"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Terima Kasih Buatmu Sahabat/Rakan Yang Sudi Membantu Diri Ini


Kadangkala / hakikatnya sukar untuk kita mengenali siapa sahabat yang sebenar2nya...
Ada pelbagai jenis sahabat:

Sahabat yang mampu untuk menjadi pendengar yang setia segala luahan kita
Sahabat yang mampu memberikan nasihat/ pandangan/ pendapat yang bernas untuk kita berfikir logik/positif ketika menghadapi sesuatu musibah/ujian/dugaan dariNya
Sahabat yang mampu membuat kita tersenyum dengan gurau sendanya
Sahabat yang sanggup menghulurkan bantuan di saat kita dalam kesusahan
Sahabat yang mampu membuatkan kita tersenyum tatkala air mata jatuh di pipi
Sahabat yang mampu menghilangkan duka walaupun seketika cuma
Sahabat yang menerima kita seadanya tanpa menghiraukan masa lampau mahupun sikap buruk kita
Sahabat yang sanggup mengharungi susah payah bersama kita

Akan tetapi ada juga sahabat yang :
Bila kita bercerita akan sesuatu masalah, bukannya dapat mendengarnya akan tetapi hanya memperlekehkan kita
Bergelak ketawa bersama kita apabila duduk semeja/berbual tetapi belum tentu dapat menghulurkan tangan saat kita memerlukan bantuan darinya
Hanya mendampingi kita tatkala kita dalam kesenangan
Hanya mendampingi kita di saat dia memerlukan kita untuk membantunya
Tersenyum sindir apabila mengetahui kelemahan kita
Berasa bangga apabila dia merasakan yang dia melebihi kita
Tersenyum puas apabila kita dalam kegagalan
Sentiasa menceritakan/memerli masa lampau/ peel buruk kita yang diketahuinya
Talam dua muka - dihadapan kita dialah terbaik tapi dibelakang kita adalah sebaliknya

Dan banyak lagi...


Kadangkala seseorang yang rapat dengan kita yang mana boleh bersenda gurau, adakalanya bercerita itu ini belum tentu dia boleh menolong kita dalam kesusahan. Entahlah... Ada masa hati kecil ini begitu terasa dengan sikap rakan2 sendiri. Saat kita memerlukan bantuan, hanya memandang tersenyum tanpa belas kasihan. Kita hanya manusia kerdil cuma.

Hari ini,
Saat bersemangat nak pulang ke rumah... Allah menduga... Kunci kereta telah di 'on' tetapi kereta lansung xde bunyi tanda2 nak hidup. Hanya kosong. Sunyi tanpa sebarang bunyi. Argh... Ninie tahu, kereta kancil wat peel lagi.. Aduhai Ninie memang x tahu nak wat apa. Terlintas di kepala, hanya Hubby yang jauhnya 70km di sana. Ninie telefon jua menceritakan masalah yang di hadapi. Hubby ada suruh tengok itu dan ini. Ninie turuti... Tapi setakat manalah yang mampu Ninie buat...

Seorang rakan kebetulan melintas, hanya bertanya "Kenapa?" "Tak mahu hidup pulak" Jawab Ninie... Tidak sedikitpun menghulurkan tangan ataupun menjenguk, hanya sekadar berlalu pergi dengan kata2 "Maaflah aku kena balik awal". Aduhai... tak mengapalah, mungkin ada insan lain yang akan menghulurkan bantuan itu.

Akan tetapi timbul jua ralat di hati tatkala itu. Rumahnya bukanlah jauh beribu batu ataupun hingga 20km sepertimana Ninie yang memerlukan masa hampir 1jam (70km) hanya untuk sampai ke rumah. Tiada rasa simpati langsung dia terhadap diri ini. Tambahan pula dia seorang rakan yang memang suka bergurau senda dan jua berbual secara bersahaja.

Ninie yang menemui jalan buntu seketika terdetik hati untuk menghubungi seorang rakan yang memang sebelum ini banyak membantu jika kereta Ninie meragam. Memang serba salah sebab Ninie tahu dia kerja tatkala ini. Apakah dia sudi membantu? Tak apalah x cuba x tahu... Ninie menelefonnya. Alhamdulillah, dia sudi menghulurkan bantuan. Tengok sana sini, Kereta Ninie akhirnya berjaya dihidupkan. Berkat pertolongan darinya Ninie berjaya sampai di rumah walaupun agak lewat pada jam 6.35ptg. Terus menuju ke rumah Mak untuk mengambil anak2 bertuah. Hubby dan Ihsan tiada sebab ke Kuantan. So sampai di rumah sendiri ketika jam hampir 7.00ptg.

Teringat suatu masa yang lalu, kereta Ninie memang langsung x mahu hidup walaupun seorang rakan telah menggunakan jumper(Alhamdulillah ini pun adalah seorang yang sudi menghulurkan tangan. Hakikatnya dia dah sampai di rumah dan nak golek2 dah waktu Ninie call dia. Tapi dia datang juga menghulurkan bantuan. Terima kasih diucapkan. Dia juga pernah menghulurkan bantuan dengan seorang lagi rakan tatkala kereta menghadapi masalah di waktu,hari dan tempat yang lain). Sah bateri out. Ninie pun terus call Mamat ni dengan harapan dia masih ada disekitar. Mungkin nasibku baik, dia cuti sebenarnya hari ini. Akan tetapi kebetulan ada di bandar bersama wife dan anak saudaranya di KFC. Ditinggalkan mereka hanya untuk membantu Ninie yang dalam kesusahan. Ya, siap di carikan bateri baru untuk kereta Ninie tu (bayar balik la) walaupun hari dah petang dan kebanyakkan kedai tutup pada hari tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hari itu Ninie sampai ke rumah jam 8.00mlm.

Hakikatnya, mereka yang menghulurkan bantuan terhadap Ninie ini ada masanya bertekak / pernah jua masam muka sebab selisih faham. Tapi bila diminta pertolongan, mereka tidak lokek untuk menghulurkan. Alhamdulillah....Kami tidaklah sebaik mana, seperti rakan2 yang lain juga...

Kepada yang pernah menghulurkan bantuan terhadap diri ini samada yang Ninie sedar atau tidak, Terima kasih banyak2 atas budi baik kalian. Semoga Allah jua yang membalasnya. Jika ada tesilap kata, terlepas bicara, terguris hati, tercalar jiwa, memendam rasa dari Ninie(jenis suka marah2. Hu3). Mohon dimaafi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Zahir & Batin (eceh macam raya pulak)... Harap2 janganlah disimpan di dalam hati.

24/03/2011

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥