"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 12 May 2013

Berendam Di Sungai Berakit, Lepar Utara, Pahang

12.05.2013 Ahad
Lokasi : Sg. Berakit, Lepar Utara, Pahang

Malam tadi Ayah ada beritahu Mama sambil lalu yang kalau jadi esok (hari ini) nak pergi mandi sungai. Kawannya ajak dan bawa wife nya sekali. Tapi masih belum kompem lagi... esok pagi kompemkan semula... Mama beres je...(iyo la tu..)

Pagi ini, Ayah kata program jadi... Mama pun ligat fikir nak masak apa ni weh.. Cuma buat roti gulung tuna, mee goreng, nasi putih, sardin dan telur dadar serta air sirap... Semuanya beres.. termasuklah beg pakaian nak mandi sungai nanti weh...

Jam 12.00tghari baru bertolak dari rumah lepas kawan Ayah, Cikgu Faizal dan isterinya Zu dari Jengka 10 sampai... Hampir 32 kilometer perjalan @ 40minit..maka sampailah di destinasi. Air sungai agak kurang jernih akibat dari kesan² pembalakan/ kerja² di benteng sungai.

Anak² punyalah gembira. Lama tak mandi sungai ye sayang... Tak sabar² nak mandi.. Tapi sayang... lokasi tersebut ada kerja² pengorekan tanah untuk dibuat jalan oleh pihak tertentu... Tengok.. siap ada gambar 'bek ho' lagi...



Benteng sungai yang telah dikorek.




Kawasan ni banyak juga rama² @ kupu² ni... putih, kuning, krim warnanya. Sungguh cantik ciptaan Allah....

Kami kemudiannya ke atas sedikit dari kawasan tadi. Alhamdulillah... Cantik sikit airnya dan kawasannya juga sesuai untuk bermandi manda... Ayah... silakan pasang khemah ye...

Amboi anak² girl Mama ni... laju je berendam ye....


Adik yang mood rajuk sedikit sebab pelampung Kakak dihanyutkan air disebabkan dirinya sendiri

Jom makan dulu...

Si Adik yang merajuk pun nak makan juga...

Hari ini Mama tak turun mandi sekali... cuma pantau dari jauh sahaja.... Makcik Zu yang tolong pantau anak² Mama duk mandi sungai... Thanks auntie...

Ha si Ayah pula sibuk pergi menjala...

Lepas makan, pergi memancing pula... hasilnya???

Anak² pula tak habis² duk berendam tak sudah²....


Jam 5.30 petang.. Jom kita pulang... Hari ini... Kakak hilang sebelah seliparnya dihanyutkan air. Khairina hilang pelampung putihnya... Pelampung Kakak yang awalnya dihanyutkan air, dijumpai semula....