"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Where Are You Dear...*UPDATE

01 OGOS 2011 ISNIN / 1 Ramadhan 1432H

Jam dah pun 4.00pagi. Tatkala ini Ninie bukannya bangun awal untuk bersahur. Akan tetapi masih belum dapat melelapkan mata walaupun dah beberapa kali berhempas pulas sambil² menelek si Khairina yang tidak sihat.

Ninie tak boleh tidur juga bukanlah disebabkan siang tadi dah tido (langsung tak tido pun) ataupun kerana Khairina merengek (Alhamdulillah, lena tidurnya).Tetapi dek kerana kerisauan menunggu kepulangan Hubby yang tak muncul².

Pagi tadi (31/07/2011-Ahad) Hubby ada memberitahu nak pergi memancing dengan rakan²nya di dalam hutan. Tetapi Ninie tidaklah pula bertanya bila pulangnya dan Hubby pun tak pula bagitahu. Bila Ninie SMS, SMS tidak delivered disebabkan tiada line @ off. Apatah lagi nak call. Aduhai Hubby, Manalah Abang agaknya.Abang keluar dari jam 10.00pagi tadi lagi. Risau Darling dibuatnya tau...

Salah Ninie @ Salah Hubby? Salah Ninie kerana tak tergerak hati nak bertanya pulangnya bila. Salah Hubby juga tidak memberitahu bila pulangnya. Ye lah, esokkan sekolahnya cuti awal Ramadhan. "Ya Allah, selamatkanlah Suamiku walau dimanapun dia berada..."

Kalau Ninie sekarang ni bukan main risau sampai langsung tak terlelap sikit pun, macamana pula agaknya wife rakan² Hubby yang turut serta? Wallahu'alam. Doa Ninie "Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan". Al-Maklumlahkan, masuk hutan. Macam² boleh jadi. Tambahan pula Hubby jarang sangat² wat perkara adventure macam ni lebih² lagi dah masuk bulan Ramadhan.

Now at 11:15am

Ninie masih dilanda kerisauan, tadi dah bawa Khairina ke Poliklinik dan juga mengambil ubat Ninie (headache & batuk, mungkin semalaman tak tidur kerisauan). Ninie SMS & call Hubby, jawapan still sama 'not reachable' dan SMS tak delivered. Urm... Apa khabarmu tatkala ini Sayang...
Nota Mama :Hanya mendoakan keselamatan Suami dan rakan²nya

UPDATE * 02/08/2011 - Selasa

Alhamdulillah... Semalam... Tepat Jam 4.00petang, Ninie bersyukur sangat² bila nampak kereta Hubby masuk park. Sungguh kotor rupanya. Hubby masuk rumah dengan muka yang teramat penat. Hubby duduk atas kerusi melepaskan penat dan bercerita yang mereka (seramai 12orang) telah sesat semalam. Mujur hari ini mereka jumpa jalan keluar @ jika tidak, kompem orang yang pergi cari mereka. Apa²pun, Alhamdulillah... semuanya selamat. Bila Ninie tengok rupa Husband... Penatnya Ya Rabbi. Dengan kaki yang digigit pacat.
Nota Mama  : Alhamdulillah... Syukur

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥