"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Friday 1 February 2013

Si Adik Yang Prihatin

30.01.2013 Rabu 

Alhamdulillah... Mulia sungguh niat si bongsu ni yang sibuk nak membantu membetulkan rantai basikal Kakak nya yang tercabut.Walhal selalunya mereka ini bertengkar. Apa² adik nak menang aja.

Beberapa kali Kakak datang mengadu pada si ayah... Tapi si Ayah cuma menjawab, "kejap² lagi Ayah baiki..."

Si Adik yang prihatin.. cuba untuk membantu selepas melihat kesungguhan si Kakak yang cuba membetulkan rantai basikal tersebut sendirian. Bagus betul....

Habis comot tangan si Adik...

Akhirnya si Ayah datang membantu sebab melihat kesungguhan si anak yang nak berbasikal...

Ha... Kan dah boleh kayuh...
Nota Mama : Seronok bila melihat adik beradik ini bekerjasama. Tapi kalau bergaduh, nampak kecil besar, kecil besar je pada pandangan mata Mama ni...