"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 30 September 2013

Makan Pizza Di Giant

29.09.2013 Ahad

Sebenarnya dah lama sangat² tak makan Pizza dalam kedai dia ni. Last sekali seingat² Mama masa jalan² di Kuala Lumpur 2@3tahun yang lalu... Asalnya datang ke sini nak mencari permainan anak² zaman sekarang ni. B-Daman untuk si Ihsan, namun B-Daman tiada dijual di dalam Giant. Tapi di ruang legar Giant tu ada. Harga? Mahallah... Sebelum ni Ihsan beli di Tunas Manja Maran murah je dalam RM 10.00++. Yang ada kat ruang legar ni, dah siap pasang je dah cecah RM 15. Yang pasang sendiri pula RM 25. Tak jadi beli.... cari kat tempat lain pula. Ayah pula ajak makan Pizza. Mama? Layankan aja...lagipun Ayah yang bayar kan sayang kan??? Weeeeeeeeeee.....Thanks dear...

Pilihan hidangan, Ayah serah pada Mama. Mama pilih menu yang terbaru... penuh dengan Cheese.Memang puas hatilah... cumanya lain bebeno dengan gambar pada menu hidangan tu. Takde warna hijau lada pun. Hotdog nya pula alahai... seciput je..... Layan gambar... Adik? Tiada dalam entry ni... sila rujuk entry lepas ye....