"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 27 August 2013

Si Adik Yang Payah Tidur Malam!

27.08.2013 ANSelasa

Jam dah pun pukul 01.00pagi++. Si Abang dan Kakak²nya dah pun lena beradu. Walaupun Kakak² nya adakalanya membentak tak mahu tidur tapi disuruh², pergi nasuk tidur juga. Si Adik ni? Aduhai...Sibuk nak suruh 'popok' baru leh tido. Alasan sungguhh! Dah besar tapi manja lagi dia. Almakmaklumlah anak bongsu....

Adakalanya Mama yang tidur dulu..tapi bila terjaga kelihatannya Adik sibuk duk mengusik barang di meja solek Mama. Entah apa yang dimainnya kat situ. Mata Mama dah berat nak marah². Mama selalunya hanya berkata "Adik, dah malam...cepat tidur...esok sekolah...Kalau esok pagi Mama kejut tak bangun, Mama cubit bontot!" Adik cuma menjawab "OK..Tapi saya tak mengantuk lagi.".Haish... Bila tanya Nenek, adakalanya Adik tak tidur siang pun..Tapi malam masih payah nak tidur..selalunya area 01.00++pagi ke atas lah. Kalau sebelum jam 12.00pagi tu macam rasa pelik sangat.... Aduhai anak....

Ha..gambar bawah ni si Adik yang payah tidur... Bila dipaksa baring dan tutup lampu...terkebil² sekejap, termenung sana sini...pusing sini, pusing sana..barulah dia terlena... Lega sikit...