"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 26 May 2013

Riki Jalan Hutan Di Lepar Utara..

25.05.2013 - Sabtu

Bermula jam 10.32pagi berakhir jam 6.40petang (giler punya kijer...)
Hari ini Mama, Ayah, Ihsan dan Qistina menjalankan misi riki/menjelajah hutan/jalan di kawasan hutan di Lepar Utara... TWIN tak mahu ikut. Nak tinggal rumah atuk nenek katanya.Sesaja mood masuk hutan Ayah datang... Kami layankan aja...

Jom kita gerak...

Kawasan hutan terdapat banyak sungai mahupun anak sungai.. Tapi sayang sungguh sebab air sungai dah tak secantik dan sejernih dahulu berdasarkan mata kasar Mama ni. Ayah pun cakap memang dulu airnya cantik dan jernih sangat. Itu dulu sebelum hutan jadi rupa sepertimana sekarang ini... Gondol berikutan aktiviti pembalakan. Banyak sangat anak sungai/air bukit/sungai... Mama ambil mana yang sempat @ teringat nak tekan kamera je...


Namanya pun hutan...Jalan kami kebanyakkannya mesti ada pohon buluh yang terjuntai berikutan kawasan ini memang banyak pokok buluh dan sesekali ternampak longgokan buluh di tepi jalan yang tunggu masa untuk dipasarkan. Difahamkan diusahakan oleh orang asli.

Kebanyakkan masanya kami berhenti melihat/meninjau² panaroma alam...


Ayah? Biasalah tu dengan aktiviti sesuka hatinya...

Cantik! itulah yang boleh Mama katakan bila lihat pemandangan bukit batu dibelakang kami itu. Terpegun juga bila melihat titisan ait yang keluar dari celah batu. Air hujankah? @ air mata air? urm...

Along merasa air titisan...Sejuk katanya...

Actually di bawah san ada air terjun...

Jalan yang kami lalui juga kebanyakkannya sepertimana gambar si bawah, ada diletakkan kayu balak agar kenderaan boleh lalu diatasnya..

Wah! Apa ni? Kagum sekejap dengan ciptaan Allah... tak pasti apa bendanya tapi sesekali kelihatan seperti buah ataupun cendawan. Yang pasti dia keluar dari celahan tanah seperti hidup. Nak pegang/sentuh tak berani. mana tahu jikalau ianya beracun kan...


Anak sungai lagi...

Sesekali terjumpa jalan yang bercabang dan acapkali tu jugalah ragu² nak ambil jalan mana. Ayah pilih dengan melihat kesan laluan/ tayar di atas jalan. Yang mana pada pengamatannya ramai orang lau, itulah jalan yang dipilh.


Jalan lecah okay.... berikutan hujan malam tadi agaknya.

Kebanyakkan masa, Adik hanya menunggu dalam kereta bila Mama, Ayah dan Along keluar meninjau².




Jalan yang kian ekstrem... Licin... Mujur Ayah pandai mengawal kenderaan. Hebat lah Ayah... ujar Adik...

Was² sedikit mana nak ambil laluan. Cek jalan dulu. Kang salah lalu tayar boleh tenggelam. Kat kawasan yang dari tadi kami tak berapa nak jumpa orang ni. Siapa yang nak menolong nanti? help! help!

Air sungai yang dah keruh...


Dah habis jelajah di hutan lepar hingga jam 12.35petang... Ayah meneruskan perjalanan... Tup² kami sampai di LUIT dah... tempat ramai orang duk sibuk mencari emas. Ayah nak mencari emas juga ke? Laluan kami menyelusuri ladang sawit. Sesekali jalan berlekuk². Agak mencabar juga...

Ke sana kemari, Akhirnya Ayah memilih satu anak sungai. Kesian kat Adik yang sibuk nak mandi sungai. Kiranya air sungai ni boleh tahanlah memandangkan air sungai lain kotor sangat disebabkan aktiviti perlombongan.


OTW balik ke rumah, Ayah sempat lagi menyinggah di anak sungai Lepar. Jam dah pukul 6.00petang. Adik apalagi melompat tengok air. Ayah lepaskan mandi walaupun Mama dah berat hati nak balik tambahan pula dah penat sangat.

Mama tak mau keluar kereta dah..Ayah yang ambilkan gambar...

Huhuhu...airnya cetek kemain....


Jam 6.40petang... Home sweet home..Lepas Maghrib nanti nak pergi ambil Twin kat rumah Mak pula.