"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 25 March 2013

Perhimpunan Peringatan Hari Polis 206, Peringkat Daerah Jerantut

25.01.2013 Isnin
Program : Perhimpunan Peringatan Hari Polis 206 Peringkat Daerah Jerantut
Lokasi : Padang Kawad, Balai Trafik, Jerantut, Pahang

Jam 5.00petang 24.03.2013 (Ahad) lagi kami sekeluarga sudah bertolak ke Jerantut. En. Hubby mengiringi pelajarnya SMK Lepar Utara (Kadet Polis) bagi menyertai perhimpunan sempena hari polis keesokkan harinya. Mama dan anak²?... Sesaje je join... nak tengok program tersebut... Lagipun En. Hubby nak bawa kan....? Actually, PVR pun terlibat juga. Tapi Mama tak ada uniform. malas la nak masuk baris...weeeee.... Kami sekeluarga menginap di Jerantut Hill....

Seawal jam 6.30pagi semuanya sudah bersiap. sebab jam 7.30pagi... semuanya harus berkumpul di padang kawad. Mujur anak² bertuah mudah bangun sebab dah pesan awal² sebelum tidur semalam. Tak bangun kalu... Mama cubit montot....

Aturcara bermula jam 8.00 pagi... Mama dan anak² duduk di khemah yang disediakan. En. Hubby... dalam barisan pegawai kanan.... layan gambar kami sekeping dua....










Habis program lebih kurang jam 10.30pagi dengan acara kemuncaknya memotong kek. Lepas tu jamuan makan disediakan.... Selepas makan, ada perjumpaan dengan ketua PVR. dengar taklimat lebih kurang..  Jam 10.45 pagi... balik ke hotel.. Kita mandi kolam dulu... Anak² lah yang paling happy.....