♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Monday, 29 April 2013

Ambil Uniform SPDRM Di Ubai Tailor

28.04.2013 -Ahad

Alhamdulillah... siap juga akhirny uniform Mama & Ayah yang telah dihantar di Ubai Tailor Kuantan. Janjinya 2 minggu siap... Kami pulang ke Kuantan semata² nak ambil uniform je hari ini di samping melihat rumah baru... Kompem 2minggu siap ke empat² pasang... Berdaftar dengan PDRM okay! Harga? Biasa² sahaja...

Ayah :
Uniform Balai kain goyang (istilah kedai) = RM 270
Uniform Operasi kain sendiri = RM 120

Mama :
Bush Jacket (Baju Balai) kain goyang/ kain kedai = RM 300
Uniform Operasi kain sendiri = RM 120

Semangat nak bertugas di hari pilihan raya okeh... ngeh3x..
p/s.. Kami berdua SP je.... (^_^)


Ni Alamatnya....


Friday, 26 April 2013

Gelagat Anak² Mama Di Hari Persekolahan

Wajah² Kesayangan Mama dan Ayah..

Alhamdulillah dah masuk 4 Bulan persekolah ke semua anak² bertuah Mama ni...

Pagi : 
Setiap pagi jam 6.00am/6.15am/6.30am (ni bila tak tersedo dah Mama dengan bunyi jam..) Mama akan kejut anak² bertuah Mama ni -> Ihsan, Khalisah & Khairina untuk bangun mandi dan bersiap untuk ke sekolah... Selalunya Mama bangun seawal jam 5pagi sebab nak siapkan bekal untuk Twin bawa ke sekolah dan masak untuk tengahari terus sebab anak² Mama akan balik rumah, makan dan bersiap ke sekolah petang-KAFA.

Ada masanya semuanya bagus² tak ada masalah bila dikejut bangun.. Tapi... Kebanyakkan masanya.. mesti ada salah seorang yang akan merengek/cewek di awal pagi bermula dari bangun tidur hinggalah nak boleh sampai ke sekolah. Sama ada si Khalisah mahupun si Khairina. Ihsan? oh.. anak lelaki Mama seorang ni dah besar.. tak ada masalh hek,hek,hek ni...

Bila ada je hek,hek,hek ni Mama mula jadi serabut... tak tentu arah sikit.. rasa nak bagi 'pang' je... Tapi kalau dibagi karang, lagi la duk merengek tak diam². Dah tu pula..nak mandi nak kena ada air panas... Hari² lah Mama jerang air dan bawa cerek tu ke tingkat atas untuk anak² TWIN Mama ni mandi... Dari hari pertama sekolah hingga kini... Ayah... Nanti ada duit lebih kita pasang water heater ye....

Nak tak nak, paling² nak keluar hantar anak² Mama ni ke sekolah, jam 6.50pagi mesti dah kena gerak.. Kenapa? Sebabnya... OTW tu nak kena hantar Aqilah ke rumah Nenek dulu, lepas tu baru hantar yang lain²nya ke sekolah pula. Aqilah ni pula ada masa²nya berpeel juga... Tak mau bangun. Mama geram.. cubit bontot. Apalagi.. menagislah.... Adik ke sekolah Atuk yang hantar...

Dari sekolah anak² Mama ni la, Mama terus ke tempat kerja... Sebab itu bila ada yang duk merengek² di pagi hari Mama jadi tension sebab nanti akan ambil masa nak bersiap bagai dan selalunya akan keluar dari rumah tu lambat. Jadi bila keluar dari rumah tu lambat, maksudnya...karang Mama nak kena rushing ke tempat kerja. Uwa... Mama nak kena kejar 'punch card' sayang.... tempat kerja Mama jauh lagi.. 65km perlu drive...

Tengahari :
Selalunya Ayah lah yang akan uruskan.. (Thanks My Love.. Love you deep,deep..). Ye la kan..Mama nun jahuh disana..ditempat kerja..

Ada masanya juga anak² Mama akan'call' Mama dipejabat tanya itu ini... Mengadu dan menangis pun ada... Macam²...

Jam 2.30-3.00petang Ayah akan menghantar kesemuanya ke sekolah petang (KAFA)

Petang : 
Mama selalunya sampai rumah jam 6.15-6.30petang...
Mood Mama? Kompem letih punya... dan selalunya bila lihat keadaan rumah.. Masya'Allah..
Kain baju sekolah, stokin, beg, tudung... Adakalanya merata²... Mananya Mama tak angin. Hakikatnya Mama dah cakap satu persatu tempat nak letak baju, beg, stokin, tudung bagai... Aduhai anak...

Petang - Jam 7.00 dan keatas...
Selalunya waktu anak² Mama pulang dari balik bermain. Selalunya jam 7.15ptg la baru 'Assalamualaikum...' di pintu rumah ni...

Ihsan..dah jadi kebiasaannya... masuk rumah lepak dulu di kerusi panjang tu... Katanya nak rehat dulu baru mandi. Kecil besar, kecil besar je Mama nengokkan. Sebab Mama selalu pesan.. Balik dari main mesti pergi mandi terus..

Khalisah, Khairina & Aqilah?
Kalau TV tu terpasang cerita Kartun..Alamatnya jadi duk bersimpuh la depan TV tu.. berat bontot nak pergi mandi + hek hek hek la jawabnya. Sebab tu kalau Mama sedar... Cepat² Mama alihkan ke channel ASTRO Oasis sebelum anak² bertuah ni masuk ke dalam rumah.

Malam. Jam 8-10mlm
Anak² Mama mesti Solat Maghrib dan Isya' serta mengaji terlebih dahulu. Kemudian jam 9.00malam, makan nasi/kuih @ apa² la yang ada atas meja makan tu... Tapi ada juga masanya nak naik angin bila mana waktu disuruh mengaji dan solat ini la dibuatnya peel... "Saya mengantuklah, letihlah.." tak kurang juga yang merengek+menangis.

Kemudian... Buat kerja sekolah... penat ke, mengantuk ke apa ke..mesti buat kerja sekolah ye sayang...

Jam 11.00malam...
WAJIB masuk TIDUR.. esok nak sekolah!
Kalau tak ada kerja sekolah dan anak² Mama ni keletihan... cepat je tidurnya tanpa perlu disuruh...

* Itulah rutin harian anak² Mama sekalian di hari persekolahan...

Monday, 22 April 2013

Selamat Hari Lahir Sayang! - Aqilah 6 Tahun

22.04.2013 - Isnin

Happy Birthday My Girl... 6yrs Old..
Be a GOOD girl..
We All Love You Much!...





Tuesday, 9 April 2013

Cermin Nan Retak Seribu... :(

09.04.2013 Selasa  

AllahuAkbar... Dugaan sungguh di pagi hari untuk hari ini... Perjalanan untuk ke tempat kerja menjadi sebaliknya. Suasana pagi yang nyaman... seperti kebiasaannya... Namun tiada yang menyangka jika itu adalah ujian dariNya....

Dahpun mencecah 20minit perjalanan, tak semena² terpelanting batu di cermin kereta.."owh...batu.. getus hati kecil.." beberapa saat kemudian terdengar bunyi retakan sedikit demi sedikit dan tatkala itu jugalah Ninie terus ke bahu jalan. Elok je parking di situ, retakan mula bertambah hanya dalam beberapa saat sahaja. Cuma cermin tersebut tak pecah berderai sahaja di atas dashbord. Namun di atas dashbord kereta, ada juga serpihan halus kaca dan terkena jari ini tatkala nak mencapai handphone untuk call En. hubby.

En. Hubby kata cuba bawa slow²... Huhuhu.. mulanya panik gak sebab pengalaman pertama cermin retak ni... namun tidaklah sampai dup dap dup dap kat jantung... cuma risau cermin tu jatuh berderai je....ngeh3x.. Alhamdulillah... bawa slow², akhirnya sampai juga kat rumah. Fuh lega...

So hari ni.. ambil cuti sebab En. Hubby ajak keluar Bandar Jerantut untuk gantikan cermin kereta tersebut.... Cuti yang memang tak dirancang....

Rupa cermin kereta kecil ku...




Jadi, lepas Hubby balik kerja, terus ke Bandar Jerantut.. siap bawa Adik sebagai peneman...
Tujuan.. ganti cermin kereta..

Kos :
Cermin = RM170
Upah pasang = RM 60
Total = RM 230.... adus... xmasuk pun dalam bajet bulan ni nih....

En. Hubby bawa macam tu je tanpa ketuk cerminnya terlebih dahulu... silau mata weh dek cahaya matahari sepanjang hampir 1jam++ perjalanan.



Sunday, 7 April 2013

Santai Di Sungai Hakim, Lepar Utara

07.04.2013 Ahad

Tiba² En. hubby yang kelihatannya macam dilanda kebosanan mengajak kami semua masuk hutan... saja jenjalan dan kalau air sungai ok, boleh mandi terus. Si anak² bertuah apa lagi... melompat suka ria lah... Jam 5.00ptg, lepas Asar baru gerak.. Lagipun tak jauh...

Lokasi : Sungai Hakim, Lepar Utara...
Layan gambar...



Anak² tak kira dah... bagi green light boleh mandi..cepat je...


Mama, tak mau mandi ah...air tak berapa nak cantik... siap bawa guntig dan zip lagi...

Ha... Si Ayahnya..pun tak mandi... cuma nak test kereta je...



Monday, 1 April 2013

Menebang Pokok Kelapa Nan Sebatang

30.03.2013 - Ahad 

Ceritanya cuma nak menebang sebatang pokok kelapa yang dah menyenget di rumah jiran sebelah... Anak² bertuah silakan tinggal di rumah Aki ye.... Layan gambar...

Adik ipar yang panjat pokok duk menebang pelepahnya. En. Hubby duk menyambut pelepah dibawah. Nak jadikan cerita, dalam pelepah yang ke 3, Aik ipar duk tetak pelepah, Hubby duk menengok... My MIL duk menjerit soh Hubby sambut... Tapi Hubby tengokkan aja. Nak jadikan cerita... Prang... pelepah menyinggah di tingkap bilik rumah jiran. Lihat dalam gambar di bawah ni... 3 cermin tingkapnya pecah dan jiran tersebut terpinga² terjaga dari tidur. Hanya maaf yang dipohon selain berjanji akan menggantikan semula cermin yang pecah tersebut. Tuan rumha cuma jawab "Tak apa...".. weee...


Si Saiful Arif duk di atas pokok kelapa...

Sementara nak menebang poko.. (Selesai sudah memotong pelepah kelapa) mengemas² dahulu kawasan rumah.... tebas rumput, pokok bagai...

Wah... semangat betul my MIL...

Tak lama kemudian, Adik iparku seorang lagi sampai (Ahmad Khaizu) datang untuk membantu... My FIL pun dah ada... Ha...lilit tali keliling pokok tu... ujar My FIL.

Setelah diikat, pokok ditetak dengan kapak dan juga chainsaw... My MIL, M FIL & SIL duk memegang tali...



En. Hubby yang penuh dengan habuk batang pokok kelapa... Macam salji pun ada... ngeh..ngeh...ngeh...

Akhirnya.... tumbang juga pokok kelapa tersebut....

-TAMAT-