"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 23 June 2013

Rumah Sebelah Terbakar?

23.06.2013 Ahad

Jam 7.00petang, tiba² Hubby yang sedang duk bersembang dengan rakannya di luar rumah tanpa berbaju muncul di muka pintu dengan meminta baju untuk dipakai. Kelihatannya nak cepat. Along capai baju yang terdekat dan diberikan kepada Ayahnya. Bila Mama tanya kenapa? Along cakap.."Entah, tapi Ayah cakap rumah sebelah tu terbakar"

Rumah sebelah terbakar... konfius juga Mama. Ye la mama baru je masuk dari belakang rumah tadi. Tak ada apapun. Rumah sebelah ni dah kosong terbiar sebab rosak dan rumput²pun dah meninggi. Sejak 2/3 menjak ni keadaan cuaca pula berjerebu dan panas...

Mama jenguk luar tingkap pun tak nampak apa².. Tapi ternampak ada cikgu yang duk menadah air di paip depan rumah. Mama pun pergi juga la menjenguk².... Adik pun sibuk nak ikut. Anak² yang lain Mama tak bagi ikut suruh pergi naik mandi je. Tambahan pula jam dah pukul 7++ petang lebih.

Rupa²nya semak di rumah tersebut yang terbakar. Masa Mama datang apai dah dipadamkan. Punca kejadian? Tidak diketahui. Mungkin ada yang campak puntung rokok agaknya di kawasan ini.... Gambar pun tak jelas sebab keadaan cuaca yang berjerebu.



APi pun dah padam, keadaanpun nampaknya selamat... Jom kita pulang sebab dah waktu Maghrib dah ni... Adik sila bawa bekas² air tadi tu ye....