♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Wednesday, 24 October 2012

Jalan² Petaling Jaya (Beli Roof Box Untuk Kereta Kembara)

08.10.2012 (Isnin)

Malamnya :
"Ada esok kita naik KL ni" - Abang.
"Kenapa pula" - Ninie
"Ni kat dalam Mudah ada orang jual box atas bumbung RM300. Murah sangat dah ni. Abang berkenan sungguh" - Abang.
"Pulak dah... Mana²lah Abang... nanti kompem balik" - Ninie
"Nanti Abang SMS tanya dan apa feedback dia" - Abang
"Ok" - Ninie.

09.10.2012 (Selasa)

"Ling, orang tu nak jual dengan harga RM300. Dia balas SMS ni"- ujar Abang di pagi hari tatkala Ninie sedang bersiap ke tempat kerja.
"Cepat, tolong call dia" - Kata Abang lagi.

Ninie hanya melayan karenah Buah Hati nan seorang ni. Alhamdulillah, panggilan berjawab dan soal itu ini... berpuas hati dengan jawapannya. Namun kata putus untuk ke KL masih belum dicapai. Ninie suruh Abang fikir semula dan inform semula sebab Ninie nak ke opis terlebih dahulu.

Di office, bersms dengan Ayah dan si penjual. Setelah berpuas hati, Abang cakap, kompem kita turun petang ni. Ninie no hal... Cuma tunggu di opis sahaja. Lagipun Abang yang pandu kereta. Ninie duk sebelah aja. Mengikut perancangannya, Abang datang ambil Ninie kat opis lepas waktu kerja jam 5.00petang. Namun ada halangan, Abang sampai jam 5.50petang. Anak² semua sekali dibawa bersama. Bab berjalan, bukan main happy lagilah anak² bertuah tu.

Singgah di R&R sekejap. Solat, ganti baju... sempat juga beli jagung dalam cawan. RM3/cup.


Jam 9.00malam, kami sampai di Petaling Jaya dan berjumpa dengan si penjual. Ditelek² dan berpuas hati, roof box terus dipasang di atas bumbung kereta Kembara. Alhamdulillah, layanannya cukup mesra. Anak² bertuah dijemput masuk ke rumah untuk bermain dengan anak² mereka. Ninie cuma menunggu di bawah sahaja lihat box dipasang. Dalam jam 10.30malam, urusan jual beli semuanya selesai.Jom kita pulang... Abang singgah di Dataran Merdeka untuk melepak² sebentar. Gambar kami :




Lepas tu, Abang bawa lepak² di Dataran Merdeka jap...



On the way balik, kami singgah makan dulu di tempat kegemaran... Sate Kajang Hj. Samuri...




Selesai...Jom kita pulang... Esok Mama kerja....Anak² Mama nak kena ke sekolah...Along masih dalam minggu peperiksaan.

Inilah rupa roof box tu :