"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 9 June 2013

Sayangnya Kakak² Pada Si Adik

09.06.2013 Ahad

Ayah dah mula dengan aktiviti sekolahnya. Bermula hari ini... Hubby dah ke Jerantut pada jam 12.00tghari tadi untuk latihan pusat dan seterusnya akan ke perkhemahan di Gunung Senyum bermula hari Selasa hingga Ahad dengan Persatuan Kadet Polis SMKLU. Jadi kami tinggal 5 beranak la minggu ini.

Malamnya, selepas solat dan mengaji... Adik (AQILAH QISTINA) entah apa kenanya menangis menjerit² bagai nak keluar anak tekak. Bertuah betul si anak. Mama duduk di bilik ditingkat atas melepaskan lelah. Mama cuba pekakkan telinga dan suruh Ihsan yang pujuk. Lagipun Adik bukannya baby lagi dah pun berumur 6tahun. Faham sangat dah apa yang Mama katakan.

Beberapa minit kemudian, Khalisah datang jumpa Mama dan beritahu yang Adik tak nak diam waupun Along dah pujuk. Dia tetap menjerit. Bila Mama tanya kenapa Adik menangis? Kakak kata dia bergaduh dengan Along. Tapi Along dah pujuk, Adik nangis jugak. Pergh... Memang cari marah Mama si bongsu ni. Mama pesan pada Kakak, suruh Adik diam @ Mama turun bawa hanger nanti. Kakak turun dan sampaikan pesan Mama... tapi...Adik tetap juga menjerit sekuat hatinya.

Hampir 20 minit Adik tetap juga begitu, sabar Mama entah ke mana. Mama capai hanger dan turun ke bawah. Adik masih menjerit sambil memejamkan matanya. Mukanya dah merah sebab menangis sambil terjerit². Ihsan, Khalisah & Khairina mula menjauhi Adik bila sedar kehadiran Mama. Sempat juga Kakak berkata pada Adik, “Mama datang tu”... Tapi Adik buat tak tahu. “PAP” satu bunyi singgah di peha putih gebu Adik. Adik terkejut tapi masih lagi menangis dan menjerit. Mama mula geram. Kebetulan Adik duduk dikerusi berhampiran pintu. Mama buka pintu dan angkat Adik untuk diletakkan diluar jika nak menjerit² dan menangis bagai. Adik tergamam dan jeritannya senyap. Kakak²nya juga tergamam dengan tindakan Mama. Along? Dia dah tahu peel Mama, ditengokkan aja. Gimik OK! Kakak²nya terus meluru ke arah Adik...”Mama, jangan buang Adik” ujar Khalisah. Khairina juga meluru... Adik dah tersedu². Masa ni Mama dah menahan tawa. Lucu pun ada.

Muka Kakak²nya memang berubah... Nampak kasihnya mereka pada si Adik. Mereka juga kelihatannya nak menangis bila Mama perlakukan Adiknya sebegitu. Khalisah memimpin Adik masuk ke dalam rumah... Disuruh Adik duduk di atas kerusi , dipeluknya adik dan diusap²,ditepuk²nya bahu si Adik... “Dah takde apa...awak diam ye... Mama marah kan tanda sayang...” ujarnya lembut...”sikit je..Ha,ah..Mama marah kan tanda sayang... Lain kali jangan buat lagi tau...” sambung Khairina sambil mengusap kepala Adik yang masih tersedu² dan terkejut. Along? Sudahnya dia pun dapat sedas di tapak tangan sebab menjadi puncanya... Adik tersedu² sambil melihat kesan hanger pada pehanya. Almaklumlah Adik memang jenis yang kulitnya putih...

Kemudiannya, anak² sambung membaca buku sebab mulai esok hingga Khamis, Ihsan, Khalisah & Khairina ada pepriksaan sekolah KAFA. TV not allowed! Tengah² Mama mengajar/melihat Twin membaca, Ayah telefon beritahu nak balik malam ini. Mama ok kan aja. Tapi esok harinya Ayah akan ke sana semula... Lepas je bercakap telefon, Mama duduk kembali... Adik datang menghampiri Mama. Tangisnya dah reda cuma sendu sedannya masih ada...Mama masak sangat dah... Adik datang nak minta maaf..Tapi Adik tetap membatu disitu sambil sesekali mencuit Mama. Mama pandang Adik dan tanya, “Adik nak apa?”. Adik tak menjawab cuma masih sedih... “Adik, nak minta maaf tu Mama”.. Jawab si Kakak... “Betul?” Tanya Mama pura² tak faham... Adik menggauk sambil hulurkan tangan.”Adik nak buat lagi?” soal Mama. Adik tak jawab cuma mengiayakan sahaja. Adik salam tangan Mama... Kami berpelukkan. Tangisan Adik bertambah...

Mama marah bukan sebab Mama tak sayang... Mama sayang sangat anak² Mama. Tapi adakalanya sikap kalian terlalu menduga kesabaran. Anak² Mama pun dah faham... Bila Mama naik angin “Mama bertukar jadi Harimau” Kata Adik suatu masa lalu. Dan bila Mama dah marah, Mama tak akan datang pujuk balik hinggalah anak² Mama mana yang buat silap tu datang minta maaf. Jika tidak selagi tu Mama wat dek. Dan Alhamdulillah...Anak² Mama ni akan datang minta maaf jikalau sedar yang mereka tu salah. Dan Mama tak akan marah jika anak² Mama tak buat silap...

Jam 12.15malam, Ayah sampai di rumah... Twin dah tidur kecuali Adik dan Along sahaja. Mama tengah sidai kain waktu tu... Adik pun dengan semangatnya bercerita pada Ayah yang dia kena hanger dengan Mama tadi sambil menunjukkan kesan pada pahanya yang dah pun hilang. Adik tak cerita habis pada Ayah. Itu yang buatkan Mama geram. Bila Mama suruh ceritakan, Adik kata “he...takde apa²..” Kemudiannya, Along dan Mama yang ceritakan cerita sebenarnya.

Tengah Mama sidai kain di luar, Adik berkata “Mama, Kakak tu sayang kat saya..” sambil melihat Kakak²nya yang sedang tidur di ruang tamu rumah. Terpancar keseronokkan diwajahnya.“Tahu pun... semua orang sayang Adik, Kakak² pun sayang Adik... Adik tu je yang selalu marah² dan cari pasal dengan Kakak. Adik tak sayang Kakak ke?” – Jawab Mama pula.. “Sayanglah”- ujarnya perlahan...

AQILAH QISTINA – Anak bongsu dalam keluarga buat masa ini. Namun perangainya...Allahu Akbar... boleh tahan. Ada ketikanya si Kakak²nya dimarah², disuruh² dan macam² lagi hingga memberontak si Kakak². Tapi dia tak kisah. Yang penting si Kakak² turutkan kata²nya. Aduhai anak... Boleh dikatakan, jika 'A' katanya 'A' la...
Nota Mama : Semoga perhubungan kalian tetap utuh seperti aur denagn tebing... Saling sayang menyayangi dan bersama sehingga ke akhirnya...Amin...