"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 21 October 2012

Jalan² : Lepak² Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

06.10.2012 (Sabtu)

Dah selesai di Genting Highland (Rujuk entry INI)... Menuju ke destinasi berikutnya.... Jom ke Kuala Lumpur...Cari hotel bajet dulu. target Abang bawah RM100. Cari melalui internet via phone..Alhamdulillah... terdapat 1 bilik kosong di Wangsa Maju. Hotel pertama yang kami pergi WF Hotel dah penuh, Kemudian Pavilion Hotel, juga dah penuh. Lastly mencuba nasib di Smile Hotel, kebetulan rezeki...Alhamdulillah... hanya tinggal satu sahaja bilik kosong dengan harga RM88 (kena add RM 10 sebab malam minggu) memuatkan 1 katil kelamin dan sedikit ruang sahaja. Cukuplah untuk kami anak beranak tidur dan mandi. Tapi untuk solat agak susah sikit sebab nak kena cari ruang.

Dah check in, dah mandi... "Jom kita lepak² kat dataran Merdeka". Bicara si Ayah...Si Kakak dah pun tidur kerana kepenatan tapi nak juga bangun bila dikejutkan. Adik badannya dah mula suam².. sah nak demam si kecil ni. Mungkin kesan sampingan kesejukan di Genting tadi. Kesian anak Mama.

Dah sampai Dataran Merdeka, lebih kurang jam 11.00malam, masing² masih mamai² sebab tidur semasa dalam perjalanan ke sini tadi. Suruh bermain pun tak nak pada mulanya. Kakak memang taknak main langsung.Sibuk nak tidur aja. Yang lain² kembali aktif...siap dibelikan mainan sorang satu. Mama pun turut serta dengan anak² main bola kecil berlampu. Melayankan si Adik. Si Kakaknya TWIN beli kipas ada muzik angry bird. Along, entah kipas apa tah yang tarik ke atas guna getah. Hakikatnya, kaki Mama ni sakit bukan main lagi,keletihan berjalan agaknya. Minyak halia memang dah standby dalam beg tangan sepanjang perjalanan. "Tu la nak jalan sangat" kata si Ayah....Haish.. Macamlah Mama minta tolong urutkan. Padahal urut sendiri aja pun... Dah penat..Jam pun dah 1.00pagi.. Jom balik hotel and tido....Esok sambung jalan lagi...










07.10.2012 (Ahad)
Lets check out dan ke Pusat Sains Negara...