♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Wednesday, 13 February 2013

Hutan Lipur Beserah, Kuantan, Pahang

12.02.2013 Selasa

Aktiviti hari ini...
Oleh sebab tak tahu nak kemana²... En. Hubby bawa kami pusing² sesaja katanya....
Pusing²... nampak papan tanda just follow... So sampailah kami di tempat ini.... Hutan Lipur Beserah di Kuantan, Pahang.

Hubby cakap, dulu kawasan ini adalah tempat permainan dia dan sepupunya+adiknya bermain semasa kecil @kanak²@ remaja acapkali bila bertandang di rumah saudaranya di sini dan kawasan ini tidaklah secantik ini....

Sekarang tempat ini nampaknya dah dibangunkan... Namun kemudahan yang ada tidak boleh digunakan. Al maklumlah kalau benda percuma ni. Tandas, tiada air.... aduhai....

Kami cuma bersiar² melihat kawasan ini... Anak² mula menggeletik nak mandi... lain kali ye sayang.... "Ye la Mama tu... Semuanya tak boleh"- Haish... ada juga yang membentak.... pang karang boleh? wakakaka...

Bergambar di papan tanda je... Ada gua di dalam sana. Tetapi tidaklah kami ke sana.... tak tahulah apa ceritanya....

Kolam yang dibina... ada 2 side... kanak² dan dewasa..... dalamnya penuh pasir... ala² sungai gitu... sebab kawasan ini memang air sungai ye..... kelihatannya agak selamat untuk mandi...

Lain²... gambar kami di sini... wink²... Maybe lain kali kami datang lagi dan kali ni kata Hubby, kompem kita mandi....!







Lepak² Di Pantai Sepat, Kuantan

Tarikh/Hari : 11.02.2013 Isnin
Lokasi : Pantai Sepat, Kuantan, Pahang

My Sis In Law (Sis Nor Juliawati) semangat sungguh nak berkelah dan membakar bagai... Kami yang lainnya layankan aja... Lokasi yang dipilih adalah Pantai Sepat.. Strategik untuk anak² mandi manda. Cuma waktu/masa yang dipilh tak strategik... Walawalawei.... Tatkala musim hujan melanda...

Kami semua bergerak dari rumah di Tanjung Api jam 3.30petang. My SIL family pergi dulu.... kami sekeluarga menyusul kemuadiannya. Sampai je di lokasi, hujan renyai² mulai turun. Nak berkelah macamana ni... Dari jauh kelihatan awan gelap kian menghampiri... Nampak gayanya memang hujan lebat nak turun lah ni. Aduhai... Anak² kecil pula tak sabar² nak mandi laut... 

Sediakan payung sebelum hujan... payunglah sangat.... Kebetulan semalam kan ke Jerangkang... My Hubby keluarkan khemah dan pasang... Dah siap pasang..hujan turun... nak membakar macamana ni? huhuhuhu... KAin yang pada asalnya dibawa nak buat alas duduk, dibuat menggantikan kanvas (bumbung). lihat gambar di bawah... Dah namanya pun kain... kena air..lelama bocor jugak. Macam²....

Masa ni baru sampai...hujan baru je rintik² manja...

Angin mulai kuat... Pasang khemah tu, jangan tak pasang...

Anak² sedara yang asyik bermain pasir....

Jom membakar dalam hujan... Atas pada payung tu bukan khemah/kanvas ye... tapi kain...

Amboi bukan main seronoknya budak² bertuah ni...

Agak² reda + dah makan... jom mandi laut... Ombak agak kuat... Adik ipar jadi garisan. Jangan lepas dari Mak Su tau...

At last, Mama turun ke laut juga pantau anak². Nak bergambar aja pada mulanya. Hampeh... basah juga akhirnya dipukul ombak laut....




Jam 6.40ptg... jom kita pulang..... lain kali pula ye.... (Anak² tak puas mandi...)

Tuesday, 12 February 2013

Family Trip To Jerangkang Waterfall, Maran, Pahang

Tarikh/Hari : 10.02.2013 Ahad
 Lokasi : Hutan Lipur Jerangkang, Maran, Pahang

Jam 9.00pagi, berkumpul terlebih dahulu di Shell Batu XX, Kuantan. Sebanyak 5buah Perodua Kembara dan 1Mitsubisi Triton menyertai ekspedisi kali ini.

Dah cukup ahli, jom kita bergerak ke destinasi. Sebelum tu kita minum² dulu di kedai makan Syafiqah dan 'tapau' makanan apa yang patut... senang nanti nak makan tengahari sebab kali ni takde nak bakar membakar ikan, ayam bagai. Mama dah tapau nasi dagang di jeti Tanjung Api dah tadi. Kat sini tapau juga. 2bungkus nasi putih berlaukkan ayam masak kari dan sambal belacan sahaja.


Dah siap di kedai makan, kami bergerak ke destinasi tujuan. En Hubby jadi pemandu arah. Gambar di bawah, kami berhenti seketika sebab bila ditunggu² kereta dibelakang, tak nampak² pula. Bila Hubby nak pusing balik, tetiba muncul pula mereka. Difahamkan kereta Red ada sedikit masalah.


Lepas je melalui 'terowong' kecil, melintasi Highway Pantai Timur. Kami berhenti sebentar untuk meninjau keadaan kereta Red. Ada bunyi katanya dan amat² mengganggu...


Perjalanan tetap diteruskan. Oleh kerana Ayah bawa dalam keadaan yang slow motion, sempatlah Mama ambil gambar pokok periuk kera ni. Tak sangka ada juga tumbuhan eksotik ini di sini.

Elok je sampai di lokasi dah lebih kurang jam 12.30tghari. Cuaca pula hujan. Anak² Mama ni dah tak sabar² nak mandi sungai. Apa yang Mama bayangkan, kompem airnya sejuk hingga ke tulang. Menggigil dibuatnya nanti. Amboi anak² dara Mama ni... kemain duk memanjat batu.... Dimarahpun buat tak dengar. Jatuh + Nangis nanti, Mama tambah lagi ye...

Memandangkan cuti pada kali ini agak panjang, kelihatannya ramai pengunjung disini. Gazebo/wakaf rata² dihuni. Tidak kurang juga ada yang berkhemah disini.

Hujan pun hujanlah.... Mandi tetap mandi. Alang² dah sampai...
Tak pernah dibuat lagi dalam keluarga kami... Makan nasi dagang dalam hujan hokey....!
En. hubby kononnya bawa anak² tengok air sungai. Mama tinggal di Gazebo tunggu² kut² datang semula nak suruh makan dulu. Tapi musykil sebab tak muncul² balik. Hari pula masih hujan. Tak sedap hati Mama pergi jenguk... Bertuah betul... Semuanya dah kebasahan dalam air sungai sambil terketar². Bila nampak Mama bawa makanan, tahu pula lapar. Nak tergelak pun ada... Semuanya lapar sangat²! Ihsan makan sendiri la. Anak² gegirl Mama suapkan. Tak sabar² dan tak sempat²... Nak nasi katanya.... Mulut terbuka ala² anak burung yang tak sabar² disuapkan makanan olh ibunya. Aduhai anak...kesian Mama tengok... Tau pun lapar ye.... Makan pun bertemankan huja. Sesekali termasuk juga titisan air hujan dalam nasi walau dah puas Mama cuba untuk elakkan. Alhamdulilah... semua kekenyangan termasuk Ayah dan juga Mama.

Dah siap makan... Ayah tarik Mama masuk dalam air sungai. Hampeh tul! Sejuk giler...terketor² Mama dibuatnya.... Sejuk mencengkam ke tulang rasanya....




Dah siap makan dan mandi... Jom kita naik. Kejap lagi nak bergerak pulang. hujan masih juga belum berhenti dari tadi.

Macam biasa, sebelum balik... mesti bergambar kenang²an dulu. Bukti lah katakan...


Pergh... Perjalanan balik kami... Tengok sahajalah keadaan jalannya.... Kereta Red tak lepas nak naik bukit disebabkan keadaan tayar dah macam donut... Jalan penyelesaian, cabut bumper...(mujur ada triton, leh tumpang letak jap) Apalagi... tarik la... Ditarik oleh kereta Najib.


Berhenti sekali lagi di kebun getah berlatar belakangkan pemandangan bukit. Ala² di Cameron Highland pun ado.....Berkabus² gitu...

Owner bersama kereta² mereka... Dari kiri... My Beloved, Nasa, Red, XX, Abe Yie, & Najib

Berhenti sekali lagi dipersimpagan masuk... Ayah & Along...

Kami berhenti sekali lagi di kedai makan Syafiqah.... Kali ini kereta Abe Yie pula yang 'peel' sikit. Tiba² tayarnya kempis terus a.k.a pancit..... Misi mengantikan tayar pula...

Siap ganti tayar.... Geng² Bapa  pergi minum di kedai... Mama dan anak² cuma menanti di dalam kereta sahaja....Lepas tu...apalagi... Jom kita pulang..... Nampak dibayangan cuma tilam + bantal je dah ni...nak zzzzz

Saturday, 9 February 2013

Lepak² Di Esplanade Tanjung Api, Kuantan, Pahang

09.02.2013 Sabtu 

* Sesaja jejalan petang with family.... baru sampai di Kuantan*






Monday, 4 February 2013

Jalan² Muzium Pekan, Pahang

03.02.2013 Ahad

Selepas makan tengahari dengan staf PUiTM sempena program riang ria... Kami berpecah mengikut haluan masing²... Kami sekeluarga? Alang², jom masuk ke Muzium Pekan yang telahpun dilakukan penjenamaan semula.  Layan....

Masuk ke dalam ni bayarannya :
DEWASA :
RM 4.00 - Untuk Anak Pahang
RM 6.00 - Untuk luar Pahang

KANAK² : Umur 12tahun ke atas sahaja yang dikenakan bayaran.

Melangkah masuk je dah rasa kagum... nampak lebih kemas tersusun. Oh ye.. masuk tak boleh bawa kasut/selipar... Cuma berkaki ayam sahaja. Namun, pihak muzium membekalkan plastik untuk mengisi kasut anda tersebut. So lepas keluar je dari muzium ni nanti, bolehlah buat kenang² plastik tu yea... wink²...

Kamera not allowed ! Tapi tak makan saman, silakan... kena tegur... senyum kambing ajalah ye...







Dah berjalan² di dalam.... Pose kat luar pulak ye...

Anak² dara bertuah... galak sangat... lepas ambil gambar tak turun juga. Dah kena tiup wisel oleh pak guard.



Huhuhu.. suka nengok gambo ni... Mama nampak kurus weh!





Hari pun dah petang... Jom kita pulang...esok Mama nak work... penatnya....