♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Saturday, 19 October 2013

Makan Malam Di Tanjung Lumpur...Lambat Servisnya.....

19.10.2013 Sabtu

Sampai rumah MIL, kompem mood tidur tadi menjelma... masuk tidur dulu...Anak² mood bermain dan makan hamper..tengok TV. Lepas Maghrib, lapar, Hubby bawa pergi kedai makan. Rata² kedai di Tanjung Lumpur penuh dengan orang. Tambahan pula malam ni ada perlawanan bola sepak antara Pahang menentang Sarawak di Stadium Kuantan. Memang ramai orang ler.... Nak² pula ada beberapa kedai yang masih tutup mungkin disebabkan raya. Kedai makan yang selalu menjadi persinggahan kami pun tutup. Haish.... Lastly, masa duk intai² kedai sepanjang jalan, ada satu kedai yang tak berapa nak ramai orang, Suruh Hubby singgah je kat situ. Malas nak fikir kedai makan lain dah.

Tapi....huhuhuhu... kedai ni lambat giler...tak disyorkan okeh kalau² anda yang perut memang dah tahap kebulur. Urm.. bagi anda yang sabar, its ok ler... Kedai ni menu utamanya SteamBoat... sebab di papan tandanya ada ditulis begitu dan rata² setiap meja ada dapur kecil. Menu malam ni pun tak banyak pilihan untuk masakan panas. Aduhai... Nasi goreng Cuma ada nasi goreng daging merah je (Hubby order yang ini)...lain² takde.... Kami anak beranak makan nasi putih+tomyam Campur+telur dadar+ayam goreng. Itu je... ok lah tu kan....

Dah siap makan, kena bayarlah.... kat sini kira ok sebab dia ada bagi bil walaupun ada hanya tulis lain². Keliru dengan bil, Ninie pergi tanya semula. Pelik sebab kena cas RM 52.50. sedangkan rasa Ninie tak lebih dari RM 50 sepatutnya... Bila disemak semula bil, ada tertera air milo yang langsung tak kami terima pun walhal memang kami ada order. Sepatutnya air semua 7 cawan/gelas. Yang sampai Cuma 6 sahaja. So dapat balik baki RM 2.50 untuk segelas milo ais. Kebetulan malam ni rajin nak tengok bil. Selalu wat dek je....

Lokasinya? Tengok gambar yang kat bawah sekali ye...






Betul² bersebelahan dengan Petronas Tanjung Lumpur yang menghala ke Bandar Kuantan.