"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 28 January 2013

Jerantut Hill : Mandi Kolam

Lokasi : Jerantut Hill Resort, Pahang

Mama & Ayah ada latihan PVR minggu ini... Atuk & Nenek pula tak ada minggu ni sebab nak ke Shah Alam. Kalau tidak, kebiasaannya, anak² bertuah Mama & Ayah ni ditinggalkan dengan Atuk & Nenek je bila Mama & Ayah ada latihan hujung minggu.
Berbincang²lah Mama & Ayah, dan kata sepakat diambil yang anak² bertuah Mama ni dibawa sekali ke Jerantut dan menginap di Jerantut Hill. Sambil² itu nanti bolehlah anak² bertuah ni nanti mandi kolam. Apalagi, gembiranya bukan kepalang....

25.01.2013 Jumaat
Mama balik kerja sepertimana biasa,sampai rumah jam 6.20ptg... mengemas rumah dan beg pakaian bagai... Ayah pula sibuk menyiapkan kerja²nya dihadapan komputer... Kami bergerak pada jam 9.30malam dan tiba jam 10.45malam. Sampai² terus check in tak keluar dah... Tido.... Esok pagi Mama & Ayah nak pergi latihan kawad.




26.01.2013 Sabtu
Dah tak sabar² anak² bertuah ni nak mandi kolam.... Masa Mama & Ayah pergi latihan masing² duduk ngan Ihsan dalam bilik. Mujur juga mereka jenis yang mendengar kata. Elok je Mama & Ayah sampai bilik pada waktu tengahari, masing² sibuk ajak mandi kolam. Perut yang lapar pun tak dihiraukan. Lepas solat zohor, perhi makan... jam 3.30petang... ha... jom terjun kolam... gembiranya mereka bukan kepalang...

Amboi lajunya anak beranak tu...






27.01.2013 Ahad

Hariini Mama & Ayah ada latihan lagi... macam semalam... masing² cuma duduk di bilik. Latihan hari ini habis awal... 12.00tengahari check out dulu... Pergi makan, lepak di taman I-City Jerantut, solat zohor.. Jam 2.00petang ke Jerantut Hill semula sebab nak bawa anak² bertuah ni mandi kolam. Ya Allah... panasnya cuaca hari ni tak usah nak cakap. Mama sakit kepala dari latihan kawad sampai ke sudah duk berdenyut². Ikutkan hati Mama nak je ajak Ayah balik ke rumah terus.

Gambar lepas check out...

Di Taman I-City Jerantut.... Seronok duduk lepak kat sini, banyak buaian...







Anak² dah nampak kolam dah tak sabar² nak terjun. Waktu ni memang tak ada orang pun yang mandi. Jam 2.30petang, Ayah lepas kan mereka mandi. Apa lagi riuh rendah dibuatnya... Aduhai anak... Mama 'mood' tidur... Baring atas kerusi tak ingat apa dah.Ayah... pantau anak²... panas terik memang mereka tak hirau dah. janji dapat mandi kolam. Aduhai anak....(Tak ambil gambar mandi kolam untuk hari ini...)