"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 12 November 2012

"Saya Dapat Nombor Banyak" (Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Anak² Mama)

31.10.2012 (Rabu)  

Malam tadi terdetik nak tanya Along (Ihsan) perihal peperiksaan akhir tahunnya. Kata Along dia dapat no. 2... Mama antara percaya dengan tidak je.... Kata Abang, keputusannya boleh disemak melalui online. TAHNIAH buat Along. Teruskan kecemerlangan ye....

Pagi ni di office Mama tergerak hati nak buat semakan keputusan peperiksaan Along... Alhamdulillah... syukur... Rajin² belajar ye agar bertambah² maju...

Tahniah buat anak Mama : Muhammad Ihsan... Teruskan kecemerlangan... agar menjadi contoh kepada adik² yang lain.

*****************************************************************************

01.11.2012 (Khamis)

Mama sampai dirumah, Ayah bagitahu... "Cuba tanya anak² bertuah tu periksa dapat no. berapa?"
urm... Mama keliru sebentar... "Dengan bangganya anak awak bagitahu.... Ayah! Saya dapat nombor lapan. Banyakkan?. Dengan nada bangga pula tu" Cerita si Ayah lagi....

Mama masuk dalam rumah dan bertanya pada anak² perempuan Mama ni...
" Periksa dapat nombor berapa?" - Mama
" Mama, saya dapat no. 8... Banyak.... - ujar Kakak sambil menunjukkan jarinya...
" Saya nombor 7, Khairina no. 6.." - Balas si Adik.
" No. awak sikit, no saya lagi banyak..." - Balas si Kakak dengan nada sedikit bangga..
" Mama, no. saya banyakkan?" - Tanya si Kakak..
" Iye... Tapi bukan ke Mama & Ayah cakap, periksa kena dapat no. 1? - Soal Mama pula..
Kakak memandang sambil berkerut...
"Alamak..." - ujar Kakak...
" Orang lain dah ambil no. 1 tu. Lain kali saya dapat no. 1" - Balas si Adik....

Aduhai anak... Masih tak faham no. dalam peperiksaan ye.... Berturut pula tu. Nombor 6,7 & 8... Haish.... Keputusan kali ni memang nombornya menurun... Mama lihat buku rekod, ada matapelajaran yang turun. Nak kena usaha lebih gigih lagi nampak gayanya ni.

Buku rekod peperiksaan anak² Mama si 'gegurl' nih :

Along? Alhamdulillah... Keputusan bagi Peperiksaan Akhir tahun 4 nya nampak peningkatan dari nombor 4 ke nombor 2. Tahniah buat Along. Sekolah KAFA pula di nombor 4. Yang ni nak kena usaha dengan lebih gigih lagi... Mama print screen result Along dari laman web.... Keputusan KAFA Mama tak dapat paparkan di sini sebab Ayah yang pergi tandatangan buku rekod di sekolah. Tak boleh bawa balik.

*Urm tahun hadapan TWIN Mama ni dah masuk darjah 1. Macamanalah agaknya nanti ye...
Nota Mama : Yang penting anak² Mama mesti rajin ke sekolah dan rajin berusaha. Insya'Allah... Mama sentiasa mendoakan kejayaan anak² Mama....

*WILL UPDATE BUKU REKOD SEKOLAH ANAK² GEGURL