"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 9 June 2013

Bila Cuti Sekolah (Anak² Dirumah)

09.06.2013 Ahad

Hari ini hari terakhir cuti sekolah setelah hampir 2minggu anak² dan juga Hubby bercuti... Sepanjang cuti sekolah ni... Anak² semua duduk dekat rumah je dijaga oleh Ayah... Ihsan kebiasaanya Mama arahkan untuk sidai kain di rumah. Tambah dari kerja yang selalunya dia akan buat 2@3 hari sekali iaitu buang sampah.

Acapkali sebelum Mama ke tempat kerja, Mama akan pastikan sarapan pagi dan makan tengahari akan disediakan terlebih dahulu. Kalau tak nanti lapar pula orang dalam rumah ni. Kemudian bila di pejabat, kebiasaanya Mama akan telefon rumah dan tanya bagaimana keaadannya. Acapkali telefon mesti Ihsan baru bangun dari tidur..Jam 10.30 – 11.30pagi. Amboi²...kemain lagi ye anak² bertuah ni termasuklah si Ayahnya... Hebat bukan main waktu bangunnya. Maunya tak bangun lewat jikalau dah tidurnya pun acapkalai lewat hingga jam 2-3pagi? Tak apa.. sebab cuti sekolah kan... Naik sekolah esok automatik ‘rules’ bertukar OK!

Bila Mama pulang je dari kerja... sampai je rumah..Allahu Akbar... Bukan main ‘CANTIK’ lagi kawasan ruang tamunya... Penuh dengan mainan, kain baju, tilam, bantal dan lain² di sana sini. Part yang wajib adalah kertas A4 yang digunting² kes bereksplorasi dan berkreativiti la ni. Kebanyakkan masanya Mama membebel sambil mengemas, Ada masanya Mama mengemas tapi muka sememeh dah la. Ada juga masa² rumah tu agak kemas sebab Ayah suruh, nanti Mama balik, Mama marah katanya... Boleh lah tahan dari sebelumnya... Tinggal nak menyapu je. Aduhai Anak... Ada masanya bila nampak Mama balik ada yang berkata “Jom cepat kita pergi main sebab Mama dah balik” – Fahamlah tu... rumahnya bersepah. Kalian nak melarikan diri ye...
Nota Mama : Anak baru 4 orang... Macam ada 10 orang dah. Walaupun macam tu, Mama rasa nak je ada baby kecil lagi... wink3x.