"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Friday 5 July 2013

Hasil Perjumpaan Ayah Dengan Guru Kelas Anak² (2013)

04.07.2013  Khamis

Petang semalam masa duk minum petang Ayah bercerita... Semalam kan Ayah ke sekolah anak² Mama ni Ihsan, Khalisah & Khairina bagi berjumpa dengan guru kelas masing² untuk menandatangani buku rekod peperiksaan Ihsan dan mengetahui perkembangan Twin...

Ihsan...
Mata pelajarannya dipenuhi A & B. Bagi Mama & Ayah, pelajaran Ihsan kian merosot berbanding sebelumnya dan mendapat di tempat ke 5/27 dalam kelas. dan ke 6/91 dalam Darjah/Tahun (5). Lain²nya tiada masalah...

Khalisah...
Dia antara 5 pelajar di dalam kelasnya yang melepasi BAND. Syukur alhamdulillah... Kakak berada di dalam kelas kedua (1 Arif) selepas Fatanah (Kelas Pertama), Arif (Kelas Kedua) & Bestari (Kelas Ketiga). Kakak juga merupakan penolong ketua kelas. Cuma anak Mama ni masih tak fasih membaca dan agak 'malas' sedikit bila suruh membaca di rumah. Kalau dia membaca sekali pun tak kedengaran butir bicaranya sebab Kakak takut ditegur jika salah bacaannya. Cuma menurut Ayah, Gurunya beritahu (Cikgu Suhaimi) yang Kakak jenis gemar bercerita. Segala benda diceritakannya. Hatta hal rumah sekalipun. Allahu Akbar.... Aduhai anak. Sampai cikgu tanya 'Ada cerita baru" sebab dah tahu Kakak memang ada ceritanya. Agak Mama, kalau cikgu tak tanya pun laju je Kakak bercerita. Ke hutan la, mandi sungai la dan yang terbaru mandi pantai (Laut).

Khairina...
Berada di kelas pertama (Fatanah. Menurut gurunya (Cikgu Nik), Khairina juga gemar bercerita segala perkara walaupun tak ditanya namun menurut Ayah, Khairina tidaklah sehebat Kakak dalam soal bercerita. Apa yang kurang enaknya, Khairina merupakan murid perempuan yang paling lemah di dalam kelasnya. Jika disuruh buat kerja sekolah. Kena kerap bertanya. Jika disuruh membuat sesuatu, kena beritahu 2/3 kali baru bergerak. Murid lain dah siap menyalin di papan hitam, Khairina masih belum siap. Senang kata bagi Mama, Khairina seperti pahat dengan penukul. Bila di rumah pun...bila ada kerja sekolah, Mamam kenan suruh satu persatu. Kalau tidak, tangannya akan berhenti bergerak. Bila ditengok, apa yang disuruh tadi masih belum ditulis...Aduhai.... kena cakap satu persatu. Bab membaca laju sedikit dari si Kakak...

Aqilah...
Alhamdulillah setakat ini tiada masalah dalam pelajaran... Malam² pun rajin membaca buku sekolah si kakak²nya mahupun buku² cerita yang Mama dan Ayah belikan. Bacaanya sekuat² alam... Nada bacaannya mengikut suku kata sebiji². Biarpun disuruh membaca dengan perlahan, sekejap je perlahannya tu. Kemudian sekuat² alam suaranya...

Kesimpulannya... Mama & Ayah harus fikirkan jalan @ cara yang terbaik buat anak² seramai 4 orang ni agar dapat memperbetulkan dan memberitahu apa yang patut mahupun tidak...

*Anak² zaman sekarang berbeza betul dengan kanak² masa zaman Mama & Ayah dulu. Kalau dulu² nampak cikgu je terus lari sebab takut apatah lagi nak bercerita bagai....Urm...