"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday 29 November 2012

Kami Di Bandar Jerantut (Part 1)

22.11.2012 (Khamis)

Abang mula berkursus hari ini di PPD Jerantut... Mulanya Abang nak berulang alik dari Lepar Utara ke Jerantut, Tetapi memandangkan kursus sehingga hari Sabtu, keputusan lain diambil...Menginap di Bandar Jerantut. Setelah dikira²/fikir²/hitung² segala bagai... Kami sekeluarga akan menginap di Jerantut Hill. Maksudnya, angkut semua sekali iaitu termasuk anak². Petangnya habis program, Abang datang ambil Ninie di pejabat. Dari Bandar Jengka, pulang ke rumah di Lepar Utara. Lebih kurang jam 9.00malam, kami bergerak pula ke bandar Jerantut. Anak² adalah yang paling teruja sebabnya nak mandi kolam....

23.11.2012 (Jumaat)

Mama ke tempat kerja seperti biasa. Tapi tetap keluar awal jam 7.15pg sebab tak biasa dengan keadaan jalan. Abang akan berkursus di PPD. Along akan jaga adik². Pelbagai pesanan buat semua. Mujur hari ini hari Jumaat. Jadi waktu rehat Abang nanti panjang...

Petangnya, Mama pulang seperti biasa. Sesampainya di hotel, kelihatan si anak² bertuah ditemani si Ayah dah siap bersukaria berenang² di dalam kolam. Amboi bukan main lagi korang ye....

Setiap 1 bilik cuma percuma untuk 2 orang sahaja mandi kolam ni /sekali mandi. So kami semua 4orang... Abang dah bayarkan selebihnya termasuk Ninie sekali. Mulanya ingat, Ninie tak mahu mandi...mengenangkan Abang dah bayar, rugilah kan.. So join mandi seklai jugalah....

Harga untuk mandi kolam sahaja. Jika ada yang sekadar nak bawa anak² madi kolam tetapi tidak menginap di sini.
DEWASA = RM 6
KANAK² = RM 3

Jom layan gambar....

Anak² gegurl Mama & Ayah

Lompat jangan tak lompat....

Along yang mudah mendapat kawan....


Bila si Ayah masuk kolam.. si anak comel² terus menerpa....

Mama tak pasal² mandi kolam juga sebab Ayah dah bayar... rugi pula kalau tak mandi... (pst...Mama bukan tahu berenang pun)

bersambung.....