"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Twin Muntah²

05.04.2011 - Selasa

Twin & Adik masih x sihat (selesema)... Petangnya masa ambil mereka bertiga di rumah Mak nampak aktif aja macam biasa. Tapi Mak cerita yang anak kembar Mama ni tadi muntah² start kat sekolah lagi. Menurut Mak lagi, Twin nak makan, berselera, tapi lepas makan lebih kurang 1/2 jam, sure membuak muntah semua makanan yang masuk ke dalam perut.

"Perut saya dah kosong. Cuba Mama tengok ni" Ujar Khairina sambil mengempiskan perutnya...
"Kakak, kat sekolah tadi Kakak muntah ke?" - Mama
"Ha,ah. Banyak..." - Kakak (sambil mendepakan tangannya)
"Kenapa Kakak muntah" - Mama
"Manalah saya tahu. Masa rehat, tiba2 je saya muntah" Khairina
"Muntah kat mana? sapa siramkan?" - Mama
"Cik Kiah, Cik Kiah" - Jawab twin serentak

Urm... Apa kes pulalah twin Mama ni. Si Adik baru je nak sihat dari demam after balik dari Kuantan Ahad lepas. Twin pulak yang prob. Anak²...

Mak bagitau lagi, minum susu pun mereka muntahkan semula. Ikutkan, Twin ni xlah demam pun. Just selesema sahaja. Tapi bab muntah² ni kenapa? silap makan? keracunan? Teringat cerita anak teman sepejabat. Kedua anak²nya cirit birit dan muntah2... muntah siap keluar darah lagi.(mungkin kerongkong luka sebab kerap muntah) Masuk 5 hari, Member ni risau terus bawa ke Hospital. Sure kena tahan sebab x tahu puncanya. Mulanya doktor suspek keracunan susu @ makanan. Tapi bukan. Mungkin Virus. Tapi virus apa entahlah... So anak²nya kena tahan di wad masukkan air. Aduhai... kecil lagi baru umur 1 & 3 tahun... Anak² Mama ni kenapa pula ye... jauhkanlah dari situasi yang x diingini...

Petangnya, lebih kurang jam 6.40ptg, Khairina balik rumah. Awalnya anak Mama yang sorang ni balik. Selalunya pukul 7.00ptg baru balik rumah sebab leka bermain. Bila ditanya, 'Saya muntah tadi kat longkang'. La muntah lagi anak Mama ni. Melepek aja dia tengok TV. Si Along, Kakak & Adik still bermain di luar.

Malam, lepas mandi... semuanya minum susu. Tapi x lama. 1/2 jam kemudian, Twin muntahkan balik susu² tu... membuak keluar... kesian sangat tengok. Tapi, lepas tu memasing ok je. Aktif @ galak bermain. Xde gaya x sihatpun... Twin minta makan nasi, Mama x kasi sebab boleh agak nanti mereka muntahkan balik. Then Mama suapkan ubat angin sebab dengar bunyi angin masa Twin muntah (jenis cecair & ubat selesema) Mama x bagi minum susu dah. Hanya bagi minum air masak banyak². Pesan Mama pada Twin, Kalau nak sihat, minum air masak banyak²... mujur mereka x banyak songeh... kejap2 kang pergi amik cawan minum air masak... Tapi sebelum tidur lebih kurang jam 10.00 malam, Twin muntah lagi... Then 11mlm barulah semua anak² bertuah ni tidur termasuklah Along. Harap² esok semuanya sihat semula...

06/04/2011 - Rabu

Jam 7.30ptg, Ayah amik Anak² girl Mama ni dari rumah Mak... ceria semuanya dan dah siap mandi.... Bila ditanya keadaan hari ni... masing² jawab 'saya dah sihat' Alhamdulillah... lega hati Mama ni...


Nota Mama  : Senantiasa risau dengan keadaan anak yang x sihat walaupun hanya sekadar selesema... Semoga anak² Mama & Ayah ni sihat sentiasa... Amin

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥