"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday 1 June 2013

Majlis Akad Nikah Adik Ipar (Ida ♥ Iwan)

31.05.2013 Jumaat

Mama kerja macam biasa hari ni tapi ambil half day sebab Mak Su (Suaidah adik ipar Mama) nikah malam nanti dan kalau boleh nak semua adik beradik ada... Mama tak mahu ambil cuti sebab sekarang baru bulan Jun..Ada lagi 1/2 tahun nak hadap... Jadi apa² karang, cuti tak ada macamana? Mama pula duk ulang alik. Ada masanya penat sesangat dan mulalah nak cuti untuk berehat sepanjang hari... Layan zzzz

Waktu rehat jam 12.15tghari, Mama terus memandu pulang ke rumah tanpa singgah mana² dah. Jam 1.30tgh Mama sampai rumah. Mama lihat beg pakaian semuanya dah dikeluarkan diletakkan di garaj kereta tinggal nak masuk roof box kereta kembara je lagi.... Mama bangun seawal jam 3.30pagi tadi lagi okay nak mengemas semuanya bagai... Balik ni cuma nak basuh pinggan sikit² je lagi dan kemas sikit² mana yang patut. Mama dah buat check list siap² takut terlupa.

Gedek gedebak, jam 3.30 petang baru bertolak... Mama siap terlelap menunggu Ayah yang sibuk duk buat itu ini... Mulanya Ayah nak ikut jalan pintas...@ hutan. Tetapi baru je bertolak langit yang tadinya kelihatan mendung menurunkan isi kandungannya... Hujan! Jadi keputusannya ikut jalan biasa je... Mau la ambil masa 3jam perjalanan... Jam 6.20ptgkami tiba di Kuantan singgah gunting rambut dulu. So, sampai rumah MIL jam 6.45ptg. Sampai je terus gosok baju sebab malam ni lepas Isya' majlis akad nikah.

Akad Nikah dilakukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan 



Alhamdulillah... Tahniah kerana telahpun bergelar suami isteri dalam ikatan yang sah di sisi islam. Semoga kalian berdua bahagia hingga ke akhir nyawa hendaknya. Amin...

Amboi Adik... kemain lagi pose nampak..

Dengan si paling cilik dikalangan sepupunya... Aisyah Hawani... 6bulan. Bam bam betul. Lenguh tangan Mak De mengasuh.

Anak² dara Mama yang kini rajin bertudung tanpa pernah disuruh...Alhamdulillah...


Dengan sepupu²nya...


Selesai majlis jam 11.00++malam, tengah membasuh pinggan Ayah ajak² ayam (agaknyalah) sebab Ayah nak pergi kedai makan. Tanya Mama? huhuhu... nak ikuttttt... Anak² pun join sekali...

Ayahyang asyik bersembang dengan rakannya Shahidan....

Anak² yang mula berpeel².... dah kenyang dengan tosai, roti kosng dan roti telur...

Jan 12.30 mlm.... jom kita pulang tidur... Esok nak memeriahkan kenduri pulak...