♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Monday, 28 January 2013

PVR : Latihan Kawad

26.01.2013 & 27.01.2013 (Sabtu & Ahad)
Lokasi : Balai Polis Trafik, Jerantut, Pahang
Aktiviti : Latihan Kawad PVR











Jerantut Hill : Mandi Kolam

Lokasi : Jerantut Hill Resort, Pahang

Mama & Ayah ada latihan PVR minggu ini... Atuk & Nenek pula tak ada minggu ni sebab nak ke Shah Alam. Kalau tidak, kebiasaannya, anak² bertuah Mama & Ayah ni ditinggalkan dengan Atuk & Nenek je bila Mama & Ayah ada latihan hujung minggu.
Berbincang²lah Mama & Ayah, dan kata sepakat diambil yang anak² bertuah Mama ni dibawa sekali ke Jerantut dan menginap di Jerantut Hill. Sambil² itu nanti bolehlah anak² bertuah ni nanti mandi kolam. Apalagi, gembiranya bukan kepalang....

25.01.2013 Jumaat
Mama balik kerja sepertimana biasa,sampai rumah jam 6.20ptg... mengemas rumah dan beg pakaian bagai... Ayah pula sibuk menyiapkan kerja²nya dihadapan komputer... Kami bergerak pada jam 9.30malam dan tiba jam 10.45malam. Sampai² terus check in tak keluar dah... Tido.... Esok pagi Mama & Ayah nak pergi latihan kawad.




26.01.2013 Sabtu
Dah tak sabar² anak² bertuah ni nak mandi kolam.... Masa Mama & Ayah pergi latihan masing² duduk ngan Ihsan dalam bilik. Mujur juga mereka jenis yang mendengar kata. Elok je Mama & Ayah sampai bilik pada waktu tengahari, masing² sibuk ajak mandi kolam. Perut yang lapar pun tak dihiraukan. Lepas solat zohor, perhi makan... jam 3.30petang... ha... jom terjun kolam... gembiranya mereka bukan kepalang...

Amboi lajunya anak beranak tu...






27.01.2013 Ahad

Hariini Mama & Ayah ada latihan lagi... macam semalam... masing² cuma duduk di bilik. Latihan hari ini habis awal... 12.00tengahari check out dulu... Pergi makan, lepak di taman I-City Jerantut, solat zohor.. Jam 2.00petang ke Jerantut Hill semula sebab nak bawa anak² bertuah ni mandi kolam. Ya Allah... panasnya cuaca hari ni tak usah nak cakap. Mama sakit kepala dari latihan kawad sampai ke sudah duk berdenyut². Ikutkan hati Mama nak je ajak Ayah balik ke rumah terus.

Gambar lepas check out...

Di Taman I-City Jerantut.... Seronok duduk lepak kat sini, banyak buaian...







Anak² dah nampak kolam dah tak sabar² nak terjun. Waktu ni memang tak ada orang pun yang mandi. Jam 2.30petang, Ayah lepas kan mereka mandi. Apa lagi riuh rendah dibuatnya... Aduhai anak... Mama 'mood' tidur... Baring atas kerusi tak ingat apa dah.Ayah... pantau anak²... panas terik memang mereka tak hirau dah. janji dapat mandi kolam. Aduhai anak....(Tak ambil gambar mandi kolam untuk hari ini...)

Saturday, 19 January 2013

Bantuan Persekolahan RM100

19.01.2013 Sabtu
Lokasi  : SK (LKTP) Lepar Utara 01
Bandar TAR Jengka, Pahang

Sepertimana yang telah diwar²kan, setiap murid/pelajar akan diberi bantuan persekolahan sebanyak RM100.
Hari ini anak² Mama seramai 3orang ini akan terima RM100 seorang. Anak² bukan main gembira lagi sebab tahu itu duit dan duit boleh beli barang. Macam²....

Murid tahun satu diwajibkan mengambil wang dari YB di atas pentas. Manakala pelajar tahun 2 hingga 6 mengambil wang melalui guru kelas masing². So Twin Mama kena tunggu YB habis  berucap dululah ye..



Mama dan jiran duduk melepak di kantin sementara menunggu YB selesai berucap

Adik lepak dengan Mama juga.

Kelas 1 Fatanah (Kelas Khairina) naik ke atas pentas untuk menerima wang bantuan dari YB.

Sesi bergambar dengan YB. Mama naik juga.

Ayah... Ha tolong sign terima duit tu ye bang....

Sementara nak tunggu giliran Khalisah nak ambil duit dari guru kelasnya. (Kelas Kakak tak naik pentas)

Giliran Kakak. Ayah duk menelek senarai nama pada guru kelas. Cikgu Suhaimi.

Sign, jangan tak sign

Terima Kasih Malaysia!
Sampai kat rumah... Twin mulai sibuk nak RM100 yang Mama ambil dari mereka. Nak letak kat beg dompet katanya. Hai anak² bertuah...penat diterangkan tapi tak faham². Karang hilang piap Mama bagi nak?... Huhuhu... Lastly Mama simpankan aja.

Thursday, 17 January 2013

Khalisah : "Saya Tak Nak Mati"

15.01.2013 - Selasa

Petang Mama sampai lambat dirumah lebih kurang jam 6.40petang sebab memandu pulang setakat 60-70km sahaja berikutan terasa sungguh kepenatan dan disusuli mengantuk yang tanpa perlu disuruh menguap hingga mengeluarkan air mata. Ada sekali, nak tak nak kena berhenti tepi jap lelapkan mata agar tak teruk sangat...Kang tak pasal² terlelap masa tengah memandu lagi lah parah.

Berbalik kepada tajuk entry... Masa Mama baru je sampai rumah... Kelihatan Kakak sedang sibuk dengan layang²nya. Argh... diselongkar mana pula boleh dapat layang² tu.... Lepas tu Ayah bagi seorang satu layang². Mama dah pesan jangan berlari tunggu angin tiup sahaja... Kebetulan pula memang ada angin petang ni... "Baik Mama" Itu lah jawapan si anak...

Tak sampai pun 10minit Mama di dalam rumah baru nak sibuk di dapur... Terdengar raungan si Kakak "Saya tak nak mati...Habislah Ayah... Tolong saya.."... Sah si Kakak ni ada luka sebab setiap kali Kakak luka walaupun sikit je Kakak jenis yang mudah cemas dan takut mati. Aduhai anak...

Mama datang menjenguk si Kakak yang tengah dibelek² oleh si Ayah... Lututnya melecet.. Nampak gayanya sah Kakak berlari tadi dan diceritakan oleh kawan²nya yang memang dia berlari bermain layang² tadi...

Mujur ada First Aid dalam rumah... Dah dibersihkan dan diisi minyak gamat... sedu Kakak mula kurang dan aik.... boleh pula minta nak main / keluar rumah lagi... Mama cuma pesan pada Kakak... Nak keluar boleh tapi jangan nak "hek² (nangis) dan berlari lagi". "Ok" itu aja la jawabnya....

Gambar Kakak tadi :






Monday, 14 January 2013

Selamat Hari Lahir Sayang... (Muhammad Ihsan)

14.01.2013 - Isnin

To Satu²nya anak Lelaki Mama & Ayah (sehingga tarikh ini)
Yang makim Bam Bam..... Muhammad Ihsan Bin Mohamad Adli...

Ucapan Dari Mama & Ayah :
Semoga bahagia di dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh

Saturday, 12 January 2013

PVR : Latihan Menembak

12.01.2013 - Sabtu
Lokasi : Padang Sasar, Jerantut
0800-1230

M.E.N.E.M.B.A.K. Merupakan  pengalaman pertama bagi Ninie. Pergh... Sentap gak masa pertama kali melepaskan tembakan. Berdengung telinga dibuatnya. Hubby tiada masalah sebab dah ada pengalaman menembak disebabkan aktif dalam Persatuan Kadet Polis Sekolah dan seringkali mengikuti kursus dan juga perkhemahan.

Kami diperkenalkan dengan Revolver & juga Walhter P99. Akan tetapi latihan hanya menggunakan Revolver sahaja. Sesi penerangan diadakan terlebih dahulu bagi memahami apa yang akan dipelajari.

Alhamdulillah... berjaya melepaskan tembakan dengan 20butir peluru....

Revolver
 

 Walther P99

Sesi penerangan sebelum memulakan latihan oleh En. Ruzlan.

Lapang Sasar

En Hubby di Posisi no. 10

Posisi Berdiri.. Adalah kenangan walaupun cuma nampak belakang je.... urm... Ninie di Posisi No. 8

Posisi Melutut


T.E.R.B.A.I.K.!!!

Sunday, 6 January 2013

Menyelamatkan Si Meoww

06.01.2013 - Ahad

Dah beberapa hari Mama terdengar bunya meow² si anak kucing berhampiran mesin basuh di belakang rumah tatkala Mama nak membasuh kain. Tapi bila dilihat sekeliling tak ada pula. Entah kenapa, hari ini bunyi meow²nya masih kedengaran dan bila dilihat sekeliling masih juga tiada. Rasa tak sedap hati... Panggil Hubby minta tolong tengok²kan. Pusing keliling mesin tak adapun... siap angkat tengok bawah mesin basuh pun masih tak ada... Hubby menjegah ke dalam mesin... Sah bunyi meow itu datang dari dalam mesin basuh... Apa lagi... Jom kita siasat... Betul ke dalam mesin  basuh?


Wink3... Memang kompem si meow duk dalam mesin basuh tu. Agaknya si Ibu meow bawa masuk dalam mesin basuh masa kain baju duk penuh dalam mesin tu tetapi terjatuh di celah²...

Ha...Inilah rupa si meow kecil comel tu... Kebetulan Ibunya datang... hulur pada si ibu meow dan Ibu si meow terus ambil anaknya dan bawa entah ke mana...

Sejak kejadian Mama akan pastikan penutup mesin basuh sentiasa tertutup... Risau kejadian berulang dan juga tak mau dengor si Ayah membebel dah...