"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 25 August 2013

Mandi Kolam...

25.08.2013 Ahad 
Lokasi : Jerantut Hill

Dah lama tak mandi kolam... Anak² gembira bukan kepalang. Sejak semalam dah tak reti nak duk diam asyik menyebut² pasal kolam je walaupun berulang kali dah terangkan mandi kolam pagi esok (hari ini). Pagi ni bangunnya pun awal bukan main lagi... Teruja nak mandi kolam...

Jam 8.30pagi, keluar bilik cari sarapan dan bum! terjun kolam.... Mama? tak ada mood nak mandi hari ni sebab kurang sihat... selesema, sakit tekak dan sakit kepala. Teringin juga...Tapi tak mahu juga sebab tahu dah...airnya kompem sejuk! Pagi ini aman damai je sebab tak ramai yang mandi. Lebih kurang jam 10.00pagi cuma tinggal kami 6 beranak je yang berada di kolam tersebut....

Nasi lemak sarapan kami... Cuma RM 1.50 je... murah kan... Nasinya pun banyak...

Ayah yang mandi dan pantau anak² dalam kolam...Mamam tengok dari kerusi je sambil sekali sekala mata ni terlelap.


Bukan main lagi si Ayah berenang hari ini. Entah berapa round pergi balik...


Si Kakak nampaknya boleh dah berenang sikit². (Berbaju kuning)


Si Ayah yang berenag bersama anak²

Jam 12.30ptg, check out. Pergi makan, pergi shopping barang dapur di TF, Solat Zohor dan jom kita pulang. Urm... Mama yang kena drive sebab Ayah mengantuk sangat katanya...Haa.. itulah... berenang lebih sangat tadi...Maunya tak penat...