di pagi² ini. Walaupun dah beberapa kali masuk ke sini,namun ini adalah kali pertama kami masuk di waktu pagi dinihari di saat orang lain sedang lena diulit mimpi beralaskan tilam empuk dan bantal gebu serta berselimut tebal. Disebabkan waktu malam/pagi, ada sekali Hubby terlepas/silap masuk simpang dan kena berpatah balik.... Sesekali juga kami terpaksa berhenti berikutan ada sebuah kereta yang mengalami masalah. Alhamdulillah jam 04.20pagi, kami semua selamat sampai di tapak perkhemahan Air Terjun Jerangkang.


Masing² mengambil tempat memacak khemah untuk dijadikan tempat beradu. Hubby pilih port yang paling hampir dengan tandas untuk memudahkan anak² ke tandas bila malam hari. Senang kan... Deruan bunyi air pun masih tidak kedengaran mungkin disebabkankan masing² keletihan. Elok je khemah dinaikkan, anak² teruja berbaring di dalamnya hinggakan semangat lagi bercerita. Haih, payah Mama dan Ayah nak lelapkan mata mendengar bebelan kalian. Entah jam berapa kalian semua tertidur keletihan.


Awal pagi, sesudah subuh... terasa kesejukan menggigit kulit... Anak² entah masa bila dibukanya baju tatkala tidur. Dah mengkerekot masing² dibuatnya. Mama pula tak bawa selimut. Tak teringat langsung! Almaklumlah Hubby tak mau pasang box. Jadinya kena bawa yang perlu sahaja... Mama ambil kain batik dan gunting di tempat jahitannya untuk menyelimutkan anak² Mama. Masing² bangun lewat... Dalam jam 10pagi gitu... Pagi ni kita sarapan roti+kaya je.. Bangun² je teruja nak mandi sungai. Mama dan Ayah tak lepaskan. Lepas makan tenghari baru lepaskan madi sungai... Makan tengahari kami Cuma nasi putih+telur dadar+sardin je..ok lah tu kan..





Jam 3.00petang semua naik ke atas termasuk Mama. Kemudian tak tahu nak buat apa. Ayah masuk tidur dalam khemah. Termasuk Mama... Anak² mula kebosanan bermain minta mandi sungai... Mama lepaskan dengan syarat Ihsan pantau Adik². Lagipun tak risau sangat sebab tempat mandi mereka airnya cetek dan terdapat para Ibu yang memasak di situ boleh tolong perhatikan. Jam 5.30petang baru tersedar dari tidur, anak² masih lagi berendam. Bukan main lagi kalian ye... Ajak semuanya naik sebab dah petang dan nak naik tengok air terjun yang dikatakan cantik di atas sana.


Anak² dah siap tukar pakaian bagai, kami naik ke atas dengan berjalan kaki hampir 10minit. Mengah jugalah sebab kena mendaki.... Memang cantik! Air terjunnya bertingkat²... Airnya kebiruan serta kehijauan menandakan yang airnya cukup dalam disamping warna airnya yang cukup jernih namun tidak sesuai untuk kanak² mandi. Jika ada yang membawa anak² ke sini, pastikan mata tak terlepas pandang kepada si anak. Almaklumlah sikap mereka yang suka meneroka, melihat, menjengah sana sini. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi tatkala asyik melihat keindahan alam ciptaan Illahi.



Jam 7.00petang kembali ke camp site, bersiap sedia untuk malam ni. Mama terus masak mee megi big Kari sebab anak² sibuk nak mamam megi... Hihihi... ini ajalah makan malam kita hari ni. Hubby layankan aja. Nanti kita beli coolbox ye Bang ye...leh bawa fast food, ayam segala bagi...huhuhuhu...

Malam kami cuma disinari cahaya dari sebiji lampu yang hubby pasang menggunakan generator yang dibawa sekali.... hilang bunyi deruan air dek generator. Jam 10.00mlm, tiba² hujan turun agak lebat... sedangkan sebelumnya hujan turun acah² je... kali ini tidak... kelam kabut juga dibuatnya... Sudahnya, masing² masuk khemah mood tidur... Mujur masing² boleh tidur... Hingga keesokkan paginya...