"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 31 December 2012

Kami Sertai PVR?

16.12.2012 Ahad - 22.12.2012 Sabtu

Apa itu PVR? Wah macam soalan peperiksaan pula....
PVR = Police Volunteer Reserve @
Sukarelawan Simpanan Polis

Antar percaya @ tidak... Hakikatnya Ninie & Hubby serta Adik Ipar Ninie (Suaidah) telahpun menyertai PVR ini dan telahpun dengan jayanya mengikuti Kursus Asas Konstabel Sukarelawan Polis siri 24/2012 di Pusat Latihan Polis Air Hitam Negeri Sembilan.

Seramai 900++ orang telah menyertai kursus ini yang mana masing² dari Negeri Sembilan & juga Negari Pahang. 200++ orang adalah permpuan dan selebihnya adalah lelaki 600++ .

Ninie merupakan Platun 28 (Kompeni F) dan Hubby Platun 11(Kompeni C). Nak dijadikan cerita... Ninie ditempatkan di Kompeni F (Asrama wanita) yang mana merupakan asrama yang paling jauh dengan sekolah mahupun dewan... Hari² nak ke kelas dengan berbaris serta berkawad "kiri, kanan, kiri"... setiap hari... Tidak ada yang boleh berjalan lenggang kangkung sepanjang berada di sana. Purata berjalan sehari adalah 8km++. Pergh... Tak pernah dibuat... Masuk dorm tak sempat langsung nak berbaring tergolek². Jangan mimpi ye... Semuanya nak kena rushing... Ada masanya sambil berjalan tu la nak betulkan tudung, baju, tanda nama bagai... Ingatkan balik pengalaman tu, nak tergelak pun ada.

Setiap pagi lepas solat subuh dah bersiap sedia untuk ke padang kawad sehingga jam 7.30 @ 8.00pagi. Kemudian bersiap² untuk belajar undang². Kelas sehingga 4.00ptg @ 4.30ptg. Jam 5.00ptg, belajar seni pertahankan diri menggunakan T-Baton. Seronok belajar yang ini walaupun hingga sekarang masih terkial² lagi. "Move Back Sir!" Ayat yang pasti...wink3...

6.30ptg bergegas bersiap untuk berkawad ke Masjid pula.... Selepas solat maghrib ikut jadual samada ke Sekolah (yang ni tak best sebab tempatnya jauh sesangat) @pun ke dewan... Kalau dewan, dekatlah sikit. Setiap malam... senang cerita, nak kemana² mesti dalam barisan dan berkawad. Setiap kali berkawad, setiap kali itu jugalah badan Ninie berpeluh. Baju mesti basah punya lah. Ashemmm baunya... wakaka.. Dengan berkasut tumitnya... hari kedua, dari kasut hitam bertumit Ninie tukar kepada kasut sukan. Mana nak larat...sakit habis kaki dibuatnya. Itupun hari terakhir (Jumaat) Kasut sukan tersebut pun 'out of services' disebabkan tapaknya yang tertanggal terus. hujungnya pun dah terbuka. Takpe... sebab dah banyak berjasa...

Walaupun kami suami isteri menyertai PVR, tapi nak bertemu muka, bersembang bagai langsung tiada masa. Sesekali ternampak masing² cuma melambai² dari jauh sahaja... Malamnya... Jika orang lain terkial² ambil masa nak tidur, Ninie mudah sungguh lelapnya. Asal letak kepala atas bantal yang keras tu... cepat je lelap... Penat sangat agaknya...Tidur wajib pasang kelambu ye... nyamuk banyak wooo...

Alhamdulillah... Kursus ini tidaklah terlalu teruk bagi Ninie (Sebab pernah ikut kursus yang lagi teruk). Cuma perjalanan nak ke kelas tu dari dorm memang jauh sesangat... Jurulatih samada di padang kawad, padang T Baton dan juga sekolah semuanya baik² belaka dan friendly. Tapi Ninie asal masuk dewan @ sekolah je pasti mata ini secara automatiknya terlelap juga walaupun seketika hingga ada seorang akak Platun Ninie panggil Ninie "Mata Stim". Wakakaka....

Layan Gambar ye... Tak banyak...Tapi adalah sikit.....

En. Hubby masa di dewan. Hari pertama tempat duduknya betul² di belakang Ninie...


Di Masjid sewaktu Solat Maghrib & Isya'

Di Dewan bersama Adik Ipar (Suaidah)

Di Kompeni/ Dorm...

Latihan Sekatan Jalanraya oleh anggota polis


Rupa kasut sukan Ninie di hari terkhir disini... Habis tercabut kedua² belah tapaknya...

With My hubby dan Sister In Law